Bab 1

5.1K 43 3
                                    

Puan Kamariah menapak masuk ke dalam kelas 2 Setia , tempat di mana aku akan belajar selama setahun di sekolah ini . tempat dimana aku bakal mencoret kenangan indah bersama kawan kawanku .

"beb , tengok mata dia ." bisik Aisyah , rakan baruku . aku memandang mata Puan Kamariah yang seakan akan memakai eyeliner itu .

"perghh .. kalau sekali dia pandang kau , boleh mati strok kau kat situu ." usikku . Aisyah tertawa perlahan . Bimbang didengari oleh Puan Kamariah .

"kamu semua tak nampak ke pintu stor belakang yang terbukak tu ?! tak reti nak tutup ke ?!" jerit Puan Kamariah selaku ucapan selamat . Apalagi , kami satu kelas terperanjat lah mendengar jeritan yang bak orang beropera tu .

"psst .. Hanny .. pergi lah tutup pintu tuu .." bisik rakan sekelasku pada Hanny Maisara , murid yang paling berdekatan dengan pintu stor kelasku itu . Rakannya yang duduk di sebelahnya , Nadia , mencuit cuit bahu Hanny . Hanny pula teragak agak mahu menutup pintu tersebut . Maklumlah , dia yang paling penakut dalam kelas .

"apalagi teragak agak tu ?! tutup lah cepatt !!"

Apalagi , menikus lah Hanny duduk situu . Dia terkebil kebil memandang Nadia .

"Hoi !! tutup jelah !!" jerit Asyiqeen , agaknyaa , mau 1 km jauhnya dengar suara dia . Maklumlah , kalau dia bersuara , tak payah guna microphone .

Hanny tersengih . Nadia meluku kepala Hanny lalu menutup pintu stor itu .

"baiklah , kamu semua nak tahu tak kenapa cikgu suruh tutup pintu stor belakang tu ? sebenarnya ada kisah di sebalik semua ini . Cikgu ingat lagi , dua tahun lepas , pintu kelas , kerusi kayu , dan semua benda yang berasaskan kayu terdapat kesan gigitan . Mungkin disebabkan hantu yang menghuni stor itu ." kata Puan Kamariah . "psst Athirah , kau rasa hantu tu makan kayu ke ?" soal Anis kepada kawan baiknya , Athirah . Athirah hanya mengangkat bahu . Anis menepuk bahunya lalu kembali menumpukan perhatian kepada Puan Kamariah yang sibuk membebel kat depan kelas tu .

"jadi , jangan sekali kali kamu biarkan pintu belakang tu terbuka ." nasihat Puan Kamariah . Aku mengerling ke arah Aisyah yang sedang sibuk membelek tudungnya dari tadi . Aku menggeleng .

________________________________

"eh korang korang ! tengok ni tengok ni !" jerit Fatin kepada kami sekelas . Kami pun apa lagi , bermarathon lah ke tempat Fatin .

"pedia pedia ?!!"

"tengok kerusi aku !"

Kami pandang tempat yang ditunjuk Fatin . Kelihatan seperti bekas gigitan .

"ehh ni ke yang cikgu Kamariah cakap tu ?" soalku . Muka rakan rakan ku yang lain mula pucat lesi . "wehh macam mana ni ? Macam mana ni ?!" jerit Asyiqeen pula . Kami pun apalagi , tutup telinga lah daripada dengar jeritan minah sekor ni .

"ehh apa dah jadi ni ? apa dah jadi ?" soal Saidatunisa . Afiqah , rakan kelasku yang paling tinggi dalam kelas mengetuk kepala Saidatunisa .

"apalah kau ni . Ketinggalan zaman . kau tengok lah kerusi Fatin . ada kesan hantu gigit .." katanya . Saidatunisa melopong sambil memandang kesan gigitan yang dikatakan kesan gigitan hantu .

"Fuyyoooo !!" jerit Saidatunisa dalam keterujaan sambil menepuk tangannya .

"woi korang ! Jay dah sampai !!" jerit Aqilah dan Hidayah serentak . Kami pun balik ke tempat masing masing kerana Sir Jeya masuk kelas ..

Misteri Stor Belakang KelasWhere stories live. Discover now