Bab 44

4.7K 160 4
                                    

Mimpinya membuatkan dirinya tersedar daripada lena. Saat itu hidungnya menangkap bau maskulin yang sangat dekat lantas membuka mata. Disangkakan memeluk bantal namun tidak, tangannya erat memeluk tubuh suaminya dan wajahnya dekat pada dada lelaki itu.

Menjauhkan jarak mereka lalu memandang setiap inci wajah kacak lelaki dihadapannya. Tangannya ringan dibawa ke pipi dan jarinya mengusap lembut wajah itu.

"Terima kasih sebab selamatkan saya, Zyaire. Terima kasih sebab tak abaikan saya. Awak tetap jaga saya walaupun saya dah lukakan hati awak. Saya minta maaf atas segala kesalahan saya. Saya......saya nak kita bahagia seperti dulu, Zyaire" ucapnya perlahan sambil tatapan matanya masih pada wajah lelaki itu.

"Saya cintakan awak,Zyaire." ucapnya lalu bibirnya mengucup bibir Zyaire. Dirinya juga keliru dengan apa yang berlaku saat ini. Hatinya seakan-akan mengawalnya sepenuhnya.

Perlahan-lahan tangan Zyaire diangkat daripada pinggangnya namun tangan sasa lelaki itu lebih erat merangkul. Saat cuba meleraikan rangkulan tadi, tanpa sedar ada mata yang sedang memandang tepat kerahnya.

"Mia."

Panggilan itu seakan mengeraskan dirinya. Berharap lelaki itu tidak mendengar setiap butir kata yang dilafazkannya sebentar tadi. Perlahan dia membalas pandangan lelaki itu.

"Maaf saya ganggu awak tidur. Saya nak pergi tandas. Awak sambunglah tidur." ucapnya.

"Kenapa kau perlu lari daripada aku?"

"Err saya bukan nak lari, saya cuma nak pergi tandas."

"Mia, sampai bila kau dan aku nak jadi macam ni?"

"Zyaire, beri saya ruang dan masa."

"Tapi kenapa kau buat begitu tadi? Kenapa kau berani lafazkan kata-kata tu tadi? Kau cakap kau cintakan aku, tapi sekarang kau nak tipu diri kau lagi. Mia,aku dengar semuanya."

"Abaikan apa yang awak dengar tadi. Saya cuma mengigau." Mia melarikan pandangan daripada memandang tepat ke dalam mata Zyaire.

"Pandang aku,Mia."

Matanya turut dengan kata-kata Zyaire tanpa sedar air mata mula keluar.

"Katakan sekali lagi."
Mata Zyaire memandang tajam tepat kedalam mata Mia seraya jarinya menyisir rambut Mia kebelakang telinga.Penuh makna dan harapan.

Saat itu Mia semakin lemah dengan Zyaire, aura lelaki itu mengusik hatinya. Cara Zyaire seakan menggoda dan memukaunya. Suara serak basahnya membisik membuatkan liurnya ditelan laju.

"Say that you love me."

"Z-Zyaire, s-saya nak masak untuk makan malam."

Kata-kata Mia tadi tidak dihiraukan malah Zyaire bertindak mencium setiap inci wajah gadis itu. Mia pula merelakan bibir hangat Zyaire mendarat diseluruh wajahnya.Tidak mampu menolak tindakan lelaki yang bernama suami.

Setelah itu tangan Zyaire pula mula bergerak merayap dibahagian pinggang rampingnya namun pantas menahan tangan sasanya.
"Zyaire, saya nak masak. Nanti awak tak ada apa nak makan untuk makan malam ni."
halang Mia akan tindakan Zyaire.

"I miss you so much,Mia. Don't torture me again." bisik Zyaire.

Saat itu dia teringat sebuah hadith yang pernah dipelajarinya dahulu.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا المَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ

[C] MRS. LORENZOWhere stories live. Discover now