❧ Review by nroseaisyh
Kelebihan cerita:
Satu cerita yang tak klisye. Isu dan konflik yang diketengahkan juga memberi banyak nasihat dan pengajaran yang berguna dan bersifat ketuhanan. Plot yang tersusun dan juga jalan cerita yang mudah difahami. Juga mempunyai tujuan cerita yang jelas, iaitu untuk membawa tema keinsafan.
Kelemahan cerita:
Prolog yang terlalu pendek dan kalau tak ada pun, ianya mungkin tak akan ganggu kefahaman untuk faham jalan cerita buku ini. Sesetengah watak juga seperti ada split personality. Jadi agak sukar untuk mendalami dan memahami watak. Sebahagian dialog pun ada guna bahasa baku, jadi ianya makin menambahkan rasa kosong pada hati aisyahros masa membaca.
Watak utama yang katanya taiko dan digeruni— kelihatan cuma acah gengster. Nampak tak asli pada pandangan aisyahros dan ketakutan orang sekeliling nampak seperti dibuat-buat, sebab tak nampak sebab yang jelas kenapa watak utama itu digeruni.
Jalan cerita juga bagi aisyahros agak laju. Bila ianya agak laju, jadi perkembangan cerita pun nampak kelam-kabut. Gaya penceritaan pula ringkas dan kurang berikan penghayatan pada aisyahros. Contohnya masa kematian watak sampingan pada bab 5. Semuanya berlaku terlalu cepat dan gaya penceritaan yang ringkas makin membuatkan aisyahros rasa kosong bila baca. Eh, mati? Oh okey.
Kesimpulan:
Jalan cerita yang tak klise, cuma kurang pada segi memperkembangkan watak-watak cerita, dan pembaca sukar untuk mendalami cerita dengan baik.