❧ Review by nroseaisyh
Kelebihan:
Idea yang tak klisye. Kombinasi latar masyarakat yang ala-ala pada zaman dahulu tapi di alam sebalik mata itu memang menarik perhatian aisyahros yang suka dengan cerita bergenre fiksyen sejarah. Jalan cerita yang mudah difahami dan dihadam.
Kelemahan:
Pada pendapat aisyahros, ada beberapa plot yang kalau tak ditulis pun, ianya tak akan ganggu aisyahros untuk memahami jalan cerita. Contohnya bahagian mereka berpindah ke rumah baharu dan juga bahagian Farah berbual dengan ibunya tentang kisah Seri yang toknek selalu katakan. Plot yang ditulis mungkin hanya untuk memanjang-manjangkan cerita sahaja.
Gaya penceritaannya terlampau ringkas dan banyak gunakan kaedah tell berbanding show. Ianya buat aisyahros gagal menghayati cerita tersebut. Gaya penulisan pula berserabut dan tak teratur. Agak memeningkan kepala apabila banyak sangat dialog daripada orang yang berlainan dalam satu perenggan yang panjang.
Perkembangan cerita juga laju membuatkan penghayatan perasaan watak kurang memuaskan. Perwatakan watak juga kelihatan kayu. Makin bertambah-tambah rasa kosong bila baca. Dan sudut pandangan cerita yang kadang POV 1, kadang POV 3 buat pembaca jadi tertanya-tanya tentang sudut pandangan sebenar cerita ini.
Kesimpulan:
Buku ini mempunyai jalan cerita yang menarik namun gaya penceritaan kurang memberangsangkan, dan akhirnya membuatkan pembaca tak dapat menghayatinya dengan baik.