KINTSUGI

113 19 1
                                    

❧ Review by rauszydai

Sinopsis:

Cerita ni ialah sekuel untuk cerita Ishihara. Cerita dia bermula selepas Seonghwa dan Akira akhirnya berkahwin (lepas kisah percintaan yang penuh duri dan emosi) dimana Akira, adik sebapa permaisuri yang jahat, mati bunuh diri. Masalahnya, Seonghwa yang berkahwin dengan Akira tidak mempunyai darah diraja dan Akira mempunyai darah diraja yang tak tulen.

Apa yang aku suka tentang cerita ni :

1. Kisah cinta

Dalam cerita ni serious dia punya kasih sayang suami isteri tu buat aku rasa single. Dia memanggil aku single dalam semua bahasa yang aku tahu. Cara Akira menerima kelemahan Seonghwa dan macam mana Seonghwa menerima kelemahan Akira. Akira pada awalnya was-was dengan hubungan dorang, tapi Hwa buktikan yang di betul-betul sanggup buat segalanya untuk ada dengan isteri dia. Dua orang tak boleh hidup tanpa each other TT

2. Friendship

Walaupun sequel ni lebih kepada kisah cinta Akira dengan Seonghwa, tapi author dia berjaya cerita pasal kawan-kawan Seonghwa juga. Macam mana dorang semua saling depend on each other. Macam mana dorang boleh tolak tepi benda yang dorang tak puas hati demi kawan dorang yang lain. Macam mana walaupun ada sorang tu buat silap, dorang tolak tepi kesilapan tu dan cuba perbetulkan masalah tu sebelum marah. Frienship goals, serious.

3. Plot twist

Dalam cerita ni, banyak gila plot twist yang aku tak see it coming. Yang plot twist awal-awal tu maybe ada syak, tapi as the story progressed, makin pening aku fikir plot twist dia. Bila Akira tahu kebenaran tentang kenapa semua benda tu terjadi, dia macam make sense. Mula-mula dorang salahkan takdir tapi kalau takdir tu tak terjadi, dorang mungkin takkan kahwin, dorang mungkin takkan jumpa kawan-kawan dorang (jap, aku emolah bila ingat balik, dia punya tahap sampai hati tu sksksksks)

4. Character yang matang

Dalam cerita ni banyak betrayal, rebellion, poor life decisions yang dorang buat. Tu tak termasuk lagi dengan back story masing masing yang semuanya nak sedih. Tapi the fact dalam buku ishara tu semua keras kepala tak nak maafkan past masing-masing lepas tu dalam kintsugi ni dia maafkan, aku terkesan. Walau apa sekalipun sebab seseorang tu aniaya dorang, dorang masih memaafkan orang tu.

Bukan tu je, dorang melebihkan kawan dan partner berbanding diri sendiri. Masing-masing sanggup jadi sacrifice untuk biarkan kawan dorang bahagia. Penatlah nanges sebab dorang gaduh nak sacrifice diri sendiri :'

Apa yang aku tak berapa suka dalam cerita ni :

1. Ada certain side characters yang bagi aku boleh dikembangkan lagi kegunaan dia tapi dia jarang ada dalam book ni.

2. Action scene tak cukup :'

𝙍𝙀𝙑𝙄𝙀𝙒 𝙎𝙃𝙊𝙋Where stories live. Discover now