❧ Review by _MissLiyana
Perlu diingatkan segala yang ditulis hanyalah pandangan peribadi saja dan setiap orang juga mungkin ada pandangan yang berbeza.
Pertama sekali saya rasa karya ini ada sebuah idea yang cantik dan bernas. Susah juga untuk kita jumpa seorang penulis Melayu yang ingin menulis kisah sedemikian. Tak tahulah kalau ii saya yang sudah jarang membaca. Saya suka idea asal penulis yang mengetengahkan konsep survival dalam kisahnya.
Berkenaan jalan cerita mungkin hanya satu yang saya rasa ada sedikit masalah. Sejujurnya saya merasakan pembinaan Chemistry antara Zaim dan rakan-rakan sekelas terutama Fifi terlalu kurang dan terasa ada yang kosong. Ini menyebabkan plot seterusnya seolah kurang menjadi.Dari segi dialog, pada awalnya terdapat percampuran antara bahasa baku dengan bahasa pasar. Kebiasaannya penulisan novel adalah antara kedua tadi. Masalah di sini, ayat yg baku terlalu baku. Ayat yg pasar terlalu pasar.
Sejujurnya watak Zaim juga saya kurang merasa impak duality yg ingin dicipta penulis. Ini juga mungkin disebabkan babak yang ditulis untuk watak Zaim terlalu sedikit pada awalnya.Dari segi keseluruhan cerita juga seperti ada lubang yang tak ditutup. Seperti ada persoalan yg tidak dijawab atau diwajarkan. Contohnya sejak bila Zaim begitu, dan kenyataan Zaim adalah sebaya mereka itu seperti kurang logis. Takkan mungkin Zaim melakukan eksperimennya dalam perut ibu?
Saya tidak begitu menekankan soal bahasa tapi ada satu yang saya perhatikan banyak berlaku. Pemilihan kata yang salah yang agak mengganggu pembacaan iaitu penggunaan apabila.Itu saja komentar saya untuk cerita ini. Saya tahu cerita ini adalah cerita yg sudah lama disiapkan. Sudah pun lima tahun berlalu jadi saya yakin bahawa kemahiran menulis penulis juga sudah diperbaiki. Apa pun anda ada angan-angan dan idea yg hebat, teruskan berangan dan berkarya!