8

45 8 3
                                    


"Hello Aiman. Kat mana tu? Arman kata awak suruh saya call awak? Kenapa? Tak ada kredit ke? Lapar ke? Bagitahu saya kalau awak nak apa apa. Saya boleh masakkan. Saya paling pro bab masak ni. Nailea pun kalah tau."

"Saya setuju."

"Orang tanya banyak banyak, satu je dia jawab? Penat eh layan narsisisme saya? Takpelah. Tak jadi lah--"

"Bukan macam tu. Awak yang salah baca nada saya. Saya memang setuju awak masak sedap. Tak ingat ke awak masakkan laksa penang lepas tu marah saya sebab tak pulangkan bekas? Dah macam mak marah anak."

"Yelah. Tupperware kut. Saya dahlah bukan members. Kalau members, dapatlah potongan harga kaw kaw. Ni, dahlah bukan members, awak pulak kebas saya punya tupperware. Mana tak marah."

"Iman, saya tak laratlah. Demam tak habis lagi ni."

"Okay sorry sorry. Cepatlah. Nak saya masakkan apa ni? Cliche betul bubur. Nasi air nak? Nasi air berlauk? Uish sedap betul ada ikan bilis garing, sambal kicap, lobak masin, telur masin, kangkung celur, bawang goreng-- wheww. Belum rasa dah kecur liur."

"Tapi saya tak larat nak pergi ambil."

"Arman ada. Dia dengan Nailea nanti nak datang rumah awak. Jangan kunci pintu pula. Duduk jelah baring dengan selimut dekat ruang tamu tu."

"How you know my house... Hm, awak dah tukar jadi stalker saya ke, Iman? Saya tak pernah bawa awak masuk rumah tau."

"Eeeee perasannyaaa. Demam buat cara demam eh. Dahlah. Malaslah layan. Nanti diorang dah sampai rumah awak, tolong chat saya ya."

"Okay mem."

"Mem pe?"

"Membe."

"Okay."

:21: Only Fools Rush In || Aiman Adhwa (Versi Ringkas)Where stories live. Discover now