MIRAI

135 22 0
                                    

❧ Review by JustMine-V

*Ringkasan sinopsis: —

Mirai menceritakan tentang Kim Namjoon yang mulai diselubungi rasa rindu dalam kesal yang mendalam, setelah Mirai, si gadis yang berjaya mengetuk pintu hatinya tanpa sedar, telah pergi tinggalkannya.

*Kelebihan cerita:—

Bagi pembaca, penulis mempunyai idea yang simple tapi pengolahan plot yang menarik. Gaya bahasanya juga mudah difahami, tidak berbelit dan penceritaan yang mampu buat pembaca turut rasai penderitaan watak yang terlalu merindui orang yang dia hilang.

*Kelemahan cerita:—

Sejujurnya, penulis buat pembaca hampa dengan cerita penulis. Sayang, pengolahan ayat sudah menarik, tapi ayatnya ada yang terlampau pendek dan ada yang terlampau panjang. Sepatutnya penulis perlu seimbangkan setiap ayat yang dibuat agar tidak terlalu pendek juga tidak terlalu panjang.

Kesalahan kedua yang agak mengganggu pembacaan pembaca adalah senario yang tak valid. Seperti babak di mana Eunri yang kemalangan bersama Namjoon setelah dia cuba selamatkan Namjoon yang hampir dirempuh kereta. Scene di situ agak tak logik dan boleh juga dikata agak 'klise'. Babak lain yang tak valid juga adalah babak ketika berada di hospital. Sepertinya penulis tidak berapa mahir meluahkan senario di hospital dalam penulisannya kerana pembaca tak dapat rasa apa-apa feel pun untuk babak di hospital. Kalau boleh cuba kaji lebih banyak babak antara doktor dengan pesakit dengan menonton drama-drama sebegitu. Juga babak ketika Rina berada di funfair untuk stalk crush dia. Pembaca tahu penulis cuba selitkan unsur humor dalam cerita ini tapi bagi pembaca, komedi yang cuba disampaikan penulis tak sampai untuk pembaca. Kalau boleh, babak tersebut tidak ada pun tak apa dalam cerita ini.

Ketiga, perkembangan cerita. Yah...seperti yang pembaca kata tadi cerita penulis amat menarik. Tapi kerana ayat yang digunakan penulis kadang terlalu pendek dan kadang terlalu panjang, ia agak buat spoil mood membaca pembaca. Ditambah lagi dengan plot cerita yang hanya sekadar cukup rasa. Bagi pembaca, plot cerita ini masih boleh dikembangkan lagi agar senarionya lebih menarik dan lebih mudah difahami.

𝙍𝙀𝙑𝙄𝙀𝙒 𝙎𝙃𝙊𝙋Where stories live. Discover now