😱🥺Appa rindu 🥺😱

19 2 0
                                    

BTS pulang kerumah mereka. Member BTS lain segera masuk ke bilik masing masing . Kecuali Jhope. Dia duduk di sofa sambil memikirkan keadaan Sung Hyun, bayi yang dijumpainya, lalu dijaga olehnya....

" Ahh, Appa rindu Kris. Baliklah kepada Appa. Appa rindu sangat-sangat kat Kris. Appa akan bagi segala galanya yang Kris mahu. " Katanya sambil menangis.

Jin yang mendengar tangisan Jhope lantas ke arahnya. Dia memeluk Jhope dengan kuat. " Sabar , Jhope. Kris pun rindukan kau, tapi... Dia dah jumpa mak ayah kandung dia. Kita patut lepaskan dia. Dia masih bayi. Kau Appa yang terbaik buat dia. Kalau dia nampak kau macam ni, tentu dia sedih. " Nasihat Jin.

" Kris... Appa nak Kris tau yang Appa terlampau sayangkan Kris. Appa sayang Kris sangat sangat. Love yourself tau Kris. " Kata Jhope. Dia kembali memeluk Jin. Member lain turut memeluk Jhope.

" Korang baliklah bilik masing masing, tentu Korang penat menari tadi. Pergilah rehat. Aku okay, jangan risau. " Kata Jhope.

" Kitaorang bagi kau masa untuk bersendirian. " Kata RM.

Mereka semua bersurai. Jhope berbaring di atas sofa. Air mata mengalir sedikit demi sedikit. Dia berjalan ke biliknya. Sebaik sahaja masuk, memorinya bersama Kris seolah-olah sedang berlaku di hadapannya. Memori dia sedang tidurkan Kris, memori dia sedang pakaikan Kris baju. Semua memori muncul di situ. Air matanya tidak lagi dapat ditahan. Dia menutup pintu lalu meluru kearah katil.

Dia memeluk tempat tidur Kris. Mainan Kris dipeluk erat. Dia menutup mulutnya supaya tangisannya tidak dapat didengari sesiapa. Jhope akhirnya tertidur dia situ . Matanya kelihatan lebam akibat menangis semalaman. Dia tidur sambil memeluk bantal bayi yang bergambar mang.

Keesokan harinya,

Jin dan Jungkook memasak untuk mereka semua. Siap sahaja masak, Jin mengambil hpnya. Dia mendail nombor telefon seseorang. Tertera nama Nayeon.

" Hyung nak call Nayeon ke?" Tanya Jungkook.

"Haah, nak suruh dia jaga jhope. " Balas jin.

" Kita kan ada, kenapa nak susahkan Nayeon." Tanya Jungkook sekali lagi.

" Aku takut Korang semua busy Harini. Lagipun , nak jaga jhope bukannya senang. Selama ni dia dah jaga kita, sekarang kita pula jaga dia. " Kata Jin.

Nayeon menggangkat call Jin.

" Ya, Jin Oppa... Ada apa??" - Nayeon

" Oppa nak minta tolong boleh tak??"- Jin

" Ermmm... Nak minta tolong apa??? "- Nayeon

" Tolong jaga jhope . Harini je. " - Jin

" Ermmm... Minta maaf sangat-sangat Oppa, saya tak boleh."- Nayeon

" Kenapa??"- Jin

" Nayeon sibuk sikit Harini. Nayeon Kena teman mak pergi beli barang. Pastu, Nayeon Kena teman mak Nayeon kat rumah. Balik jenguk mak." - Nayeon

" Ouh, takpelah. Nayeon teman je mak Nayeon. Kitaorang minta maaf sangat-sangat sebab ganggu Nayeon pagi ni. " - Jin

Jungkook hanya memerhatikan Jin. Jin mematikan panggilan.

" Nayeon datang ke??" Tanya Jungkook.

" Tak, dia nak jenguk mak dia." Balas jin.

Tiba tiba , jhope datang lalu mengambil segelas air. Jhope meneguk air lalu memandang kearah Jungkook dan Jin.

" Kau okey ke jhope??? Kau perlukan apa apa??? Kalau kau nak apa-apa... Bagitau je kami, okey??" Kata Jin.

" Kalau aku cakap pun, bukannya kau boleh bagi pun. Takpelah, Korang makan dulu. Aku rasa tak sedap badan. Aku nak rehat. " Katanya lalu tersenyum ke arah Jin dan Jungkook.

Jhope melihat keadaan rumah mereka
" Ahh, bersepahnya. Aku kena kemas kejap ni. " Dia berjalan kearah sofa lalu meletakkan kusyen dia atas sofa. Alat kawalan jauh tv diletakkan berdekatan tv. Dia mengambil penyapu. Tiba-tiba, penyapu yang dipegangnya diambil oleh seseorang.

" Kau takyah buat kerja ni. Biar kitaorang je. Kau rehat. Kau cakap kau rasa tak sedap badan tadi kan?? Pergi rehat " kata Jin.

Jhope hanya tersenyum. Dia masuk lalu tidur di biliknya. Jungkook dan Jimin datang untuk melihat keadaan Jhope.
Secara tidak sengaja ,Jimin melihat air mata Jhope jatuh ke pipi jhope. Dia tau Jhope sedang bersedih. Sampaikan tidur pun boleh nangis. Dia ingin mengelap air mata Jhope.

Sebaik sahaja tangan Jimin menyentuh muka Jhope. Muka Jimin langsung berubah. Dia bangun lalu bergegas keluar.

" Hyung!!!!! Hyunnngggggggg!!!!!" Jerit Jimin.
Member BTS segera ke sana setelah mendengar jeritan Jimin kecuali Jhope.

Jungkook langsung bertanya kepada Jimin. Jimin memberitahu Jungkook bahawa Jhope sedang demam panas.

" Kita bawa dia pergi hospital??" Cadang jungkook.

" Aku tak rasa yang jhope akan setuju. Dia tak suka tengok ARMY menangis sebab dia. Kita rawat je la dia ." Kata Jimin.

" Betul juga kata Jimin. Kita rawat dia"kata Suga.

Member BTS merawat Jhope dengan bersemangat.

" Aku rasa punca dia demam... Mungkin terlampau rindukan Kris. Yelah, sejak jejak je kaki kat rumah ni dia selalu nangis sebab Kris. Aku tak sanggup tengok dia cam ni . " Kata Jin.

" Aku harap dia dapat jumpa Kris . Walaupun sekali je." Kata Taehyung.


JHOPE appaWhere stories live. Discover now