The two most powerful warriors are patience and time. – Leo Tolstoy, War and Peace.
Hari berganti hari, ayat itu terus melekat di fikiran Ashraf. Sepanjang dia di Shangri-La's Rasa Sentosa Resort tempoh hari, novel War and Peace yang dia beli sewaktu penerbangannya ke Moscow tahun lalu kini sudah habis dibaca. Hari ini dia kembali menyarung pakaian seragamnya ke tubuh dan lencana sayap yang menjadi simbol kemegahannya tersisip rapi di dada kiri, menahan kaca-kaca hati yang retak di sebalik dada yang bidang...
Ashraf tercegat di ruangan galley pesawat dengan tangan yang tercalit sedikit minyak hitam ketika dia membuat walk around di bawah sebentar tadi. Matanya melilau mencari tisu. Ada beberapa orang kru kabin di situ tetapi mereka semua sedang sibuk membuat persediaan sebelum berlepas.
"Hi Ashraf!"
Ashraf menghalakan pandangan ke arah suara yang menegurnya.
"Hey... Tokey jamu!" Tegur Ashraf lantas gadis yang dipanggil 'tokey jamu' itu menjegilkan mata sambil bercekak pinggang. Kelihatan tanda namanya tertulis 'Fara'.
"Kau ni memang kurang asam, kan?! Tak habis-habis panggil aku tokey jamu! Sekali aku 'spike' air minum kau, kau pulak yang cirit-birit nanti!" Lantas, kedua-dua mereka ketawa.
Semenjak 'insiden' Azril terkena cirit-birit pada perayaan Aidilfitri tahun lalu, Ashraf memanggil gadis itu dengan gelaran 'tokey jamu'.
"Kau kalau nak 'spike' air aku memang tak dapatlah. Aku selalu ambik mineral je. Memang aku tak percaya kalau budak-budak kru buat air." Kata-kata Ashraf itu mendapat dua reaksi daripada kru kabin di sekelilingnya. Ada yang tertawa dan ada juga yang mencebik tersinggung tetapi Fara yang tak makan saman itu terus ketawa terbahak-bahak.
Suasana gamat itu telah menarik perhatian Natasha yang sedang membuat persediaan kabin di ruang hadapan. Dia bergegas ke galley apabila terdengar suara Ashraf bergelak ketawa dengan kru kabin, satu situasi yang jarang-jarang berlaku!
"Kau nak apa datang menyibuk dekat tempat kitorang ni??" Tanya Fara.
"Tissue." Ashraf menjawab sambil menunjuk tangannya yang kotor. Ketika itu Natasha sudahpun tercegat di lorong galley tersebut.
"Hi Ash! It's been a long time!"
Telinga Ashraf berdesing bila mendengarkan suara itu masih lagi memanggilnya 'Ash' walaupun telah ditegur berkali-kali. Sudahlah mood-nya merudum semenjak peristiwa dia dan Lara. Cari pasal sungguh!
"Hey, I know." Jawab Ashraf sambil mengelap tangannya lantas menyambung, "And I'd love to keep it that way." Beberapa orang kru di situ hendak tergelak mendengarkan sindiran Ashraf.
"Oh, that's very nice of you starting the first sector of this flight. Thank you." Natasha pula menyindir dengan senyuman sinisnya. Dia melihat Ashraf membuang tisu yang telah diguna ke dalam tong sampah. Di raut wajah tampan yang digilainya itu terdapat satu senyuman nipis, sungguh bersahaja.
Ketika Ashraf ingin berlalu pergi, Natasha sengaja tidak berganjak daripada lorong tersebut menyebabkan laluan Ashraf terhalang. Sedikit pun Natasha tidak peduli walaupun supervisor-nya ada di situ iaitu Fara! Wajah Ashraf tiada perasaan memandang Natasha sambil menunggu gadis itu berganjak, tetapi Natasha hanya buat bodoh dan tarik muka masam.
"Oh, by the way." Ujar Ashraf setelah memandang wajah Natasha buat beberapa ketika. "Your eyebrows are not on fleek, bro." Sengaja Ashraf menggelarkan gadis itu dengan panggilan 'bro' sebagai signal 'friendzone' daripadanya. Kelihatan kru-kru yang lain sudah pandang-memandang.
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomantizmMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...