Bab 1

103 0 0
                                    

     Iman Nuraishah. Nama yang tidak asing lagi dalam kalangan teman- teman sebagai anak manja pasangan Encik Abidin dan Puan Salmah, yang tinggal di sebuah kampung di daerah Kota Bharu, negeri yang terkenal dengan gelaran 'Serambi Mekah'.

     Apa sahaja yang dihajati, pasti menjadi miliknya. Mungkin kerana jarak usia antara Iman dan adiknya agak jauh. Ayah dan ibu Iman terpaksa menunggu hampir tujuh tahun. Barulah mendapat adik Iman yang bernama Indah Aryani, kini berumur lapan tahun. Sementara adik bongsu Iman, Izwan Hazriq baru berusia dua tahun.

     Iman adalah pelajar tingktan tiga Sekolah Kebangsaan Sri Kota. Dengan perwatakannya yang ala - ala tomboi, Iman disenangi oleh semua temannya. Namun ini tidak bermakna Iman tidak memiliki musuh. Zaleha adalah musuh ketatnya. Entah apa yang berlaku anatara mereka. Sejak di bangku skolah rendah lagi mereka sering bertengkardan tidak sehaluan.

     Ayah Iman pula, Encik Abidin adalah seorang usahawan berjaya di daerah Kota Bharu. Ibunya, Puan Salmah pula seorang suri rumah sepenuh masa. Kehidupan mereka sekeluarga bahagia dan mewah tetapi mereka tetap hidup sederhana. Faktor inilah yang menyebabkan orang kampung menghormati dan mnyenangi mereka kerana mereka juga tidak lokek membantu orang kampung yang kurang bernasib baik.

     "Iman! Apa yang awak menungkan itu?" tegur Hasiah di sebelahnya. Melihatkan Iman yang masih mengelamun, Hasiah terpaksa mengetuk meja beberapa kali.

     "Ish, awak ni... kacaulah! Saya sedang berangan naik skuter idaman hati pun terganggu," rengus Iman.

     Iman mmandang Hasiah. "Awak rasa warna apa ya, patut saya beli? Merah, hijau, ataupun merah jambu? Tetapi kuning pun cantik. Alahai... peninglah pula mahu pilih warna." Iman bertanya kepada sahabatnya Hasiah atau lebih mesra dengan panggilan Asi itu.

     "Hoi cik kak. Awak cakap apa ini? Saya tidak fahamlah!"

     "Begini... saya mengidam sebuah skuter, supaya dapatlah saya naik skuter ke sekolah tiap- tiap hari. Tidak perlu lagi naik bas sekolah. Bosanlah setiap hari perlu berebut - rebut apabila mahu menaiki bas. Paling tidak saya tidak tahan, terpaksa menahan bau ketiak masam entah siapa. Eee... gelilah!"

     "Betul juga cakap awak itu. Sya pun rimas apabila terpaksa berasak-asak di dalam bas. Lebih-lebih lagi perlu berdiri sepanjang perjalan ke sekolah. Sudahlah kasut saya asyik dipijak... habis kotor!" sokog Hasiah lagi.

     "Apa kata kita beritahu rancangan kita kepada Ida dan Ina?" cadang Hasiah kepada Iman. Lantas tanpa membuang masa, mereka bergerak ke tempak duduk dua sahabat mereka iaitu Zuraida atau Ida, dan Zarina atau Ina.

     Sememangnya dahulu Zuraida dan Zarina diletakkan di barisan hadapan mereka tetapi Cikgu Rozita sengaja menukarkan mereka ke tempat yang agak jauh dari Iman dan Hasiah, kerana mereka berempat ini selalu sibuk berbual semasa cikgu mengajar.

     Selapas serius berbincang, mereka berempat bersetuju memulakan kempen mengambil hati ibu bapa masing-masing.

     "Tetapi peliklah. Dari mana awak dapat idea mahu membeli skuter sedangkan sebelum ini saya rasa awak tidak pernah menunggang mana-mana skuter?" soal Zarina.

     Dengan senyuman di bibirnya, Iman menjawab, "Dua hari lepas saya ke bandar bersama keluarga saya, kemudian sya ternampak satu papan iklan di tepi lampu isyarat berkenaan skuter. Wah... sangat cantik!

     Sejak hari itulah tidur saya tidak lena hingga termimpi-mimpi skuter yang saya tengok itu. Tetapi saya tidak berani mahu berterus-terang kepada umi dan abah saya. Lagipun kita masih dipanggil anak ABU, bukan?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 14, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

GADIS SKUTERWhere stories live. Discover now