Mereka semua berada di dalam kelas. Junhyung duduk bersendirian.
Junhyung: Haih.
Tiba tiba suho datang.
Suho: Haiii, Seronok date tadi?
Junhyung: Apa kau merepek ni?
Suho hanya pergi sambil tersengeh.
Junhyung: Haih, Memanglah.
Tiba tiba fana duduk di sebelah Junhyung.
Fana: Awak okay?
Junhyung: Ni lagi sorang, awak nak apa ha?
Fana: Apa? Saya hanya nak tahu keadaan awak je. Hum. Saya rasa... Saya tahu siapa perempuan yang jumpa awak hari tu
Junhyung: hm. Tak payah risau lah. Saya okay
Fana: eh siapa kata saya risau? Suka sangat buat kesimpulan sendiri.
Junhyung: Haha, Haish. Memang lah.... Tadi awak kan yang ambil berat pasal saya.
Fana: Bagus lah awak dah mula gelak sekarang. Saya cuma nak buat awak happy je.okay lah. Bye. *terus pergi*
Junhyung: Apa lah yang dia buat ni. Haihhhh *tergelak*
Keadaan itu di lihat oleh Hara yang baru lalu di kelas itu.
Hara: Mesra nya Junhyung dgn perempuan tu. Haish. Siapa perempuan tu. Memang nak kena. Mesti Dia yang menghalang hubungan aku dengan Junhyung! Hmp! Siap dia!
Waktu balik....
Niessa: Fana, nak kiteorang temankan kau ke?
Fana: Takpe lah. Korang balik je lah dulu.
Niessa: Okay. Kiteorang balik dulu.
Mimi: bye!
Fana: Byee..
Fana pun keluar untuk ke bilik guru.
Junhyung terus mengekorinya dari belakang.
Junhyung: Fana!
Fana: huh? Kenapa?
Junhyung: Tunggu jap. Awak nak pergi mana?
Fana: Nak pergi bilik guru.
Junhyung: Untuk??
Fana: Saya nak hantar Fail peribadi saya kat Cikgu Kwangsoo.
Junhyung: hurm. Nak follow boleh? Saya nak jumpa cikgu tu sekali.
Fana: Oh. Haaa. Okay. Jom.
Mereka berdua berjalan bersama sama. Suasana terus diam.
Junhyung: Hurmm.. Awak...
Fana: Iya?
Junhyung: Terima kasih tau.
Fana: Untuk apa?
Junhyung: Sebab happy kan saya tadi.
Fana: Ha? Hahahahaha. Junhyung. Awak ni lelaki. Takkan lah lelaki macam awak ni menangis semata mata sebab perempuan. Kelakar lah.
Junhyung: eh. Awak tak pernah dengar ke. Orang dulu dulu cakap. Lelaki yang menangis untuk perempuan ni romantik tau.
Fana: Eleh, perasan..
Junhyung: Iya. Betull.
Fana hanya tersenyum melihat Junhyung. Setelah sampai ke bilik guru. Fana dan Junhyung berjalan bersama sama menuju ke pintu pagar sekolah.