ULYA POV
3 HARI BERLALU. Dan tiga hari juga lah Tuan Zakaria dan Puan Adibah serta anaknya menetap di rumah papa dan mama. Mama dan papa tak beri keizinan pun untuk mereka tinggal di sini. Tapi dengan myka tak tau malu, mereka masuk ke dalam bilik tetamu tingkat bawah ini.
Sepanjang mereka berada di sini hati aku terasa panas dan sakit hati. Sakit hati dengan sikap Puan Adibah yang menjengkelkan dan lagi menyakitkan hati aku, si Alyana cuba mendekati suami aku. Dasar satu kaluarga tak tahu malu.
Untung Raiyan jenis tidak layan perempuan. Yang sadisnya, Raiyan dengan selamba menolak perempuan gedik itu sehingga jatuh ke lantai bila tangan gatal Alyana hendak menyentuh Raiyan. Hahahaha! Puas hati aku!
Kalau tak disebabkan mama, dah lama aku bungkus diorang dan pos balik German. Datang sini buat macam rumah sendiri pulak. Sekali dengan pembantu-pembantu rumah ini dijadikan hamba mereka. Banyak hodoh muka diorang.
Malah, disebabkan mereka juga Abang Khairin balik rumah penthousenya dan Abang Wazif dan isterinya balik ke rumah mereka. Aku ada juga ajak Raiyan pergi rumah parents Raiyan. Tapi katanya, dia tak akan pergi mana-mana selagi keluarga Tuan Zakaria menetap di sini.
Aku tahu Raiyan ada sembunyikan sesuatu darinya. Bila ditanya, Raiyan hanya diam tidak menjawab soalannya.
Sedang aku berada di anak tangga kedua terakhir, aku terdengar pertengkaran dari arah dapur. Terus aku melangkah mendekati pintu dapur. Telinga ditekap pada pintu dapur. Jadi spy tak bertauliah buat sementara waktu. Hehehehe.
"Aku hairanlah...Macam mana kau dengan Yusoff boleh jadi sekaya ini eh? Masa mummy halau kau dengan Yusoff, bukannya korang ada harta pun. Silap-silap nak bagi makan si Hanina dengan Wazif pun tak mampu masa tu." Aku tahu itu suara makcik mulut busuk a.k.a. Puan Adibah. Jariku digenggam menahan rasa sakit hati apabila dia mengata mama aku.
Tapi aku tak dengar mama aku menjawab pertanyaan Puan Adibah. Hanya bunyi potongan pada papan pemotong. Mungkin mama tengah potong sayur untuk masak.
" Entah-entah kau juai diri kau tak? Eh kau jual berapa ek? Kira laku la kau dapat beli rumah sebesar ni." Puan Adibah berterusan mengata mama aku. Aku yang tidak tahan dengan kata-kata longkang dari mulut Puan Adibah ingin memulas tombol pintu dapur itu. Tapi bunyi kuat yang datang dari dapur menyentakkan aku.
Pang
Aku membuka sedikit pintu untuk mengintai apa yang terjadi.
Aku lihat pisau sudah terpacak atas papan pemotong itu. Mungkin bunyi kuat tadi datang dari pisau itu. Mata aku halakan pada wajah mama. Mama kini berdiri berhadapan Puan Adibah yang terdiam dengan wajah yang tenang.
"Akak kalau tak nak pisau ni terbang dekat muka hodoh akak, lebih baik akak diam. Akak tak tahu apa yang terjadi sepanjang 25 tahun lepas. Jadi akak tak perlu nak mereka-reka cerita!" Wahhh mama aku ke tu. Mama kalau dah keluar kata-kata begitu maknanya dia betul-betul marah.
Sebenarnya, aku tertanya-tanya apa yang terjadi 25 tahun lepas. Masa tu pun aku tak wujud lagi.
Lihat sahaja Puan Adibah berjalan dengan hentak-hentak kaki menuju ke arah pintu, terus aku berlari ke ruang tamu. Cepat-cepat aku duduk di atas sofa. Buat seperti tiada apa yang berlaku. Hahahah pandai aku berlakon padahal hati dah berdebar laju.
Puan Adibah yang baru melintasi aku dijeling. Ewahh ingat mata kau cantik nak jeling-jeling aku yang bak bidadari ni.
Aku pun apa lagi, jeling la balik. Ingat aku ni baik sangat ke? Sorry i'm not. Orang buat baik aku buat baik. Orang buat jahat, korang fahamlah sendiri.
YOU ARE READING
Raiyan's Babyboo [C]
RomanceYou're My Heart ⏩ Raiyan's Babyboo ⚠️RED FLAG HERO🚩 ⚠️CERITA YANG TAK MASUK AKAL *hanya suka-suka