BAB 10

197 8 2
                                    

" Kurang ajarlah Afiq tu ! ,"

Wajah Fatihah berkerut menahan geram . Kakinya menghentak kuat turun dari bas . Bengang . Dadanya turun naik menahan amarah .

" Gila betullah si Afiq tu . Tak makan saman ! Sejak bila berubah pun tak tahu . Psycho ," bentak Fatihah lagi , geram . Tangannya disilangkan dengan lengan Nisa . Mereka jalan beriringan . Langkah diatur perlahan menuju ke rumah mereka yang tidak jauh dari stesen bas .

" Kalau kau pun terkejut , aku lagi terkejut beruk ! " Seloroh Nisa lalu keluhan dilepaskan . Kecewa . Kawan yang dianggap rapat meluahkan perasaan suka . Ngeri . Kekok . Takut . Macam - macam perasaan bercampur aduk . Betullah kata Raykal , lelaki dengan perempuan tidak boleh berkawan . Nanti buruk padahnya .

" Sepatutnya aku biar je kau belasah dia tadi . Baru puas hati aku . Nisa , kau dengar cakap aku . Mulai hari ini , detik ini , kita jangan rapat dah dengan dia . Nanti makin kita layan , makin menjadi - jadi . Entah benda sewel apa pulak dia nak buat nanti " ujar Fatihah tegas berbaur pesanan . Lengan Nisa ditepuk berkali - kali seolah memberi kekuatan . Lagi dia bertambah bengang apabila melihat aksi selamba Afiq mencuba - cuba memegang Nisa . Ingat apa ?  Suka - suka saja pegang anak dara orang . Nak luah tak perlu sampai nak pegang . Miang !

" Tapi , selagi dia dekat sekolah tu , aku kena hadap jugak . Dia kawan kita . Mungkin dia tak sengaja bertindak macam tu ? " Soal Nisa berbaik sangka . Senyum tawar diukir .

" Eh kau ni ! Kau tak nampak ke apa yang dia dah buat ? Dia cuba nak pegang kau pun , kau masih nak bagi muka ? Biarlah kawan sekalipun , kalau dah melebih sampai macam tu . Itu bukan kawan tapi lawan ! Tak sengaja konon ! " bengang Fatihah . Berkerut dahinya menatap wajah Nisa . Memang kedengaran cemburu tapi dia kenal sangat dengan Afiq tu . Kalau tak , tak ada maknanya dia nak suruh Nisa jauhkan diri daripada Afiq . Kenapalah kawan dia ini baik sangat ? Tak boleh ke jadi tegas sedikit ? Dalam keadaan macam ini pun , dia masih nak berhusnudzon . Nisa ... Nisa ...

" Entahlah , Tihah . Dahlah cakap pasal dia . Penatlah ... " Adu Nisa . Dia senyum tawar . Lagi dibahas , lagi geram dibuatnya .

" Kau nak singgah kedai kan tadi ?" Fatihah ubah topik . Biarlah keadaan hati Nisa reda sedikit baru dia sambung menyumpah seranah si Afiq itu . Nanti tak pasal - pasal mengundang silat gayong Nisa . Jarinya menunding ke arah sebuah kedai yang tidak jauh dari tempat mereka berjalan .

" Ha'ah . Aku nak beli barang basah sikit . Nak masak makan malam nanti ." ujar Nisa bersahaja . Terimbas kembali wajah tegang Raykal pagi tadi . Tiada kucupan manis di dahi seperti selalu . Kalaulah Nisa boleh berfikir dengan waras kelmarin , mesti dia tak bertegang urat dengan Raykal sekarang .

" Kau dengan Raykal macam mana ? Dia marah lagi ? " Soal Fatihah . Terbit rasa kesian apabila melihat  air muka Nisa yang berubah tiba - tiba .

Nisa angkat muka seraya tersenyum tawar . Cukup menggambarkan situasi mereka sekarang ini .  Seharian suntuk semalam dia tak berbicara dengan Raykal .  Berpuluh ribu kali  ucapan 'maaf' meniti dibibirnya tiap kali melihat kelibat sang suami . Namun , hanya dibiarkan sepi . Wajah Nisa pun dia tak mahu pandang . Teruk sangatkah salahnya ?

" Tak apa . Kau cuba lagi minta maaf dengan dia . Mungkin dia masih terkejut dengan pengakuan kau . Kalau kau nak tips , aku boleh bagi ? Nak ? " soal Fatihah . Bahu Nisa ditepuk perlahan . Senyuman penuh makna mula terukir .

" Nak bagi aku idea novel kau tu lagi ? Takpelah . Aku boleh settle sendiri . Lagipun , ini urusan rumah tangga . Awak tu tak kahwin lagi . Jangan nak bertips - tips sangat ," tempelak Nisa selamba . Fatihah ni bukan boleh percaya . Semua benda nak kaitkan dengan novel .  Mengarut saja ideanya .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 26, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My 'CINTA HATI' , Tuan RaykalWhere stories live. Discover now