completed, kim doyoung nct fanfiction
[ book 2 of similarity ]
SHORT STORY VER. | EBOOK SOON
continuation of the story of the moon with egoistic aquarius
marriage with conflict, angst au.
[ cloudnight98 artworks || 2021 ]
Jungha mengeluh melihat barang dapur di rumah Doyoung ini hanya sekadar ada biskut, roti dan air. Lelaki ini memang menjalani kehidupan bujang dengan tenang sekali.
Apa nak dimasak untuk si suami.. Jungha hanya membancuh air kopi panas dan menyediakan sebuku roti di atas meja.
Terlihat Doyoung baru sahaja keluar dari lif, Jungha menjerit memanggilnya dari dapur. " Doyoung-ah, makanlah sarapan dulu ! "
Si suami hanya memandang sekilas lalu berjalan ke pintu rumah, " Dah lambat, makanlah sendiri. "
Jungha menolak kerusi rodanya mengejar Doyoung yang sedang memakai kasut di hadapan pintu. Sisi belakang Doyoung agak menarik.
" Doyoung-ah, awak free ke lepas kerja ? Ingat nak beli barang dapur sebab- "
" Aku ada banyak hal lagi nak kena urus. Disebabkan aku bercuti semalam, banyak benda lagi aku belum settle. " Doyoung menunduk melihat Jungha.
" Kau jangan sesekali pun berani keluar dari rumah ni. Kalau tak, siap aku kerjakan. Jangan berani cabar kesabaran aku. Barang dapur tu nanti jelah aku uruskan, " ujar Doyoung lagi lalu dia keluar pergi bekerja.
Jungha tidak tergerak dari posisinya tadi sambil menggigit jarinya yang sudah menjadi tabiat.
Takkan nak biarkan isteri berlapar di rumah, sudahlah tak boleh keluar
* . °•★|•°∵ ∵°•|☆•° . *
" Aigooo, bertuah punya anak ! Boleh pula dia biarkan isteri dia berlapar kat rumah, sudahlah tak beli barang dapur ! " Puan Kim sumpah seranah anak lelakinya yang memang gila kerja. Dia memasukkan sayur-sayuran ke dalam peti ais.
Jungha menggigit jarinya, mula risau akan keadaan Doyoung yang bakal pulang dari kerja dan kena tengkin dengan eommanya nanti.
" Dah balik ! " Doyoung pulang sambil disambut oleh balingan kubis bunga yang baru dibeli tadi. Puan Kim hanya menahan marah, dia berjalan ke arah Doyoung yang terpinga apa yang berlaku.
" Doyoung ! Kenapa tak beli barang dapur ? Dah tahu rumah ni takde barang pergilah beli ! Makanan lagi penting dari kerja tu, " Puan Kim menarik telinga Doyoung yang menahan kesakitan.
Sudah sehari bergelar status berpunya tetapi tak pandai uruskan masalah yang penyelesaian mudah dicari.
" Lagi satu, kenapa biarkan Jungha berlapar kat rumah ? Ingat dia makan roti ni kenyang macam makan shellout ? Eiiii payahnya nak ajar anak lelaki ni. Nasib baiklah eomma singgah rumah. Kalau tidak, dia dah mati kebuluran agaknya. " bebel panjang Puan Kim lagi. Mulutnya memang binasa, Doyoung hanya panaskan telinga sahaja.
Bagaimanalah Doyoung boleh bertahan dalam keadaan begini sedangkan Jungha masih risau akan keadaan si suami yang penat bekerja lepastu kena berleter.
" Eomma, Doyoung kata dia nak beli barang dapur lepas dia habis kerja- "
" Dia nak beli barang dapur lepas kerja ? Lambat lagilah sebab dia paling awal balik kerja pun pukul 11 malam. Tengok jam sekarang pun dah pukul 12, " Puan Kim serta merta mencelah kata Jungha. Nampak sangat menantu nak back up anaknya.
Perghh mulut mak mentua ni memang berbinasa pedih menusuk jiwa raga. Sesiapa bantu kami yang tersakiti ini.
" Eomma balik dulu. Kalau Doyoung buat hal lagi, siap aku belasah dua-dua sekali. " Tangan Puan Kim mengambil beg mesra yang berada di hadapan peti ais lalu berlangkah keluar dari rumah.
Keadaan rumah mula sunyi dan mereka berdua berasa jangkal apabila bersama. Doyoung pergi ke bilik pakaian manakala Jungha masuk ke bilik tidur.
* . °•★|•°∵ ∵°•|☆•° . *
Jungha yang hanya memandang siling berubah pandangan ke tingkap bilik yang berada di sebelah kanannya setelah Doyoung melangkah masuk ke dalam bilik.
Matanya dipejam, dia berasa ngantuk setelah seharian mengemas rumah. Sudahlah tidak boleh keluar, jadi dia hanya mengelilingi rumah yang besar seorang diri.
Pinggangnya terasa seperti ada tangan melingkari. Jungha beralih pandangan ke sebelah kiri lalu melihat Doyoung nyenyak tidur. Mungkin terlalu penat.
Tapak tangan Jungha membelai rambut suaminya yang sedia hitam. Matanya tak henti menatap iras muka Doyoung. Seperti pernah nampak tapi bila dan dimana..
" Selamat malam, sayang ! Tidur lena tau, peluklah saya macam teddybear kalau awak nak. Saya cuba jadi isteri yang awak inginkan seperti orang lain, " Jungha meletakkan kepalanya di dada Doyoung. Memang terasa hangatnya.
" Kongsilah lelah awak bersama saya, "
" Saya pun nak merasa lelah awak bekerja mencari makan untuk kita, " Akhirnya, Jungha terlelap di dalam pangkuan suaminya.
Pandanglah saya, saya cuba nak menjadi sempurna. Jadi jangan putuskan semangatku