completed, kim doyoung nct fanfiction
[ book 2 of similarity ]
SHORT STORY VER. | EBOOK SOON
continuation of the story of the moon with egoistic aquarius
marriage with conflict, angst au.
[ cloudnight98 artworks || 2021 ]
Dua bulan berlalu, begitu kehidupan Jungha dan Doyoung apabila bersama. Seperti masing-masing menjalani kehidupan sendiri. Mereka berdua tidak pernah sekali pun nak berbual panjang. Hanya sekadar bertanya ' sudah makan atau belum ' dan ' bila nak beli barang dapur '.
Petang yang nyaman dan sempoi anginnya, Jungha melipat baju Doyoung dengan gembiranya. Telefonnya berdering di atas meja, terus mengangkat panggilan tersebut.
" Ahh, Jungho sayangku ! Macam mana dengan universiti ? Okay tak ? "
" Ok je. Macam biasa. Tapi bosanlah takde kakak nak kacau Jungho. Sungchan hyung pula busy memanjang, "
" Jap, aku tanya Doyoung. " Mata Jungha bersinar. Akhirnya, ada juga orang yang boleh keluarkan dia dari gua tempurung ini. Dia mengambil tongkat lalu berjalan ke lif untuk pergi ke bilik kerja Doyoung.
Berdirinya di hadapan bilik kerja, Doyoung terlihat Jungha berdiri di tepi biliknya. " Ada apa ? "
" Jungho ajak kita keluar makan, nak ke tak ? " Jungha mula menyinarkan matanya untuk Doyoung setuju akan rancangannya.
" Tak boleh. Saya ada benda nak kena uruskan ni, " Mendengar jawapan Doyoung, senyuman Jungha terus pudar. Dia beredar dari bilik kerja dan berjalan ke bilik pakaiannya yang agak bersih kerana dia takdelah banyak pakaiannya.
Punggung dilabuh ke lantai bilik dan telefonnya diletakkan di telinga. Dia cuba menahan air matanya mengalir keluar.
" Tak bolehlah, Jungho. Nanti jelah, "
" Alaa. Doyoung tu kan selalu bagi alasan, dah lah asyik alasan dia sama je. Cuba tukar alasan lain, "
" Ahh takod, akak kesayanganku. Jungho pergi dulu, ada benda kena buat ni. Bye ! "
" Bye.. " Panggilan dimatikan sendiri oleh Jungho. Jungha terus sunyi kembali kerana bahang bilik ini yang menemaninya.
* . °•★|•°∵ ∵°•|☆•° . *
Doyoung dan Jungha terdiam bersama sambil melihat Jungho menikmati ayam goreng yang dibeli ketika singgah di kedai sebelum pergi ke rumah mereka. Tak sangka dia rindukan kakaknya sangat sampai pergi ke rumah Jungha.
Jungho memandangkan mereka berdua, " Makanlah ! Aku beli sebab ni makanan favourite Jungha, "
[ Remember when Jungwoo want eat fried chicken on Similarity Part 17 - Why. Also, Part 6 - Fried Chicken. }
Bak kata pepatah, bapa borek anak rintik. Ayam goreng menjadi makanan kegemaran sejak turun-temurun. Lain macam..
" Sayang, ayam goreng ni boleh buat muka awak berjerawat tau. Tak boleh makan selalu, kenapa awak suka sangat makan benda ni ? "
Doyoung mengusiknya lalu memeluk bahu kecil Jungha si isteri. Perempuan miliknya hanya tersenyum kulat pada masa yang sama, hati mula berdetak.
" Ohh, Doyoung-hyung tak makan ayam ea ? So, hyung nak makan apa ni ? " soal Jungho mengelap mulutnya. Cemburu pula lihat mereka bermanja. Nak kahwin jugaklah nanti.
Tangan Doyoung memicit pipi Jungha secara tiba-tiba. Terkejut orang dibuatnya. Jungho hanya tergelak Jungha dikacau oleh abang ipar yang agak manja.
" Aww comellah ! Untung Jungha dapat suami hemsem lagi manja ni, " ujar Jungho yang asyik dilanda kecairan comel sepasang pengantin baru ini.
" Bila je Doyoung tak comel, kan sayang ? " Jungha bersuara menjengket kening kanan kepada Doyoung. Sejak bila dia bermanja ni..
Mereka meneruskan perbualan mereka dengan meminum beberapa tin bir sehingga mula mabuk. Jungha menghantar Jungho ke teksi dengan selamat dan tiba masa untuk dia uruskan Doyoung pula.
" Macam mana ni... " Jungha terduduk di lantai menggaru kepalanya. Memikirkan bagaimana ingin membawa Doyoung ke bilik.
Dia melihat sekeliling dan badan Doyoung terdampar di belakangnya lalu mereka berdua jatuh bersama di lantai sejuk.
" Junghaaaa,,, " Doyoung tersenyum seperti kerang busuk dan mengangkat Jungha gaya bridal style.
Jungha cuba memberhentikan Doyoung yang memang gila buat kerja ni dalam keadaan mabuk lalu dia mengeratkan leher suaminya dengan kedua-dua lengannya.
Dia memang gila.. perlu ke nak buat begini.. bisik hati Jungha.
Doyoung menurunkannya di katil dengan perlahan dan ekor matanya tak henti menatap muka Jungha yang kecil. Menyelimutkan mereka berdua, dia memeluk isterinya dan hidungnya terkena leher kiri Jungha.
Jungha terasa geli pada sisi itu, dia cuba menjauhkan Doyoung darinya tetapi tenaga lelaki itu tak mampu dikalahkan.
" Ahh, i have found your weakness. No one know, right ? "
" Tidurlah.. Nanti awak lambat pergi kerja, " Tangan kanan Jungha membelai rambut si suami, ingin menidurkan Doyoung.
" Rupa awak... sama macam ayah awak... " kata Doyoung sambil matanya terlelap.
Jungha memandangnya pelik, sejak bila dia tahu tentang ayahnya sedangkan tiada siapa pun pernah dia ceritakan siapa ayahnya. Lagipun, ayahnya sudah lama tinggalkannya masa kecil.