The Promise||5

94 12 0
                                    

♡♡♡♡♡♡♡

Selesai membersihkan diri mereka segera berkumpul di dataran sebaik sahaja siren mula dibunyikan.

Abang dan akak fasi sudah pesan awal-awal..jika dipanggil berkumpul pastikan datang dalam kumpulan kalau taknak kena denda.

Sebaik girls keluar mereka bersama-sama bergegas ke arah dataran.
Kelihatan disana sudah ramai yang berkumpul..namun mereka bukanla pelajar terlewat..yang paling lewat ialah grup Divaz tu..kesian betul dengan geng nerd dan geng lelaki yang sekumpulan dengan mereka.

Kumpulan mereka didenda membasuh pinggan mangkuk masa makan nanti.

"Okayh semua dah berkumpul?."Tanya Abang Bad.

"Sudahh!!!."Jawab para pelajar dengan bersemangat.

"Aktiviti kita malam ini ialah Night Walk."Kata-kata daripada Kak Siti menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelajar.

"Okay diam,dengar sini!Korang akan dilepaskan mengikut kumpulan masing-masing..mengikut urutan ya..so arahannya mudah sahaja seorang demi seorang akan dilepaskan,kamu semua mestilah berjalan mengikut tali yang telah disediakan..ingatt walau apapun yang berlaku jangan sesekali kamu lepaskan tali tu..Faham?!."Terang Abang Khairul panjang lebar.

"Faham!!."

"Ouh sebelum terlupa siap sedia dengan sedikit halangan ye."Sahut Kak Raisha dengan senyuman penuh makna.

"Kita akan lepaskan kumpulan 1 dahulu yaaa..seorang demi seorang."Ujar Abang Danish pula.

Setelah beberapa minit menunggu akhirnya tibalah giliran kumpulan 5.
Iman berjalan terlebih dahulu sebagai ketua sambil diikuti oleh Isha,Emelya,Farhan,Hazzif,Zara,Hafiy dan akhir sekali Rayna.

Selepas kumpulan mereka dilepaskan kini tiba giliran kumpulan enam iaitu kumpulan divaz.

Setelah beberapa minit berjalan

Aira yang berada dibelakang Rayna tersenyum jahat.
Isyarat diberi kepada Walisya yang berada dibelakangnya.

Sebaik sahaja Walisya melihat isyarat yang diberi oleh Aira,dia segera menolak Aira sekuat hati sehingga terjatuh ke tanah sebelum ditolak Aira sempat menarik sedikit rambut Rayna sehingga gadis itu berpusing untuk melihat siapakah yang menarik rambutnya.

"Ouchh Raynaaa kenapa you tolak I!?"Ringis Aira penuh kepuraan.

"What??aku buat apa?."Tanya Rayna hairan.

Hafiy mula mendekati diikuti oleh Girls dan Prince
"Kenapa ni?."Soalnya.

"Rayna dia tolak I..I terpegang dia sikit je sebab I tak jumpa tali."Aira mengesat air mata palsunya.

"What? Eh hello? Aku tak buat apa-apa okay?."Jelas Rayna mempertahankan dirinya.

"Penipu!!I nampaklah..Masatu I baru nak tarik Aira sebab I nampak dia macam nak tersesat...and at last you tolak dia."Jerit Walisya meyakinkan Hafiy.

"Kenapa perlu tolak? Cakap jelah baik-baik."Akhirnya Hafiy bersuara sedikit kasar dan dingin.
Dia menunduk dan mula membelek buku lali Aira.

Rayna tersentak,air matanya mula menitis.
"Aku tak buatlah!!!"Jerit Rayna sekuat hati dan berlari tanpa arah tuju.

The PromiseWhere stories live. Discover now