1 | Antara Menghina dan Menyeranah

11 0 0
                                    

Demi figura baru yang aku bakal jadi
Tidak ku izin terubah karakter asli
Kerana aku kekal aku
Yang punya keunikan dalam personaliti.

Biar aku terus melangkah
Meninggalkan masa lalu yg telah musnah
Segala yg buruk jadi sempadan
Segala yg baik jd kekuatan

Dan kamu yang telah baik sekarang
Semoga kekal tinggi
Tanpa memandang rendah aku di sini.

Kita punya kurang masing-masing
Cuma barangkali Tuhan ingin menguji,
Dengan menutup punyamu
Dan menyingkap punyaku
Demi melihat antara dua
Sama ada kau yang ditutup ingin memapah
Atau terus menghina dan menyeranah.

Jangan terlupakan,
Hari-hari penuh ujian
Mungkin aku mentaati larangan,
Tapi kau menuju kesombongan.

- P.A -

Introspeksi Kerajaan HatiWhere stories live. Discover now