Bab 35

223 20 14
                                    

"You, what...?!"

Kening Zieta berkerut memandang Lara. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Wajah Lara dia lihat sugul.

"So dah berapa lama dia tak text kau??"

"Sejak last kitorang jumpa Ahad, the next day after Zouk tu lah."

"Sebulan?!" Zieta pantas memotong.

"Hmm... Sebulanlah kot. Entah, aku tak kira pulak berapa hari." Kata Lara tetapi dalam hati, dia hampir tidak percaya yang sebulan telah berlalu tanpa ada sebarang berita daripada Ashraf!

Zieta mengherotkan bibir dan menggelengkan kepala. Dia lihat Lara hanya memandangnya tanpa ada secalit perasaan pun pada air wajah gadis itu. Tetapi mata bundar itu redup.

"Ra, kau terburu-buru sangatlah respon pada Ashraf!"

"Dia dah confessed dengan aku, aku nak buat macam mana lagi? So aku bagi tahu je lah perkara sebenar!"

"Kau boleh je cakap 'nanti I fikir dulu' ke, 'bagi I masa fikir pasal kita' ke... Yang kau terus reject dia kenapa?!"

Hati Lara seolah-olah terkoyak mendengarkan idea-idea si Zieta! Kenapalah dia tidak terfikir dengan jawapan-jawapan seperti itu?! Lara berdecip.

Sebulan... Sudah sebulan rupanya dia berkomunikasi dengan Ashraf satu hala. Jika sehari satu SMS, sebulan sudah tiga puluh SMS tetapi kebiasaannya Lara akan menghantar dua atau tiga SMS dalam sehari; ini bermakna sudah tujuh puluh ke hampir seratus SMS dia hantar untuk melembutkan hati Ashraf! Namun Ashraf tidak pernah sekali membalas. Sesak dada Lara. Kini barulah dia sedar yang lelaki itu bukan sekadar merajuk tetapi betul-betul hendak menjauhkan diri daripadanya. Mungkin dia perlu berhenti mengejar Ashraf. Segalanya telah jelas yang lelaki itu sudah tidak mahu lagi berhubungan dengannya.

Dengan perasaan yang berat, Lara mengambil telefon bimbitnya dan membuka aplikasi SMS tanpa mengendahkan Zieta yang sedang berleter di hadapannya. Dia menaip sesuatu kepada Ashraf dengan perasaan yang sarat di dada...

*          *          *          *          *

Ding ding dingg...

'Perhatian, panggilan terakhir pesawat penerbangan Garuda Indonesia dengan nomor penerbangan GA delapan tujuh delapan, tujuan Incheon, dipersilakan segera naik ke pesawat udara melalui Pintu 2B. Terima kasih.'

Selepas itu pengumuman bahasa Indonesia itu dialih bahasa pula ke bahasa Inggeris.

Ashraf yang sedang duduk sendirian di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta meraba poket seluarnya apabila terasa getaran daripada telefon bimbitnya. Ada satu SMS masuk dan dia rasa SMS itu pasti daripada Bobby.

'Ash........ ;(((((' - Princess

Ashraf tersentak.

Kenapa banyak sungguh tanda 'bibir sedih' itu? Adakah Lara betul-betul sedang menangis? Kenapa? Adakah kerana dia dibuli oleh rakan sekelasnya lagi?? Atau adiknya hilang sekali lagi?? Atau adakah sesuatu yang buruk telah berlaku??

Ashraf ketap bibir dan pejam mata, mencari kekuatan dalam diri. Selepas itu dia cepat-cepat menekan butang 'Reply' lantas menaip laju...

'Hey babygirl... What's wrong? Are you really crying right now? Tell me, I have fourty minutes before departure. Go on, tell me.'

Setelah itu, jari Ashraf menekan butang 'Save' lantas mesej itu terus masuk ke dalam ruangan 'Outbox'! Kekuatan yang dikumpul tadi bukanlah untuk dia membalas SMS gadis tersebut, tetapi untuk menegah dirinya daripada berhubung dengan Lara!

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now