" Maaf, tapi.. kami dah nak kena balik. " Kata Raja.
" Ya, Maafkan kami... Bukan maksud kami tak nak bagi masa kamu semua main dengan Sung Hyun.. tapi.." kata ratu .
Riak muka Jhope berubah. Jhope diam sementara. Kemudian dia bersuara
" Baiklah.. kalau Tuanku berdua dah nak balik.. saya akan serahkan Kris dekat tuanku berdua. " Kata Jhope.
Member BTS terkejut dengan tindakan Jhope. Kerana Jhope lah yang paling menyayangi Kris.Jhope berjalan ke arah BTS lalu membenarkan member yang lain memeluk Kris buat kali terakhir. BTS memeluk Kris dengan erat.
" Jadi anak yang baik ya, Kris" pesan RM.
" Nanti bila besar, tentu kamu kacak. Harap kamu kacak macam saya." Kata Jin.
" Jangan buat muka comel sangat. Nanti perempuan cair nanti. Ingat tu Kris. Pesan Suga lalu tersenyum.
" Nanti bila dah besar jangan lupakan kami ya" kata Jimin.
" Cari kawan baik yang selalu menyokong dan selalu menolong kamu disaat susah dan senang ya, Kris" pesan Taehyung.
" Kalau ada orang buli kamu, jangan nangis ya... Walaupun kami dah takde dengan kamu.. tak bermaksud kami tak ada di hati kamu. Kami selalu menyokong kamu." Kata Jungkook.
Air mata para member sudah mula mengalir. Tidak disangka, bayi yang dijaga mereka akan meninggalkan mereka sendiri. Tiada lagi bunyi suara bayi di rumah Bangtan selepas ini.
Jhope mendukung Kris dan membawanya ke arah Raja. Kris kembali kepada ayahnya. Jhope hanya memandang Kris." Kamu taknak cakap sesuatu ke kat anak kamu ni ,jhope Appa??" Kata Raja.
Raja tau Jhope hanya berpura-pura tabah ketika ini. Dia ingin jhope mengatakan sesuatu kepada Kris sebelum pergi. Jauh di sudut hati Jhope.. pelbagai kata kata terindah buat Kris.Jhope berpaling lalu meluru ke arah Kris. Dia memeluk Kris.
" Terima kasih untuk segala galanya Kris. Jangan lupakan kami tau. Kami semua selalu akan mengingati kamu. Jadi anak yang baik ya. Jaga mak ayah kamu bila dah besar nanti. Dengar cakap mereka. Kalau kamu tak dengar cakap mereka , Appa akan datang dan akan marah kamu. Faham???... Appa sayang kamu. Jadi Putera yang baik ya. Jaga keselamatan kerajaan kamu. Appa tau kamu bijak , berani dan semuanya perfect. Nanti Appa akan gantung gambar kita semua kat dinding. Appa akan ingat semua memori kita dulu. BTS Appa yang lain pun sayangkan kamu. Selamat tinggal Kris." Kata Jhope.
Jhope mencium dahi Kris sebelum menyerahkan Kris kepada Raja.Raja dan ratu menangis . Sebak melihat Jhope dan Kris.
Raja dan ratu kembali semua ke kerajaan mereka.
" Tidurlah semua.. esok ada konsert." Kata jin.
Keesokan harinya.
Member BTS keluar dari bilik masing masing kecuali Jhope. Mereka bergerak ke arah dapur. Kelihatan Jhope sedang menyiapkan sarapan . Rumah juga dikemasnya.
" Kau okey, Jhope??" Tanya RM
" Aku?? Aku okey. Yang Korang semua tengok aku camni apasal. Malu la.... Dah dah... Pergi mandi ... " Kata Jhope.
" Kau dah tak sedih ke jhope." Tanya jin
" Sedih la jugak. Tapi, bila difikirkan... Aku patut gembira demi Kris. Aku tau dia pun tengah Happy walaupun aku takde kat sisi dia. Aku nak mulakan hidup baru. Tapi, tak bermakna aku akan lupakan Kris. Kris masih lagi anak aku...." Terang jhope.
" Niceee" balas jin.
YOU ARE READING
JHOPE appa
General Fictionseekor anjing telah menarik perhatian jhope dan membawa jhope ke arah semak . Di dalam semak tersebut kelihatan seorang bayi lelaki yang amat comel. Dia membawa bayi itu bersamanya. Member BTS yang lain terkejut dengan apa yang dibawa jhope. Mereka...