The Promise||7

85 11 0
                                    

♡♡♡♡♡♡♡

Waktu pulang.
Bagasi masing-masing ditarik turun ke bawah.
Mereka berkumpul di dataran Indera untuk sesi terakhir sebelum kembali ke Fantastic University.

Selesai sahaja ucapan ringkas dari para fasi mereka menaiki bas dan pulang kembali ke universiti mereka.

Rayna dijemput oleh pemandu keluarga mereka.
Sampai dirumah dia didakap erat oleh Tengku Diana.

"Rayna okay?ada cedera tak?"Tanya Tengku Diana cemas.

"Okay je mummy."Balas Rayna lalu menyalam tangan mummynya.

"Mummy kamu ni terlebih risau."Sakat Tengku Aiman dan bersalaman dengan Rayna.

"Alah typical mak-mak."Bisik Rayna sambil ketawa kecil.

"Mummy dengar ye..dahlah jom masuk mummy dah masak."Sampuk Tengku Diana lalu menarik tangan anaknya masuk.

Tengku Aiman hanya tertawa kecil lalu menutup pintu utama itu.

♡♡♡♡♡♡♡

"Petang nanti kamu pergi ambil Rayna okay?pergi butik aunty Tania...cari baju tunang,cincin mama dengan mummy dee settle."Kata Tengku Hana sebaik sahaja Hafiy selesai mandi.

"Hum?baju tunang?awalnya ma."Sahut Hafiy.

"What?kenapa macam cepat sangat!."Spontan Hafiy berdiri.

"Allahu Hafiy,kang kita dah disscuss about benda ni."Tengku Diana menepuk dahi.

"Dah tak payah nak merapu pergi rehat..nanti petang nak keluar."Sambung Tengku Diana dan masuk kedapur.

Manakala Hafiy memanjat tangga untuk ke biliknya.

♡♡♡♡♡♡♡

Rayna mengenakan skinny jean putih dan blouse biru gelap,rambutnya diikat satu.
Setelah mengambil telefon dan Slingbagnya dia turun ke bawah.

"Mummy,daddy fiy dah sampai ke?."Tanya
Rayna sebaik sahaja turun ke bawah.

"Belum lagi,sekejap lagi sampailah tu..duduk dulu Rayna."Jawab Tengku Aiman.

"Mari makan kuih ni Rayna,mummy baru buat tadi."Pelawa Tengku Diana.

Baru sahaja Rayna mengigit seketul donat,sebuah Lykan Hypersport masuk ke kediaman mereka.

"Hah tu Fiy dah sampai."Kata Tengku Diana.

"Fiy mari makan dulu."Pelawa Tengku Aiman sebaik sahaja anak muda itu menyalami tangannya.

"Eh takpelah Daddy Aiman,fiy dah makan tadi."Hafiy melemparkan senyuman mesra.

"Kalau macam tu Rayna pergi dulu mummy,daddy."Rayna mengelap tangan dan mulutnya menggunakan tisu dan memyalam tangan kedua orang tuanya.

Perbuatan Rayna diikuti Hafiy dan mereka sama-sama berjalan menuju ke kereta.

♡♡♡♡♡♡♡

Tania's Bridal.
Sebaik sahaja mereka melangkah masuk Hafiy diterpa oleh seorang gadis muda.
"Abang Hafiy!!lamanya tak nampak."Kata gadis itu manja sambil memintal sedikit rambutnya.

"Abang busy,mana aunty Tania?."Balas Hafiy sambil menjeling sedikit ke arah Rayna yang membuat muka disebelahnya.

"Kejap ye Alin panggil."Kata Alin lalu masuk ke pejabat ibunya.

"Hey Hafiy!lama aunty tak nampak kamu..ada apa ya cari aunty."Sapa Datin Tania mesra.

"Kami nak cari baju tunang."Balas Hafiy sambil tersengih.

"Baju tunang?Fiy nak bertunang ke?dengan siapa?."Tanya Datin Tania sedikit terkejut.

"Kenalkan bakal tunang saya,Tengku Rayna."Ujar Hafiy.

"Laaaa,ni anaknya Tengku Diana kan?patutlah haritu dia cakap anak dia nak tunang."Sahut Datin Tania lalu menyambut tangan Rayna yang hendak menyalaminya.

"What??!!Abang nak tunang? Serius lah."Sampuk Alin tak puas hati.

Hafiy hanya mengangguk sahaja.

"Kalau macam tu korang tengok-tengok dulu ye?."Kata Datin Tania.

"Baik aunty."Balas Hafiy dan Rayna serentak.

Mereka bergerak ke arah deretan baju yang tergantung di situ.
"Majlis tunang tema putih kan?."Tanya Rayna meminta kepastian dari Hafiy.

"Haah."Balas Hafiy sepatah.

Rayna melangkah meninggalkan Hafiy yang duduk dikerusi itu untuk meninjau dress disitu.

Sebaik sahaja Rayna menjauh Alin melangkah mendekati Hafiy.
"Abang betul ke nak tunang dengan dia? Entah-entah dia nak kikis harta abang."Kata Alin menjadi batu api.

"Ini wasiat arwah atok,lagipun abang tak rasa dia macam tu..btw dia cousin abang."Balas Hafiy mempertahankan Rayna.

Datin Tania yang melihat perangai anaknya itu terus memanggil.
"Alin sini!."

Alin dengan muka tak puas hati mendekati ibunya.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡

"Fiy jom!dah siap."Tegur Rayna sebaik sahaja menghampiri Hafiy.

"Dah?."Tanya Hafiy.

"Dah..kejap saya nak bayar."Kata Rayna lalu berlalu ke arah kaunter pembayaran.

Sebaik sahaja mendengar kata-kata Rayna,Hafiy pantas mendekati gadis itu.
"No aku bayar!Takde bantahan."

Hafiy menghulurkan kadnya kepada pekerja disitu.
Sebelum pulang mereka sempat meminta izin dari Datin Tania,manakala Alin pula menjeling tajam ke arah Rayna.
Nak marah kan nanti mamanya membebel lagi.

"Nak ke mana lepas ni?."Tanya Rayna sebaik masuk ke dalam kereta.

"Hemm kita makan dulu lepastu balik okayh?."Jawab Hafiy lalu pantas keretanya dipandu ke arah restoran yang berdekatan.

♡♡♡♡♡♡

Dua hari kemudian.
Rayna disolek oleh Humaira sepupunya sendiri memandangkan pertunangan ini dirahsiakan terlebih dahulu,lagipun Humaira sendiri menawarkan diri untuk menyoleknya.

Selesai disolek dia memakai sehelai dress berwarna putih.

"Masyaallah cantiknya cucu nenda."Kata Tengku Rosselle lalu memeluk cucu kesayangannya.

"Tengoklah mummynya."Sampuk Tengku Diana.

"Eh,Nendanya cantik mestilah cucu ikut sama."Semua ketawa mendengar kata-kata Tengku Rosselle.

Selang beberapa minit,Tengku Hana masuk ke dalam bilik dengan Tengku Alice yang membawa dulang cincin.

"Cantiknya Rayna!."Kata Tengku Alice teruja.

Selepas acara menyarungkan cincin mereka keluar dan Rayna duduk diatas mini pelamin yang disediakan.

"Fiy,mari sini..bergambar dengan tunang kamu."Ajak Tengku Rosselle apabila melihat cucunya itu baru sahaja masuk ke dalam rumah.

Hafiy menggaru kepalanya,manakala Rayna menahan malu.

Semakin gamat mereka berdua diusik oleh ahli keluarga.

♡♡♡♡♡♡♡

Thanks for your support guys~♥~
Vote and comment~♥~

Author's note : Guys i am so sorry cause this chapter pendek je...sorry tau..
I am lost here
Before write this chapter wana dah buat draft..tapi draft tu hilang tu yang jadi pendek ni.

#wanacreation

The PromiseWhere stories live. Discover now