2 ♡ M E L I S S A

719 63 9
                                    

Bum!

Pintu kelas ditolak kasar oleh Melissa. Hampir ke semua pelajar kelas 3 Star mengurut dada mereka kerana terkejut.

"Datang dah angin dia" ujar salah seorang daripada mereka perlahan.

   Melissa berjalan laju ke arah mejanya tanpa memperdulikan pandangan mereka yang lain. Yang dia tahu , dia mahu ambik beg , sorang kerusi , keluar pintu , panjat pagar dan lepas dari sekolah. Laju sahaja tangannya mencapat beg galas hitam di atas kerusi plastik. Kerusi plastik ditolak ke bawah meja sehingga menghasilakn bunyi yang kuat.

"Look , ade budak nak ponteng lagi" Melissa yang sememangnya tiada mood itu hanya memandang wajah Tengku Qistina tanpa rasa ingin membalas. Masak sangat dengan perangai budak kaya tu.

"Cakap kat cikgu subjek lepasni , pengetua bagi aku balik sebab aku ada urgent" Ujar Melissa sambil melangkah keluar daripada kelas.

"Maksud kau , Cikgu Auni dengan Sir Ahmad?"

"Ha , betullah tu" Acuh tidak acuh sahaja jawapan yang diberikan Melissa. Dia bukan kesah pun siapa guru selepas ini. Jadual pun dia tak berapa nak hafal apa cite.

  Kakinya terus dibawa ke belakang sekolah. Tembok tinggi berwarna putih dipanjat dengan mudah. Vest berwarna biru gelap dan berlogo sekolah ditanggalkan menampakkan kemeja putih di dalamnya.

  Jaket berwarna coklat dibawa keluar daripada beg dan disarungkan pada tubuh. Skirt labuh dilucutkan menampakkan Seluar jeans biru tua yang tersarung kemas pada kakinya.

Kesemua baju tadi disumbat ke dalam beg lalu digalas. Dia berjalan keluar menjauhi kawasan sekolah. Sebuah gerai usang dimasukinya.

"encik , saya nak cupcake chess satu" Melissa tersenyum sedikit.

Pakcik yang sedikit berumur itu memandang ke arah Melissa. Senyuman gadis itu dibalas. Beberapa minit kemudian sebuah kunci dihulurkan kepada Melissa.

"Thank you , pakcik"

"Welcome , Cik Muda"

Melissa mengambil kunci yang diberikan oleh pakcik tadi lali masuk ke dalam sebuah pintu yang ada di dalam kedai tersebut.

Tidak sampai 5 minit , bunyi deruman enjin kereta kedengaran.

Broom!

Lamborghini Aventedor berwarna hitam meluncur keluar daripada belakang kedai menuju ke arah satu tempat.

....

Kereta mewah itu memasuki perkarangan sebuah rumah banglo di kawasan perumahan elit di tengah tengah bandar. Enjinnya dimatikan lalu Melissa keluar daripada kereta.

  Pintu rumah dibuka , terpampangla hiasan yang bertemakan Dark Academia. Segala galanya berwarna hitam. Daripada pintu sampaila ke dapur. Hiasan lampu chandeliar ditengahan ruang tamu dan lampu sahaja berwarna putih.

  Tubuhnya direbahkan ke atas sofa yang berwarna hitam berukiran corak berwarna silver. Tangannya naik menyentuh rambut paras bahunya.

"Another day , another trouble"

Matanya dipejam sekejap. Teringat akan kata kata pengetuanya. Kata kata yang mampu membuatkan hatinya menggelegak panas.

"Saya lupa yang kamu ni miskin dan tak berharta. No wonderla kenapa kamu selalu tertidur , yela malam malam melayan orang untuk duitkan ? Apa kata kamu layan saya pula lepasni"

  Kalau member aku tu dah lama aku belasah. Ada ke cakap macam aku ni pelacur? Hello , takde kerjala aku nak gadai tubuh sebab nak duit. Dahlah tu sampai stay up memalam , buat penat je. Baik aku layan cite harry potter sampai esok pagi .

  Dahlah membuang masa je nak melayan lelaki sampai tak tido , ada baiknya kalau aku main game piano tiles sampai pecah new record dapatla jugak kumpul diamond nak bukak lagu baru.

"Jika saya dapati keadaan ini berterusan , saya akan panggil ibu bapa kamu ke sekolah"

Senyuman sinis diwajahnya terlakar serta merta. Gelaknya terlepas daripada bibir.

"kau panggil diorang pun , kau ingat diorang datang ?"

  Ya , mereka tidak akan pernah datang. Bayangkan , dia baru berumur 15 tahun tetapi dia terpaksa menghadapi zaman remajanya sendirian. Dia bukanla seorang anak yatim tetapi ibu bapanya lebih mementingkan kerja daripada dirinya.

  Segala kekayaan , harta , duit , just name it apa apa sahaja di dunia ini mama dan papanya mampu belikan. Setiap hari , sejumlah duit dengan bilangan yang banyak akan masuk ke dalam akaun banknya tanpa dipinta. Jika jumlahnya berkurangan , ia akan automatik ditambahkan lagi. Kiranya dalam akaun bank dia tak pernah kosong.

  Dia tinggal berseorangan sejak berumur 10 tahun. Sejak itu dia dijaga dan dibesarkan oleh seorang pembantu peribadi yang diupah oleh papa. Dibesarkan tanpa kasih sayang orang tua bukanla satu benda yang seronok dan diingini sesiapa.

  Tiada sesiapa disekolahnya mengetahui tentang hal tersebut. Jika ada perjumpaan waris , Froylah akan pergi dan mewakili ibu bapanya.

  Sepanjang tempoh itu , tiada langsung mesej , call atau berita daripada keluarganya yang menetap di luar negara. Dia juga sudah malas mahu ambil tahu tentang mereka. Pedulila kalau mereka mahu lupakan dia , dia tahu dia bukanla seorang yang penting.

Ting! Tong!

Melissa mengangkat kepalanya. Dengan malas dia berjalan ke arah pintu. Tidak perlu menjenguk dia sudah tahu siapa yang ada disebalik pintu itu.

"Ada ape Froy ?"

"Saya bawak makanan untuk Cik Muda" Melissa hanya menganggukkan kepalanya lalu mengambil makanan yang diberikan oleh Froy.

"terima kasih"

MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )Where stories live. Discover now