6 ♡ M E L I S S A

607 61 4
                                    

  Melissa yang baru melepasi pagar sekolah tersentak apabila mendengar namanya dipanggil. Kau imagine la aku baru langkah berapa tapak dalam sekolah terus kena seru. Matanya menangkap figura seorang gadis yang sedang berlari ke arahnya. Mata ularnya dikecilkan sedikit. Macam kenal.

"Mel!!!" Jerit gadis itu kuat. Sel-sel otak Melissa terus berhubung apabila mendengar suara yang dikenalinya. Gadis itu adalah Tengku Aqilah , penolong ketua kelas 3 Star.

 "Kau dah kenapa Qilah?" Soal Melissa kepada Aqilah. Tangan Aqilah naik menunjuk ke satu arah. Nafasnya termengah-mengah. Melissa membuat muka bengang.

"A..Adryan." mendengar sahaja nama Adryan disebut , Melissa terus membulatkan matanya. Kedua-dua belah tangannya naik memegang bahu Aqilah. Tanpa sedar dia telah mencengkam kuat bahu si gadis.

"Kenapa dengan Adryan?"

"Sakitla woi!" Marah Tengku Aqilah.

 "Kenapa dengan Adryan aku tanya?!" Sedikit meninggi suara Melissa apabila pertanyaannya tidak dibalas.

 "Adryan dia kena buli dengan senior form 5!" Wajah Melissa terus berubah dengan drastik sehingga membuatkan Aqilah meneguk liur. Melissa menanggalkan begnya lalu dihulurkan kepada Aqilah.

"Tolong letak kat kerusi aku. Kalau aku terlambat masuk , cakap aku pergi toilet. Jangan lupa kuncikan pintu toilet macam biasa. Kunci dalam poket tepi beg aku" Ujar Melissa.

   Aqilah hanya menganggukkan kepalanya. Ini bukan kali pertama dia membuat kerja sebegitu. Dialah yang tolong coverkan Melissa selama ini dan ganjarannya Melissa akan membelikannya Starbuck setiap hari selama seminggu. Bestkan ?

  Melissa terus berjalan meninggalkan Aqilah dengan hati yang sudah membara. Dia berjalan ke satu tempat yang sememangnya sunyi dan jarang dilalui para pelajar. Tidak perlu diberitahu , dia sudah tahu dimana 'port' yang menjadi 'neraka' pelajar yang mahu dibuli.

  Langkahnya terhenti dihadapan pintu sebuah kelas lama dan tidak digunakan. Bunyi yang bising daripada dalam membuatkan Melissa lebih yakin yang bilik itulah tempatnya. Nafasnya ditarik beberapa kali. Telinganya didekatkan pada pintu.

"Kau tak layakla nak dekat dengan perempuan secantik Melissa. Dahla hodoh! Berjerawat! Jijik!"

BUM!

bunyi pintu yang ditolak kuat membuatkan beberapa orang pelajar lelaki didalamnya terkejut. Mata mereka terus membulat terkejut apabila ternampakkan kelibat Melissa yang masuk dengan senyuman sinis terukir dibibir.

  Dia, Melissa Cassandra. Si gadis yang nakal dan digeruni kebanyakan pelajar Skylight Highschool biarpun dia masih tingkatan tiga. Nama yang tidaklah asing didengari jika memasuki bilik disipilin. Bilik disipilin? Bilik pengetua? Surat amaran? Denda? Masalah disiplin? Gantung sekolah? Semua dia pernah lalui.

  Dia pernah membelasah hampir kesemua pelajar tingkatan 5 tahun lepas. Semuanya kerana mereka memperlekehkan dirinya dan mencabar dia untuk melawan kesemua pelajar tingkatan 5. Daripada perempuan sampaila lelaki , semua dia belasah sehingga riuk. Dia juga hampir dibuang sekolah tetapi Melissa bukanlah seorang yang bodoh. Dia merakam segala perbualan mereka yang membuktikan dirinya dicabar dan dia telah digantung sekolah selama 2 minggu.

Melissa mula bersorak di dalam hatinya apabila hampir kesemua pelajar dihadapannya itu mula berpeluh dan menggigil. Dia pasti hanya seorang sahaja yang tidak sebegitu.

  Tengku Harris Amsyar. Jejaka yang kononnya kacak dan digilai pelajar perempuan di Skylight Highschool. Tidak kurang juga dengan para guru dan kakitangan sekolah yang menjadi salah seorang ahli kelab 'Peminat Tengku Harris' dengan slogan 'Kami sayang Tengku Harris. Kami cinta Tengku Harris'.

MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )Where stories live. Discover now