PANGGILAN telefon daripada Adrian diangkat dengan senyuman tipis. Dua hari dia tidur di rumah keluarganya, dan sepanjang hari itu juga suaminya itu kerap menelefonnya bertanya khabar.
Nasib baik mertuanya itu langsung tidak bertanya lebih-lebih tentang keadaan dia dan Inara. Ada juga Adrian memujuknya untuk pulang tapi dia hanya menggelengkan kepala tidak mahu.
"Sayang, I tak boleh pergi dinner rumah ayah dengan ibu malam ni." Ujar Inara sebaik sahaja panggilan bersambung.
"Kenapa ni? Suara you macam tak sihat je. Nak pergi klinik?" Risau pula dia dibuatnya.
"No, I'm okay.. I cuma pening sikit je. Don't worry, sayang."
"Sure? I risau lah, baby. Jangan lupa makan!" Inara tergelak kecil mendengar suara Adrian itu. Jelas benar kerisauannya berdasarkan nada suara itu.
"Ye.. Ni I nak turun makan lah."
"Kalau you dah bersedia nak balik rumah kita, call I terus. Duduk dengan Papa Bear boleh buat apa je?" Rungut Adrian.
Sakit pula hati Adrian apabila difikirkan tentang anak patung beruang hadiah pemberiannya itu. Dia bukan apa, dah dua hari dia tidur tanpa Inara dan anak patung itu seakan-akan mengejeknya sahaja.
Benci!
Kalau Inara ada, bolehlah cuddle..
"Alah okay apa. Anis dekat rumah tu boleh lah dia temankan you.." Sindir Inara.
"Love.. Tak suka lah cakap pasal ni." Tegas nada itu di pendengaran Inara.
"Ya lah. Tak sebut dah.. Mummy dah bising tu, I letak dulu. Muah!"
Tutt
Panggilan itu terus diletakkan tanpa sempat dia menjawab. Kepala digelengkan sambil tersenyum.
"ADRIAN, lama lagi ke? Turun lah cepat! Orang nak kena pergi rumah ayah kamu tu cepat-cepat.. Bolehlah tolong ibu kamu tu nanti." Bebel Hajah Khadijah.
Serentak itu Adrian yang segak berpakaian baju polo berwarna hitam itu turun ke bawah.
"Siap dah—" Berkerut dahi Adrian apabila terpandangkan Anis yang sudah bersiap memakai baju yang agak menyerlah.
"Anis ikut juga ke?" Baru sahaja Anis ingin membuka mulut bertanya, laju sahaja Hajah Khadijah menjawab bagi pihaknya,
"Ye lah! Takkan nak tinggal dia sorang-sorang kat rumah ni. Dia tu perempuan, kalau jadi apa-apa nanti susah.."
"Isteri kamu tu tak nak ikut ke?"
Adrian menggeleng.
"Aku tak faham betul perangai bini kamu tu, Adrian.. Sepatutnya tempat isteri ialah di sisi suami!"
"Biar lah, nek. Ad dah bagi keizinan pun jadi tak payah nak besarkan hal. Inara tidur rumah orang tua dia juga bukan rumah orang lain."
Wajah Anis yang menunduk itu dikerling. Sejak Anis meluahkan perasaannya di pejabat haritu, dia berasa agak janggal. Setiap hari memang dia akan pulang lewat dari kerja. Kadang-kadang solat maghrib dan isyak ditunaikan selalu di pejabat.
YOU ARE READING
His Eternal Love
Romance[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah ciri-ciri seorang Inara. Kawan? Dia tidak mempunyai kawan selain Firdaus dan Sarra. Hari-harin...