Saffaraz Aslan menghela nafas panjang sebaik sahaja melangkah masuk ke rumah, kaki yang tadinya lincah di lapangan kini terasa berat, setiap langkah menuju ke bilik tidur terasa lambat dan payah. Pakaian serba hitamnya masih melekat dengan peluh, dia mencapai tuala mandi yang tergantung, menyangkutkannya pada bahu sebelum masuk ke bilik air.
Pili shower dipulas, dan pancuran air yang dingin mulai mengalir, membasahi tubuh tegapnya. Air itu menyentuh bahunya, mengalir ke seluruh badan, membawa pergi sisa-sisa keletihan. Dia pejamkan mata, membiarkan air melurutkan tekanan yang masih bersisa. Setelah hampir tiga bulan berjuang tanpa henti, akhirnya mereka berjaya menumpaskan kumpulan 06. Satu nafas lega mengalir dalam dada.
Namun, detik-detik tengah hari tadi kembali bermain di mindanya, kejadian tembak-menembak antara pihak polis dan kumpulan 06. Telinganya seakan masih terdengar bunyi letupan senjata dan gema pertempuran di udara. Walaupun tiada kecederaan serius, situasi itu hampir lepas kawalan, membuatkan jantungnya berdegup laju mengingati betapa tipisnya garis antara kejayaan dan kegagalan.
Semasa menjalankan misi tadi, mereka hampir sahaja terlepas peluang untuk memberkas kumpulan tersebut oleh kerana salah seorang ahli dari kumpulan 06 berjaya menghidu strategi yang dirancang oleh pihak polis. Namun, syukur strategi mereka masih berjaya di jalankan walaupun berlaku sedikit perubahan pada saat saat akhir.
Sedar tak sedar, hampir 45 minit dia di bawah pancuran air. Tuala dicapai, dililitkan di pinggang, dan langkah diatur ke arah wardrobe untuk memilih pakaian. Sehelai pijama kelabu menjadi pilihannya.
Di birai katil, Saffaraz memeriksa telefon bimbitnya, risau kalau ada mesej penting dari balai, namun hanya mesej dari Hud. Meluahkan rasa lega kerana berjaya memberkas kumpulan 06, akhirnya mereka boleh menyimpan kemas fail tersebut di bilik stor.
Setelah membalas ringkas, dia mematikan lampu dan membiarkan cahaya malap dari lampu tidur memenuhi bilik. Tak sampai beberapa minit, dengkuran halus mula memenuhi ruang.
"Neeta, macam mana dengan sales bulan ni?" seorang wanita bertanya sambil menyilangkan kaki, menampakkan paha putih mulus miliknya."Alhamdulillah, bos. Jualan kita semakin meningkat sejak dua bulan lepas," jawab Neeta, seorang pekerja yang setia dengan Quarer's Boutique sejak ia ditubuhkan empat tahun lalu. Dia telah bersama-sama dengan majikannya, menyaksikan dari butik pertama hingga kini berkembang kepada enam cawangan di seluruh Malaysia.
"Bagus. I like this good news," ujar Elrah Rubeena dengan senyuman puas. Di skrin, laporan penjualan menunjukkan perkembangan positif apabila graf meningkat setiap bulan. Bermakna promosi yang mereka lakukan berjalan dengan lancar.
"Sabtu ni, bos ada nak lawat mana-mana cawangan ke?" Meen menanti jawapan daripada majikannya.
"I rasa tak ada. Kenapa, Meen?" soal Elrah dengan wajah sedikit keliru, dia ada lupa apa-apa ke?
Meen tersenyum, pasti bosnya lupa sesuatu perkara. "Bos mesti lupa, kan? Sabtu ni birthday mama bos."
Mata Elrah membesar dan dia menepuk dahinya kuat. "Gosh! Patutnya hari ni I dah beli hadiah untuk mama. Thanks so much, Meen, sebab ingatkan I!"
"No problem, bos!" Meen tersenyum, mengenyitkan mata tanda memahami.
Meen tersenyum sambil mengenyitkan mata. "No problem boss," dia sudah biasa dengan sikap bosnya yang mesra.
Bagi Meen, itulah salah satu sebab dia suka bekerja di bawah Elrah. Walaupun tegas dalam bab kerja, Elrah sentiasa melayan mereka dengan mesra dan menganggap pekerja di sini bagaikan keluarga sendiri. Mungkin itulah rahsia kejayaan Quarer's Boutique, bukan hanya pada pakaian yang halus dan teliti, tetapi juga suasana keakraban yang Elrah cipta.
YOU ARE READING
A S L A N (RAW)
Aksiyon📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...