BAB 38 | PERTEMUAN

377 42 10
                                    

DANIAL mulai berasa bosan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DANIAL mulai berasa bosan. Serangan demi serangan yang diberikan oleh lelaki itu langsung tidak memberikan apa-apa kesan. Dia bertahan dengan cukup baik. Langsung tidak berasa letih dan penat padahal lelaki yang berada di hadapannya itu sudah kehilangan tenaga.

Lawannya itu bukan tandingannya. Pertarungan antara mereka berdua jelas berat sebelah sedangkan boleh saja Danial menyerang balas dengan sekali hambatan. Bagaimanapun, dia masih ada sifat berperikemanusiaan dan kasihan. Risau lelaki itu akan merana seumur hidupnya akibat mengalami kelumpuhan.

Tambahan pula lelaki itu langsung tidak tahu bagaimana cara untuk bertahan. Membuat serangan pun masih terkial-kial tanpa strategi yang utuh di kepala, inikan pula ingin mempertahankan diri. Jika dia tersilap mengunci pergerakan dengan memilih sendi urat yang tepat, lelaki itu tidak akan sesekali boleh bangun kembali.

Silat. Antara salah satu seni mempertahankan diri yang pernah dipelajarinya dahulu. Sekiranya dia ada masa terluang, pasti dia akan berlatih bersama seorang guru silat yang diupah ayahnya ketika di hutan. Meskipun hujan dan ribut taufan melanda, dia tetap teguhkan diri untuk berlatih kerana dia yakin, ilmu yang diperolehinya ini pasti boleh diguna pakai suatu hari nanti.

"Asal kau tak lawan balik tak guna! Acah hebat pulak!" Lantang lelaki itu bersuara walaupun dalam keadaan yang tercungap-cungap. Pergerakannya yang sejak tadi asyik menyerang Danial terhenti buat seketika. Kadar pernafasannya yang kian menurun cuba distabilkan.

"Kau yang sebenarnya acah hebat. Kau tak tahu apa-apa, terus nak serang aku," balas Danial kekal tenang. Perilaku lelaki yang kelihatan letih itu dipandang tanpa reaksi.

"Tak payah nak berdalih lagilah! Aku tahu niat kau! Selepas kau culik adik aku, kau nak culik Ivy pula kan!" ujar Amirul keras. Dahi Danial terus berkerut hairan. Dia langsung tidak faham sepatah apa pun perkataan yang keluar daripada mulut itu.

"Kau merepek apa ni? Bila masa aku culik adik kau?" tanya Danial masih tidak faham.

"Aku tahu kau orang-orang Alex! Sekarang, lebih baik kau beritahu di mana adik aku! Atau aku beritahu pihak polis!" Kali ini, kata-kata berbaur ugutan pula ditujukan kepada Danial.

"Alex?" Danial sekadar berbisik perlahan. Fikirannya mula meneroka secebis memori yang mengingatkan dia kepada pemilik nama itu. Dia macam pernah dengar.

"Asal kau diam? Jawablah!" desak Amirul yang semakin hilang sabar.

Danial diam tanpa kata. Fikirannya kini menerawang mengingati semula memori yang seakan-akan samar di benaknya. Peristiwa ketika dia bertemu Encik Khalil, Encik Rosli, Dato' Zainal dan Dato' Zulkifli terlayar di kepala.





•¤•





SETELAH memerhatikan reka bentuk pistol CZ 75 itu, Danial ingin meletakkan semula ke dalam bekas, namun dihalang oleh Encik Khalil bersama ukiran senyuman. Danial terpinga-pinga.

RAHSIA SEBUAH HATI Where stories live. Discover now