"Zayn, tolong panggilkan Anis." Ujar Adrian melalui interkom.
Beberapa minit kemudian, pintu pejabat dibuka dari luar dan wajah Zayn menghiasi ruang mata.
"Anis tak ada. Kawan satu department dia cakap, Anis balik rumah ambil barang." Terangkat wajah Adrian. Rumah mana? Rumah dia kah?
Tidak menunggu lama, terus dia membuat panggilan kepada isterinya untuk sekian kalinya.
Adrian bermundar-mandir di dalam bilik. Telefon di tangan langsung tidak dilepaskan dari tadi. Sesekali telefonnya dibuka dan log panggilan diperiksa. Inara langsung tidak menghubungi dia.
Entah mengapa hatinya langsung tidak boleh bertenang buat masa sekarang. Seolah-olah ada perkara yang akan berlaku.
Malas membuang masa, dia terus keluar dari bilik tersebut. Black yang kebetulan baru sahaja pulang dari pantri itu memandang Adrian pelik.
"Hari ni tak ada mesyuarat penting kan?" Black menganggukkan kepala.
"Yang penting semua dah tunda ke bulan depan. Kenapa?" Tanya Black apabila terpandangkan wajah Adrian yang seakan-akan tidak tenang itu.
"Teman aku balik rumah.." Ujar Adrian cemas.
"Ye, tapi kenapa? Apa yang jadi?"
"Aku tak tahu. Aku nak kau teman aku, boleh? Hati aku tak tenang.."
"Sebelum tu aku nak pergi jabatan pemasaran." Ujar Adrian dibalas dengan anggukkan daripada Black.
Lif ditujui dan mereka berdua bergandingan masuk ke dalam runag jabatan tersebut. Rata-rata pekerja yang perasan akan kehadiran Adrian dan Black terus bangun dan membongkokkan badan tanda hormat.
Langkah seorang lelaki yang sedang berjalan melepasinya disekat, "Anis ada?"
"Maksud bos, Anis Syakila?" Tanya pekerja lelaki itu dengan dahi yang berkerut. Takutlah pula apabila bertemu secara bersemuka dengan bos beku ini.
"Hm." Malas pula dia mahu menjawab.
"Oh, Anis Syakila. Daripada waktu lunch tadi lagi dia keluar tapi tak masuk-masuk."
Dapat sahaja jawapan daripada lelaki tersebut, terus Adrian melangkah keluar dengan langkah yang tergesa-gesa.
Black dibelakang juga turut melajukan langkah. Pintu kereta dibuka oleh mereka berdua serentak dan terus memboloskan diri kedalam kereta berjenama Mercedez tersebut.
Dengan laju, terus kereta itu membelah jalan raya.
PINTU rumah dibuka perlahan-lahan lalu kepala dijengukkan ke dalam. Dia mencari kelibat Hajah Khadijah dengan kerutan di dahi. Mana pula nenek ni?
"Nenek?" Kepala digaru pelik. Selalunya diwaktu begini, Hajah Khadijah hanya berada di rumah.
Anis mengangkat bahu. Lantak lah, mungkin nenek keluar pergi pasaraya. Getus hati kecilnya.
Langkah dibawa ke atas lalu pintu biliknya dibuka. Raknya digeledah satu persatu mencari buku nota yang sering dia catit segala hal kerja.
Anis melepaskan nafas lega apabila buku yang dicari akhirnya berada ditangannya. Kalau tiada buku ini, dia tidak mungkin boleh membentangkan projek untuk mesyuarat sekejap lagi.
YOU ARE READING
His Eternal Love
Romance[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah ciri-ciri seorang Inara. Kawan? Dia tidak mempunyai kawan selain Firdaus dan Sarra. Hari-harin...