completed, kim doyoung nct fanfiction
[ book 2 of similarity ]
SHORT STORY VER. | EBOOK SOON
continuation of the story of the moon with egoistic aquarius
marriage with conflict, angst au.
[ cloudnight98 artworks || 2021 ]
Jungha membuka sarung tangan basuh pinggannya dan diletakkan di tepi singki. Mengambil botol airnya, matanya tertumpu pada tempat letak ubatnya. Bekas ubatnya terasa ringan, dia membuka penutup bekasnya dan tiada satu pil pun di dalam.
Tak mungkin, siapa je makan ubat selain dia. Baru sahaja dia diberi preskripsi ubat dari doktor semalam, harini hilang pil macam ada orang menelan dalam satu masa.
Doyoung pula memang agak curiga sejak kebelakangan ni, selalu pulang awal walaupun dia perlu siapkan projek sebelum tarikh akhir hantar.
" Doyoung-ah ! " jerit Jungha memanggilnya. Seperti biasa, memang tiada sahutan dari Doyoung.
Jungha berjalan menaiki tangga menuju ke bilik kerja Doyoung tetapi tiada orang. Pergi pula ke bilik pakaian, kosong sunyi sepi. Destinasi terakhir, bilik tidur pun macam tiada jejak orang masuk.
Pintu bilik ditutup dan dikunci oleh Doyoung yang menyorok di bilik air memerhatikannya tadi. Nampaknya, Jungha masuk dalam perangkapnya.
" Kenapa awak.. tiba-tiba je.. " Jungha memandang belakang dan mendongak melihat Doyoung yang bergerak ke arahnya.
Pahanya terasa sakit yang hanya dia sahaja mengalami dan Jungha tersungkur jatuh di hadapan Doyoung kerana hilang seimbang. Paha diusap beberapa kali namun rasa sakit tidak berkurang malah bertambah.
Pil yang berada dalam plastik kecil dikeluarkan dari poket seluar Doyoung, mata Jungha mula bersinar ternampak pil itu dan cuba menangkap dari tangan Doyoung.
" Awak nak ini ? " Doyoung mencampak ubat itu di hadapan pintu sambil tersenyum sinis. Tangan kanan menggenggam kedua pergelangan Jungha.
" Jangan... ubat tu... "
Berderai air mata Jungha melihat Doyoung menghancurkan harapannya. Dia cuba melawan kesakitannya sekarang.
" Susahnya nak buat awak bergantung pada saya, patut ke saya hancurkan buat ni ? " ugut Doyoung yang ingin memijak pil itu tetapi Jungha membantah.
" Jangan ! Saya.. saya akan buat apa sahaja awak suruh ! Saya memang... perlukan ubat tu, " desak Jungha seret dirinya dan memegang lengan Doyoung tanda merayu.
Doyoung memegang kedua lengan Jungha dan menatap matanya dengan tepat, " Kalau macam tu, hidup dengan saya seorang. Tinggalkan semua yang awak ada dan putuskan hubungan dengan keluarga awak. Awak buat begitu, saya akan beri ubat ni. "
" Jungho... kembar saya. Awak tak akan apa-apakan dia, bukan ? " Jungha mula ketakutan kalau Jungho terkena tempias kerananya.
" Saya tak akan apa-apa mereka. Awak cuma pergi diam-diam dan hidup bersama saya tanpa mereka sedar je, " Doyoung mengelus rambut Jungha ke tepi telinga.
Nafas Jungha tak keruan, dia masih perlu ubat tu. Dia ingin ubat tu tapi dia perlu tinggalkan orang tersayangnya.
" Saya buat.. saya buat. " Jungha menyetujui permintaan Doyoung secara rela. Doyoung memberi ubat itu kepadanya dan dia menelan tanpa teragak-agak.
Jungho, maafkan kakak. Kakak akan cari jalan keluar dari sini....
,,,
Botol besar minuman keras diteguk oleh Doyoung. Terasa tenang apabila merasa air itu, dia hampir masuk ke dalam dunianya.
Kim Jungha berada dalam genggaman sekarang. Ini yang dia nak selama ni, tiada siapa pun boleh merampas isterinya darinya. Dia ingin tunjukkan dirinya tidak lemah lagi seperti dulu.
Ada tangan melingkari lehernya, terasa seperti Jungha inginkannya tetapi tidak. Pasti ini orang lain kalau tak bukan bekas teman perempuannya yang patut berkahwin dengannya dulu.
Doyoung menjauhkan tangan perempuan itu dari badannya. Rimas kalau ada orang lain nak bermanja dengannya selain Jungha.
Seo Hayoon duduk di sebelah Doyoung. Melihat Doyoung yang hampir mabuk, dia terus merampas botol minuman itu dari tangan bekas teman lelakinya.
" Jangan minum banyak. Macam mana awak memandu nanti.. " Hayoon merisaukan keadaan Doyoung yang tak tentu arah.
" Kenapa awak datang sini ? Tak takut orang kata buruk tentang awak ? " Doyoung menyoalnya. Hayoon hanya mengendahkan.
" Awak yang suruh saya teman awak minum juga. Ingat tu, "
Doyoung tewas. Telefonnya tak berhenti berdering dan dia abaikan panggilan itu. Hayoon yang sedar akan keadaan itu terus menjenguk skrin telefon Doyoung.
" Jungha telefon awak. Kenapa tak angkat ? "
" Saje. Nak buat dia tertunggu kepulangan saya, dia dah ketagih pada Kim Doyoung. "
Hayoon tergelak kecil. Ada sahaja rancangan dia nak permainkan wanitanya.
" Jungha senang terpengaruh nampaknya. Tapi, kenapa awak buat begini pada dia ? "
Doyoung mati kata dan melihat panggilan tertera nama Jungha.
" Dendam. Dia mungkin fikir ada orang nak berkahwin dengan dia itu adalah keajaiban tapi sebenarnya tak. "
" Saya berkahwin dengan dia sebab ada dendam yang saya perlu langsaikan dengan dia, " luah Doyoung yang menggenggam tangannya.
" Korang tak pernah pun berjumpa tapi dendam apa yang awak maksudkan ? "
" Dendam keturunan, "
Doyoung berdiri dan mengambil kotnya dari kerusi. " Pergi dulu sebab isteri dah menunggu di rumah, " Dia beredar pergi dan hilang dari pandangan Hayoon.
" Aku bernasib baik... sebab tak berkahwin dengan Doyoung.. Dia memang baran orangnya, " Hayoon ujar sendiri sambil menuang airnya ke gelas.