08 - Trick

20 6 6
                                    

Doyoung terjaga dari tidur kerana matahari sudah naik tinggi. Jungha masih lagi setia memeluknya dari belah kanan, mungkin terlalu rindukan suaminya yang pulang lewat semalam.

Lelaki itu bangun dari katil menuju ke bilik air dan Jungha masih lagi tak terjaga. Kemudian, dia menyiapkan dirinya lalu turun ke bawah untuk makan sarapan.

Hilang sahaja Doyoung dari bilik, Jungha membuka mata sebelah kanan melihat sekeliling. Seperti biasa, dia perlu jalankan misinya untuk melepaskan dirinya dari kurungan bilik.

Sudahlah tongkat dengan kerusi roda disorok di sebuah tempat, tak tahulah Doyoung letakkannya di mana.

Dia menjatuhkan diri ke lantai dan menyeret ke pintu untuk cuba membuka tombol pintu. Tidak berjaya kerana pintu itu dikunci dari luar.

" Sejak bila dia buat kunci pintu dari luar.. tak guna, "

Jungha terdengar tapak kaki yang sedang berjalan ke arah biliknya. Tanda Doyoung akan datang bilik, dia terus memanjat katil dan berpura-pura tidur.

Doyoung membuka kunci pintu sambil membawa sepinggan pancakes lalu masuk ke dalam bilik. Dia meletakkan pinggan di tepi katil dan menggoncang bahu Jungha.

" Jungha, cepatlah bangun. Ada sarapan ni, " kejut Doyoung.

Jungha mengeliat dan menatap muka Doyoung dengan kosong. Berharap suaminya pergi ke kerja hari ni supaya dia boleh teruskan misinya.

" Kenapa ni ? Awak marah saya balik lambat ? Mianhei, saya cuba balik awal lagi harini. " Doyoung mencuit hidung Jungha. Jungha hanya bermasam muka kerana bukan itu yang dia nak.

Tak boleh ke balik lambat sikit, semak aduh dia kacau orang nak buat kerja.

" Makan sarapan saya buat ni, khas untuk awak. " Tangan kiri Doyoung menyuap sepotong pancakes itu kepada Jungha manakala tangan kirinya erat pinggang isterinya.

" Jangan cicah dengan sos, " Jungha menangkap garfu yang dipegang oleh suaminya.

Ada sebab kenapa dia tak mahu pancakes itu dicicah dengan sos,

sebab Doyoung letak dadah dalam sos itu.

Jungha sanggup memakan pancakes itu tanpa sos tapi nak buat macam mana sebab nak berjaga-jaga. Mata Doyoung melihat Jungha rakus makan sarapan itu, dia hanya tersenyum.

Kerana nampak comel.

Tiada niat jahat pun sebenarnya.

" Sayang, saya pergi dulu tau ! Nanti saya pulang awal pastu masakkan dinner untuk kita, "

Doyoung mengucup ciuman ke dahi Jungha yang sedia licin tanpa jerawat. Memang natural kulit dia ni. Kemudian, dia mengambil beg kerjanya dan berlalu pergi keluar dari bilik.

Pintu dikunci, Jungha berhenti mengunyah makanannya. Dia mengetepikan pinggan dan mencari sesuatu di seluruh almari di hadapannya.

24 hari dikurung di dalam bilik, 24 hari itu jugalah dia cuba cari dimana telefon sebenarnya disorok oleh Doyoung. Telefon yang dia gunakan sekarang hanyalah simpan nombor suaminya.

Sudahlah tak ingat nombor sendiri, ini kan pula nak ingat nombor Jungho.

Tanpa sedar, Doyoung memerhatikannya melalui laptop sambil bersenang-lenang di bilik kerjanya. Sebenarnya, dia tak pergi kerja pun hari ini sebab dia mahu lihat semua tingkah laku Jungha lakukan selama dikurung.

" Jungha.. kau bukan sekadar dendam aku,"

" Tapi, kau ada aset besar rupanya, "

________________________________________________________

album aku dah sampai siot pastu aku kena siapkan slide presentation sej nayalah saya :)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

album aku dah sampai siot pastu aku kena siapkan slide presentation sej nayalah saya :)

Similarity : Passionate Ego.Where stories live. Discover now