Jungho masih lagi tidak puas hati. Punyalah banyak mesej dan call yang dia spam kepada Jungha, satu pun tak terjawab. Sungchan memerhatikannya dari tepi.
" Peliknya dengan Jungha. Dia padamkan telefon atau memang dah tak nak jumpa kita ? " Jungho mula berfikir.
Sudah sebulan perkara ini berlarutan, Jungho hanya bersangka baik dengan Doyoung.
Bila nak berjumpa dengan Jungha, Doyoung beri alasan yang Jungha sakitlah atau Jungha perlukan masa sendirian. Dia hanya berdecit kepala apabila lelaki itu beri alasan berlebihan.
Jungha tu tak boleh sendirian, Doyoung bukannya kenal sangat pun perangai kakaknya bagaimana.
" Mungkin dia spend time dengan Doyoung.. " Sungchan menghirup kopi panas yang baru disiap.
" Hyung fikir Jungho ok ke kalau Jungha dah lama tak beri khabar apa semua ? Jungho rasa nak mati kalau kakak tak muncul tiba-tiba dengan takde angin apa semua, "
" Bukan semua benda kita kena rasa ' ya, dia memang baik-baik sahaja '. Tak semua benda, ada perkara kita memang kena risaukan dan ambil berat, " luah Jungho yang merasakan hatinya sangat kosong sejak Jungha berkahwin dulu.
Ikutkan hati, dia memang tak bersetuju beri Jungha kahwin tapi nak buat bagaimana. Itu keputusan kembarnya, dia tak boleh bantah. Dia hanya risaukan kakaknya berkahwin pada usia yang amat muda, 28 tahun. Dari tahun Jungha disahkan mengalami lumpuh separuh badan, gadis itu tak berputus asa dan masih lagi bekerja cari rezeki untuk keluarga dan tak pernah cukup pun duit untuk berkahwin nanti.
" Tak kira, Jungho nak jumpa dia juga. " Berdirinya Jungho ingin meneruskan niatnya pergi berjumpa kakaknya yang hilang secara tiba-tiba.
Sungchan ingin menghalangnya tetapi ditepis oleh Jungho.
" Hyung, jangan halang Jungho ! Tepi ! "
Anak lelaki itu hanya berlalu pergi dari kafe dengan keadaan marah. Selama ni, Jungho hanya bersabar dan terus bersabar.
Tapi kali ni, kesabarannya mencapai had dan dia cuba menahan marah dengan menggenggam tangan.
* . °•★|•°∵ ∵°•|☆•° . *
Doyoung menggendong Jungha lalu turun ke bawah menggunakan tangga. Akhirnya, Jungha dapat keluar dari kurungan jahanam yang mengasingkan diri dari semua aktiviti.
" Kita ada tetamu, layan dia elok-elok atau saya nahaskan awak kemudian. " bisik Doyoung di telinga Jungha.
Jungha tidak berani memandangnya, bencinya pada suami sudah muncul di hati. Dia hanya kuatkan hatinya menhadapi cabaran, menyesal akan mendengar arahan Doyoung demi sebiji pil.
Doyoung mendaratkan Jungha di atas sofa lalu dia tinggalkan isterinya bersama tetamu yang memang dikenali, Jungho.
Mata Jungho hampir berair setelah melihat kakak kembarnya muncul di hadapannya. Dia mahu peluk kakaknya erat tapi apakah daya dia tak mahu abang iparnya cemburu buta.
" Kakak apa khabar ? Sihat ? " Jungho memulakan perbualan.
" Sihat je, "
" Kakak kenapa lama menghilang ? Ada masalah ke ? "
" Telefon kakak terjatuh kat kolam belakang. Pergi hantar kat kedai repair, tu yang tak bukak telefon tu. " bohong Jungha. Sebenarnya telefonnya diambil oleh Doyoung.
" Ohh, begitu. "
Jungho mendekatkan jaraknya dengan Jungha. Ingin memastikan sesuatu.
" Betul ke kakak okay je ni ? Takde benda berlaku dengan Doyoung ? " Jungho memperlahankan suaranya supaya Doyoung tidak mendengarinya.
" Kakak okay jela. Janganlah risau, Doyoung jaga kakak elok-elok. "
" Kakak nak peluk, boleh ? " Jungha mendepakan tangan dan Jungho memeluknya terlebih dahulu.
Jungho melepaskan pelukan setelah Jungha membisikkan sesuatu kepadanya. Rupa seperti jangan percayakan seseorang.
" Jungho pergi dululah, tu ha ada belikan bir untuk korang. " Adik kembar Jungha bangun dari tempatnya dan berjalan keluar dari rumah. Dia masih tidak percayakan apa yang dikatakan oleh kakaknya.
Kesunyian mula datang kepada sepasang suami isteri itu, agak janggal bila Jungha dapat keluar dari kurungannya. Doyoung pula sedang memotong sesuatu untuk makan petang mereka.
Jungha menatap Doyoung dengan kelaparan. Inginkan sesuatu dari suaminya.
" Jap lagi saya datang, "
Jungha hilang kesabaran, menggaru kepalanya. " Cepatlah, "
Doyoung meninggalkan segala urusannya di dapur lalu berjalan ke arah Jungha yang inginkannya. Dia tersenyum sinis.
" Sayang, jom pergi tidur.. "
__________________________________________________________
lusa vaksin siot padan muka

YOU ARE READING
Similarity : Passionate Ego.
Fiksi Penggemarcompleted, kim doyoung nct fanfiction [ book 2 of similarity ] SHORT STORY VER. | EBOOK SOON continuation of the story of the moon with egoistic aquarius marriage with conflict, angst au. [ cloudnight98 artworks || 2021 ]