(Be aware of explicit content)
Cahaya bulan penuh kelihatan sungguh indah. Deruan ombak bersama bunyi cengkerik menjadi alunan terapi yang mendamaikan jiwa. Malam itu sungguh menyeronokkan buat Ashraf dan rakan-rakan. Bukan sahaja mereka membuat unggun api dan BBQ untuk makan malam di pantai, malah mereka juga akan bermalam di situ berbumbungkan bintang dan langit yang indah.
Aroma makanan laut yang dipanggang tajam menusuk hidung. Setelah seharian suntuk meluncur, keempat-empat pemuda itu makan dengan berselera sekali ditambah pula dengan alunan angin malam yang membelai.
"Look like a prince but eat like a dog." Tiba-tiba sahaja kedengaran Tyresse berkata sendirian.
Ashraf hanya tersenyum sinis. Siapa lagi yang Tyresse maksudkan kalau bukan dirinya?
"I'm a dog person, have one at home." Ujar Ashraf selamba sambil tekun mengupas kulit udang yang segar.
Bobby dan Steve melirik ke arah kedua-duanya lalu bertukar pandangan dan menggelengkan kepala. Tak habis-habis bertelingkah!
Dalam samar-samar cahaya unggun api, kelihatan bengkak di pipi Ashraf akibat ditumbuk beberapa hari lalu sudah surut, begitu juga dengan pipi Tyresse! Sebaik sahaja Ashraf bangkit daripada pitamnya hari itu, dia terus bergelut dengan Tyresse dan akibatnya, pasti semua orang boleh mengagak...
* * * * *
"For you."
Huzaimi berkata lantas kotak baldu yang panjang itu bertukar ke tangan Lara. Saat gadis itu membuka kotak tersebut, kelihatan seutas rantai emas yang sungguh cantik membuatkan Lara tersenyum lebar.
"Cantiknya!" Mata Lara menangkap wajah Huzaimi. Lelaki itu terus bangun daripada kerusi dan memakaikan rantai itu di leher Lara.
"I beli ni masa dekat Jakarta hari tu. Projek JV tu dah jalan. Lepas ni tiap-tiap bulan I akan travel ke sana. Kalau you nak kirim apa-apa, bagi tahulah I." Kata Huzaimi sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di kerusi.
"Okay. Thanks, sayang." Lara tersenyum lagi dan waktu itu juga pesanan makan tengahari mereka pun tiba. Lara mengambil kain napkin yang berlogo Sheraton Hotel lantas meletakkannya di atas riba.
"For PT. Anjakan Paradigma Indonesia." Huzaimi tiba-tiba menganggkat minumannya ke hadapan Lara. Itulah nama syarikatnya di Jakarta. Lara tertawa kecil lalu mengambil gelasnya dan dilagakan perlahan dengan gelas Huzaimi. Hatinya berasa sungguh bangga dengan pencapaian Huzaimi menerajui syarikat hartanah yang semakin berkembang itu...
Sedang mereka leka menikmati makanan masing-masing, Lara mencuri pandang ke arah Huzaimi. Dalam hatinya, dia berkata inilah sosok lelaki yang dia pilih dan mengetepikan seorang yang lain. Tetapi betulkah pilihan yang dibuatnya? Jika betul, kenapa pula hatinya masih terasa sayu setiap kali mengenangkan Ashraf? Ya, secara jujurnya memang Lara merindukan kehadiran Ashraf. SMS terakhir buat lelaki itu telahpun dia hantar kelmarin dan Lara rasa itulah yang paling akhir.
'Ya Allah, hanya Engkaulah yang mengetahui segalanya... Sekiranya aku memilih untuk bersama dengan lelaki di hadapanku ini, apa yang akan terbentang buatku di hadapan nanti? Dan sekiranya aku memilih yang seorang lagi, apa pula yang bakal aku lalui?' Hati kecil Lara berbisik sayu dan kenangan dia bersama Ashraf seolah-olah terimbas di ingatannya...
* * * * *
"Ey bro, ain't sleepin' yet?" Tiba-tiba sahaja Bobby datang menegur Ashraf yang sedang berbaring di pasir pantai. Dia menyertai Ashraf manakala Tyresse dan Steve pula sedang minum-minum sambil bermain gitar di belakang mereka.
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
عاطفيةMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...