HPFH : 07

669 50 4
                                    

❝ the truth is never painful as discovering a lie

❝ the truth is never painful as discovering a lie ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Daisha mengeluh penat . Matanya asyik memandang iphone . Diabaikan bunyi-bunyi bercakap di belakang . Menyesal pula banyak budak-budak ni . Yang paling menjengkelkan , Haidar pun tergedik-gedik nak ikut . Mamat tu macam tahu-tahu je yang Daisha nak keluar malam ni . Harap-harap ayah tak marah aku balik lambat . Daisha memandang lorong di hadapannya . Jauh betul tempat Syed Iskandar berada . Ayah ... Ayah ...

" Arsyad ! kalau kau nak rasa penampar aku , baik kau buang ranting kayu tu jauh-jauh ! ingat tak sakit ke main cucuk-cucuk macam tu ?! " Hanis memeluk kuat leher Harraz . Dia ingat menatang apa yang gigit dia . Rupanya manusia pelik ni ! Tak ada benda lain ke nak main ? Tengah-tengah hutan macam ni ! Kena sorok hantu baru tahu .

" turunkan dia Harraz ! " Hanis memandang tajam . Tak guna !

" korang ! bisinglah ! " terus terdiam apabila dijerkah puteri mereka . Daisha menggelengkan kepala . Macam-macam perangai . Daisha mengeluh perlahan . Gadis itu memasukkan iphone ke dalam poket seluar . Daisha berjalan meninggalkan mereka berempat . Harraz , Haidar , Arsyad dan Hanis mengejar Daisha dari belakang .

Daisha mengerutkan dahi . Sebuah bangunan menyapa pandangannya . Dia kembali menatap iphone . Melebar senyuman gadis itu . Yeay ! Dah sampai . Daisha melompat kecil sebelum berlari anak ke bangunan itu . Haidar memerhati dari belakang . Hujung bibirnya ternaik . Comel bakal isteri aku eh ? Larian Daisha terhenti saat telinganya menangkap bunyi sesuatu . Daisha mengecilkan mata memandang dalam suasana gelap-gelita itu . Ada dua orang lelaki sedang mengacukan pistol ke arahnya .

" siapa ? " tanya salah seorang daripada mereka .

" Puteri Daisha . saya nak berjumpa dengan Syed Iskandar , ayah kandung saya " perkataan ayah kandung ditekankan . Lelaki-lelaki itu diam lalu memandang sesama sendiri . Macam mana Puteri Daisha tahu ? Tuanku sudah bongkarkan ke ?

" Raja Nabil Muttaqin yang benarkan " perlahan-lahan senjata diturunkan . Tidak lupa menunduk hormat kepada puteri mereka . Daisha senyum sedikit kemudian masuk ke dalam bangunan itu . Hanis , Harraz , Haidar dan Arsyad mengikut di belakang . Tapi di tahan lelaki-lelaki tadi .

" Tuan Puteri sahaja yang dibenarkan masuk "

" tak ada . kitorang nak masuk " tubuh lelaki-lelaki itu ditolak mereka berempat . Lelaki-lelaki itu mengeraskan tubuh mereka , tanda tidak membenarkan mereka masuk . Kesah apa aku , orang tak bagi masuk . Nak masuk jugak ! Daisha berdehem perlahan . Lelaki-lelaki tadi menoleh . Arsyad , Harraz , Hanis dan Haidar masing-masing tersenyum jahat . Lidah dijelirkan . Daisha menggulingkan bebola mata . Sabar je aku .

×××

" T-tuan Puteri ? "

Empat orang lelaki di sofa bangun dengan tergesa-gesa . Tidak menyangka dengan kehadiran Puteri Kerajaan Irshocgard itu . Daisha memerhati dahulu sekeliling sebelum terarah kepada empat lelaki tadi . Wajah mereka pucat . Terkejut melihat Puteri Diraja itu di hadapan mereka . Daisha memeluk tubuh . Iris hazel nya diliarkan semula ke kawasan itu . Usang . Bangunan terbiar . Kenapa kurung Syed Iskandar dekat tempat macam ni ?

OG | His Princess : Fawwaz HaidarWhere stories live. Discover now