Bab 49

4.4K 144 4
                                    

Beberapa buah kenderaan hitam mula bergerak laju ke menuju ke satu kawasan milik sebuah kumpulan mafia yang menjadi saingan. Kawasan hutan hijau yang mengelilingi sebuah rumah besar menjadi destinasi terakhir mereka.
Kaca hitam ditanggalkan sebaik saja keluar dari perut kereta lalu memandang setiap penjuru kawasan.

Benvenuto,Zyaire Lorenzo."
(Selamat datang, Zyaire Lorenzo)

Sambut seorang lelaki berjambang perang di muka pintu sambil mendepakan kedua tangannya.

Zyaire hanya tersenyum namun hatinya tidak ikhlas sama sekali. Urusan ini hanyalah untuk menamatkan segala penglibatannya dengan dunia gelap ini. Tujuannya hanyalah untuk menyerahkan segala urusan perniagaan gelap yang diuruskan oleh Black Blood kepada Xiper iaitu satu lagi kumpulan mafia yang sentiasa bersaing dengan Black Blood.

"Come stai? Come vanno i tuoi affari? Va bene?
(Apa khabar? Macam mana business kau? Berjalan lancar?) soal Zyaire.

"Bene molto bene. Grazie per esserti ritirato da questo mondo. Ho aspettato questo per molto tempo. Entriamo, ci sono molte cose di cui dobbiamo parlare."
(Baik, sangat baik. Terima kasih kepada kau yang sudi tarik diri dari dunia ni. Sudah lama aku tunggu saat ini. Mari masuk, banyak benda yang kita perlu bincang) ajak Luigi Rocco.

Luigi Rocco seorang ketua dalam satu kumpulan mafia yang juga setaraf dengan Black Blood iaitu Xiper. Seumur dengan Zyaire dan merupakan kawan lamanya sewaktu di kolej dahulu. Jika Black Blood menjalankan aktiviti yang kotor, Xiper pula dua kali lebih kotor. Mereka bukan sahaja menjalankan aktiviti penyeludupan dadah,senjata api malah mereka menjalankan aktiviti pemerdagangan manusia. Gadis-gadis dijadikan pelacur dan dijual kepada sesiapa sahaja yang mahu.

Cecair merah gelap dituangkan ke dalam gelas kaca lalu dihulurkan kepada Zyaire.

"1945 Mouton Rothschild, my favorite wine. I'm sure you like this wine too." kata Luigi.

"Non bevo feci."
(Aku tak minum najis) balas Zyaire selamba.

Luigi pula tertawa sinis.

"Arman,bawakan fail dan dokumen tu."

Beberapa buah fail dan dokumen diletakkan diatas meja dihadapannya Luigi.

"Queste sono tutte le informazioni relative ai clienti e le informazioni importanti con questa attività. Tutti i porti e le rotte segreti utilizzati in precedenza. Lascerò il lavoro interamente a te e non voglio più avere niente a che fare con questa cosa."
(Ini semua maklumat berkaitan pelanggan dan maklumat penting dengan business ini. Segala port dan laluan rahsia yang aku gunakan sebelum ini. Aku akan serahkan business sepenuhnya kepada kau dan aku tak mahu ada kaitan dengan benda ni lagi)

Luigi menepuk tangannya dan tersenyum bahagia.
"Mi piace il tuo modo, veloce e saggio. Allora quanto vuoi che paghi. 50 miliardi? 100 miliardi? 200 miliardi?"
(Aku suka cara kau, cepat dan bijak. Jadi berapa harga yang kau nak aku bayar. 50 billion? 100 billion? 200 billion?)

"Non voglio soldi ma voglio la tua testa."
(Aku tak nak duit tapi aku nak kepala kau)
Sinis Zyaire.

"Tsk...mi hai fatto cambiare idea ,Zyaire. Non credo che tu voglia trattare con me in modo sicuro."
(Tsk....kau buat aku ubah fikiran ,Zyaire.Aku rasa kau memang tak nak berurusan dengan aku dengan cara yang aman) balasnya tenang.

"Come ho detto prima, il prezzo di questa attività è molto prezioso. Allora perché dovresti essere sorpreso."
(Seperti yang aku cakap sebelum ni, harga business ni sangat bernilai. Jadi kenapa kau perlu terkejut)

[C] MRS. LORENZOWhere stories live. Discover now