Tengku Rizqish POV
Langkah kakinya yang laju membuatkan semua yang berada di kawasan markasnya menjadi seram sunyi.
Apa lagi yang kau sorokkan dekat aku Danny. Sumpah hatinya terlampau sakit. Akibat dirinya terlampau lama memendamkan perkara itu. Akhirnya hatinya menjadi secebis luka yang dalam.
Danny yang berada di dalam kawasan latihan menembak itu. Terperanjat kerana wajahnya di tumbuk oleh Tengku Rizqish secara tiba-tiba sahaja.
"Kau apahal tumbuk aku !" Dapat dirasakan bibirnya menjadi bengkak akibat ditumbuk oleh Tengku Rizqish.
Tengku Rizqish jangan dibuat main. Sekali kemarahanya memuncak. Sahabatnya sendiri sanggup dia musuhi. Danny sudah cuak. Kenapa lelaki ini tiba-tiba sahaja menumbuk dirinya.
Ziyan yang baru sahaja ingin memasuki kawasan tersebut agak teperanjat melihat aksi tumbuk menumbuk daripada Danny dan Tengku Rizqish. Masing-masing terkedu dengan apa yang sedang dilihatnya sekarang ini.
"Kenapa kau tipu aku Danny ! Apa lagi yang kau sorokkan dekat aku !" Ditumbuk wajah Danny berulang kembali.
Danny yang berusaha untuk mengawal amarah Tengku Rizqish akhirnya terpaksa sabar kerana kekuatan Tengku Rizqish sekarang melebihi kekuatannya.
"T-tipu apa kau ni ?" Bergetar sedikit suaranya. Sepertinya ada sesuatu perkara yang buruk sedang berlaku sekarang ini.
"Kau bodoh Danny! Kau tipu aku macam sampah. Kenapa kau sanggup rahsiakan kehidupan Elisha. Kenapa kau tak bagitahu yang Aries tu Elisha? Kawan jenis apa kau ni!" Dicengkam leher milik Danny dengan sekuat hati.
Tidak berdarah wajah Danny sekarang ini. M-macam mana rahsia yang selama ini dia simpan boleh terkantoi di tangan Tengku Rizqish ? Sungguh perkara ini sepatutnya tidak diketahui oleh lelaki tersebut.
"S-siapa yang bagitahu kau?" Terketar-ketar suara lelaki tersebut. Dia tidak kisah kalau dirinya menjadi sasaran tetapi janganlah Aries kesian wanita itu.
"Jadi kalau kau dah tahu yang Aries tu Elisha kenapa. Kau nak buat apa dekat dia? Kau nak bunuh dia? Kau kena sedar Aries tu siapa dekat kau. Dia tunang kau!" Danny memecahkan kesunyian malam itu.
Tengku Rizqish menahan geram. Cukup dia mendengarkan penjelasan Danny sudah membuatkan hatinya sakit.
"Kau nak mati ke apa Danny!" Terus cengkaman di leher itu dilepaskan. Tanpa banyak bicara Tengku Rizqish terus mengambil pistolnya serta menghalakan pistol tersebut ke muka Danny.
Ziyan dan Iyan yang masih di dalam kekeliruan itu. Terpaksa mengetuk kepala Tengku Rizqish menggunakan kayu yang berada di dalam markas tersebut.
Satu sahaja pukulan kuat yang dilakukan oleh Ziyan. Sudah membuatkan Tengku Rizqish tumbang di hadapan Danny. Lelaki itu terpaksa buat perkara tersebut. Kalau tidak mahu berlaku pertumpahan darah di dalam markas ini.
"Bagus Ziyan sebab tahu arahan mata aku." Ziyan dan Iyan hanya memberikan senyuman.
Danny memberikan arahan kepada Ziyan supaya membawa Tengku Rizqish pulang ke rumahnya. Sementara dirinya mahu berjumpa dengan Datin Medina. Dapat dirasakan ada sesuatu yang berlaku terhadap Aries.
"Hello Datin ada apa-apa yang berlaku dekat Aries ke?" Dia merasakan nafasnya tidak teratur buat seketika ini.
Datin Medina yang mendengar suara Danny terus meraung sekuatnya. "Danny Aries Ya Allah Aries Danny tolong datang Hospital mama sekarang." Terus Datin Medina mematikan panggilan tersebut.
"Wei kau nak pergi mana ?" Iyan yang melihat Danny tergopoh gapah terus menghampiri lelaki tersebut.
"Aku nak pergi hospital. Datin Medina suruh aku pergi sana kau nak ikut tak ? Biarkan Ziyan yang bawak Riz balik rumah." Mereka berdua terus mengambil barang yang penting dan terus menuju ke Hospital milik Datin Medina.
Di dalam kereta hanya kedengaran lagu-lagu yang sedih. Mungkin kerana hati mereka sekarang masih di dalam dilema disebabkan itu keluar lagu yang menyedihkan.
"Sampai hati kau tak bagitahu aku yang Elisha tu Aries." Danny yang sedang memandu kereta itu hanya mampu meraupkan wajahnya.
"Aku ada sebab kenapa aku rahsiakan kematian Aries." Sebak nadanya.
"Sebab kau nak rampas Elisha dari Riz kan." Iyan sudah terdiam. Kenapalah dirinya boleh menyoalkan perkara tersebut kepada Danny.
Danny yang mendengar jawapan daripada mulut iyan terus dia memberhentikan keretanya. Budak ini kalau bercakap memang tidak menggunakan akal.
"Sebelum aku pijak kepala kau baik kau fikir baik-baik. Tolonglah gunakan akal kau kalau nak bercakap pasal Aries dekat aku. Aku sorokkan kematian Aries sebab Almond dah dapat jejak dia!" Keras suaranya.
Iyan yang mendengar nama Almond terus mulutnya terdiam. Nama itu nama yang sudah lama tidak didengarinya. Bukan itu sahaja. Bukan ke lelaki itu sudah mati ?
"Danny kau tipu aku kan!"
"Aku tak tipu kau Iyan. Rexi dapat maklumat daripada stranger yang Almond masih hidup." Dipegang handle kereta itu dengan kuat.
Almond bukan sebarang manusia. Tengku Rizqish akan menerima padahnya sekirnya Aries jatuh di tangan Almond.
"Aku harap aku dapat jaga Elisha macam adik kandung aku sendiri. Aku tak kisah kalau aku yang mati tapi jangan Elisha. Selama 8 tahun Elisha hilang ingatan tiada satu pun dekat dan berkawan dengan dia." Ditahan air matanya jangan sampai menyembah ke bumi.
"Dia wanita yang baik sangat-sangat baik disebabkan itu Elisha berhak mendapatkan Riz. Kerana tuhan tahu siapa yang berhak mendampingi Elisha. Semoga nyawanya yang terakhir ini dihargai dengan baik." Sungguh kalau mengenai Aries memang sangat lemah hatinya sekarang ini.
———————————
Cuba korang imagine Danny yang protective ni mati ? Apa perasaan kamu semua ? 😞
YOU ARE READING
ARIES COMPLETE [BAKAL TERBIT]
Misterio / Suspenso𝐂𝐎𝐃𝐄 : 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐎𝐓𝐀𝐊 + 𝐃𝐄𝐑𝐀 𝟏𝟖+ ‼️ 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐬𝐭 𝐏𝐥𝐨𝐭 𝐓𝐰𝐢𝐬𝐭 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) Selepas kematian keluarganya kehidupan Arie...