Selangkah demi selangkah, aku tiba di tempat itu.
Ya, tempat aku meluahkan semuanya.Tempat aku menatap bintang. Tempat aku menangis.Tempat aku meratapi nasib hidupku.
Hidup ini tidak adil bukan?
Untuk sekian kalinya, aku tersenyum pahit.
Tasik. Ya, disitulah satu-satunya tempat yang pertama aku jumpa di sebelah taman ini. Tempat itu agak tersorok, kerana dilindungi oleh rumah taman permainan.Namunpun begitu, disinilah tempat yang paling cantik bagiku.
Tasik, awan, bintang dan pokok yang rendang.
Apabila aku sedih, disinilah aku menangis.Hanya Allah sahaja yang nampak aku menangis.
Lega.Terasa semua beban dilepaskan walaupun tiada siapa yang mendengar.
Cukuplah hanya Dia yang melihat aku yang cengeng ini.
Aku melepaskan segalanya.Lutut dipeluk erat ke dada.
Lama.
Lama aku berkeadaan sebegitu sehinggalah bunyi suara seorang homosapien menegurku.
"Anak dara tak sepatutnya keluar lewat malam."
Aku memegang dadaku. Terkejut!
Eh kejap.. macam mana dia jumpa tasik tersembunyi ni? Hati mahu menyoal tetapi mulut lebih memilih untuk berdiam diri.
Aku menggigit bibir bawah. Masih lagi di dalam keadaan memeluk lutut.Tasik dipandang.Tenang.
Tetapi homosapien disebelahku ini agak menganggu ketenangan aku sebenarnya.
"Boleh aku duduk?" soalnya.
Aku masih lagi dengan duniaku sendiri.Akhirnya dia hanya duduk ditepi aku tanpa menunggu sebarang jawapan.
Lewat ekor mata, aku boleh melihat yang dia sedang memerhatikanku.
"Kau.. menangis?"
Senyap.
Tiada jawapan untuk itu.Dia ada mata dan dia sendiri tengok aku menangis.Maka, benarlah aku menangis.
Aku memandang ke arah dada langit.Membiarkan saja soalan itu tidak terjawab.Dia akhirnya menghembuskan nafas perlahan.
"Aku tak tahu apa masalah kau.. tapi percayalah, semua manusia diuji dengan masalah."
Senyap.
"Masalah itu akan selalu wujud. Tipulah aku cakap kalau aku takde masalah kan.Tapi bagi aku.. just enjoy this life even whatever is going on. Sebab bagi aku.. makin dilayan masalah itu, semakin terasa sakitnya."
Terdiam aku mendengarnya.Ya, lelaki disebelahku ini benar.
Semakin aku layan masalah itu, semakin aku sakit.Jadi, patutkah aku menghindarinya? Bukankah kita tidak boleh lari daripada masalah?
Hati sekali lagi mahu bertanya tetapi aku terlebih bijak.Ya.. aku masih lagi tidak mengeluarkan sebarang suara! Ke mana hilangnya suara aku malam ini?
Perlahan-lahan aku memandang ke tepi.Mahu melihat siapakah gerangan lelaki yang bersuara sebentar tadi.
Masalah...
Wajahnya dilindungi oleh mask hitam.Huh, masalah betul.
Kejap-kejap pakai mask, tengah hari tadi pun mimpi orang lelaki pakai mask. Dah kenapa?
Sebab.. ini langsung tidak adil bagi aku, dia dah tengok wajah aku.Tapi wajahnya aku tak boleh tengok! Nanti kalau dia cam muka aku macam mana? Dia akan bangkitkan dihadapan orang ramaikah yang aku menangis di tasik lewat malam?
YOU ARE READING
Kau dan Aku
Mystère / Thriller"Alice! Alice! Jangan terjun, Alice! Bahaya!" "A--Alice!" Izzati Ahya', seorang gadis yang naif. Innocent? Ayu? Cantik? Ceria? Semua jatuh kepadanya.Namun begitu, terselit juga sebuah rahsia besar yang telah disimpan rapi olehnya. "Siapa Alice? Tak...