PÃRT 21

34 14 18
                                    

Jeno tersenyum sebaik sahaja terpandang Ahn yang sedang memasak di dapur. "Babe!"panggil Jeno lalu memeluk Ahn. Tubuh Ahn kaku sebentar. "Saya rindu awak, Ahn!"bisik Jeno seraya mencium leher Ahn.

Ahn genggam sudip yang sedang dia pegang dengan sangat erat. Perasaan marah yang hadir cuba disembunyikan. "Nado!"balas Ahn dengan senyuman yang dibuat-buat. "Awak masak apa, sayang?"tanya Jeno.

"Masak makanan kegemaran awak!"balas Ahn. Senyuman Jeno semakin mekar. "Keurae?... Saranghae, Ji Ahn.. saya mandi dulu!"ujar Jeno lalu meninggalkan Ahn.

Ahn lap air matanya yang jatuh. "Murahnya cinta awak, Jeno!"gumam Ahn perlahan. Jeno buka bajunya sebelum masuk ke dalam bilik mandi. Bibirnya tersenyum manis sebelum senyuman itu lenyap.

"Ahn takkan tinggalkan aku kan?"gumamnya perlahan apabila terbayang yang Ahn mengetahui tentang Gyuri. Malah tentang dia terlanjur dengan Gyuri. "Apa yang kau dah buat ni, Jeno?!"gumam Jeno penuh geram.

"Ahn!"seru Jeno apabila dia ternampak Ahn masuk ke dalam bilik. Ahn tersenyum tipis. "Saya cuma nak ambil phone!"balas Ahn seraya menunjuk kearah telefonnya. Jeno mengangguk faham.

"Ahn.."seru Jeno. Ahn terus memberhentikan langkah. Tangannya memegang tombol pintu dengan sangat kuat. "Dah ada berita?"tanya Jeno. Dahi Ahn berkerut. "Berita apa?"tanya Ahn.

"Kau.. mengandung?"tanya Jeno sedikit teragak-agak. Ahn ketap bibirnya. Dia boleh dengar bunyi pecah dalam dirinya. Ahn menoleh. "Apa yang awak nak, Jeno? Anak? dalam situasi macam ni?!"tanya Ahn dengan nada bengang.

Jeno sedikit tersentak. "A-apa maksud kau, Ahn? Situasi apa?!"tanya Jeno seraya cuba untuk menenangkan dirinya. Dia tak boleh tunjuk yang dia sedikit panik dengan soalan itu.

Seolah-olah isterinya tahu apa yang sedang terjadi. Ahn berdecit kasar. Sampai macam tu sekali Jeno mahu rahsiakannya daripada dirinya. "Situasi apa lagi? Kita berdua sibuk dan kita baru mula bercinta, Lee Jeno... Tak pelik ke?"tipu Ahn.

Jeno terus tersengih. Hatinya mula lega sedikit apabila mendengar balasan Ahn itu. "Melainkan awak ada rahsiakan sesuatu daripada saya?"soal Ahn dingin. Jeno tersentak. Dia memandang Ahn dengan pandangan muka sangat pucat.

Ahn mula memandang Jeno dengan pandangan tajam. Tetapi pandangan itu terputus apabila telefon Ahn mula berdering. Ahn pandang telefonnya sebentar sebelum mula menjawab panggilan itu.

Ahn mula bergerak meninggalkan bilik dia dan Jeno. Jeno jatuh terduduk. Dia memandang pintu. "A-aniya... Ahn takkan tahu. Mustahil!!"gumamnya. Tanpa Jeno sendiri sedar, Dia merosakkan hubungan baiknya bersama Ahn.

Dan dia telah melukai perasaan gadis itu lebih teruk. "Eoh, Renjun-ah... Waegurae?"tanya Ahn sebaik sahaja dia menjawab panggilan sebentar tadi. "Neo jigeum bwohae?(Kau sedang buat apa sekarang)"tanya Renjun.

"Baru lepas masak makan malam. Wae?"tanya Ahn semula. Jeno yang sudah siap memakai pakaian terus keluar dari bilik. Matanya terpaku pada Ahn yang sedang duduk di sofa ruang tamu bawah.

"Krystin ajak keluar makan tengahari esok. Kau free?"balas Renjun. "Aku free... nanti kau bagi alamat restoran yang korang nak pergi!"ujar Ahn. "Nae! Jumpa esok, Ahn!"balas Renjun lalu menamatkan panggilan.

"Siapa yang call?"tanya Jeno lalu duduk disebelah Ahn. "Renjun!"balas Ahn jujur. Jeno terdiam sebentar. "Kau masih berhubung dengan lelaki tu?"soal Jeno dengan nada dingin.

Ahn mula mengepal penumbuknya. Dia tak suka nada suara Jeno itu. Cara Jeno bercakap seolah-olah Renjun adalah orang jahat sedangkan Renjun adalah kawan mereka sejak sekolah menengah.

"Watch your tone, Jeno. Renjun kawan kita!"tegur Ahn. Jeno tersenyum sinis. "Hanya kau yang anggap dia kawan, Lee Ahn... Renjun tak pernah anggap kau kawan. DIA SUKA KAU!!"ujar Jeno dengan kasar.

Ahn terkejut dengan perubahan Jeno apabila bercakap tentang Renjun. "Akh!"adu Ahn apabila Jeno mencengkam bahunya terlalu kuat. Jeno tak pernah berkasar seperti ini pada dirinya sebelum ini.

"J-jeno!"panggil Ahn ketakutan apabila Jeno mula mencium lehernya secara kasar. "Yah, Lee Jeno!!"panggil Ahn sekali lagi sambil cuba menolah tubuh Jeno. "Pandang Aku, Love!"arah Jeno tegas.

"Kau hanya boleh pandang aku, Ji Ahn! Hanya aku!"ujar Jeno penuh obses. Ahn mula menggigil ketakutan. Jeno yang dia kenal tiada lagi dihadapan matanya. "Aku cintakan kau, Ahn... Kau tak boleh pergi atau lari dari aku!"bisik Jeno.

_____

Hyunwoo pandang Gyuri yang berada di hadapannya. Baru sekarang isterinya mahu bertemu dan pulang semula ke pangkuan dirinya. "Aku nak-"belum sempat Gyuri nyatakan sebab kepulangannya.

Hyunwoo terlebih dahulu memotong. "2 minggu daripada sekarang kita akan bercerai!"ujar Hyunwoo sedikit dingin. Gyuri tersentak. Dia memandang Hyunwoo dengan pandangan tidak percaya.

Bukankah Hyunwoo tidak mahu melepaskan dirinya? Kenapa lelaki itu mengubah fikiran? Malah, suaminya kelihatan berbeza daripada sebelum ini.

"Kapjagi? Kenapa 2 minggu daripada sekarang? Kenapa bukan sekarang?!"tanya Gyuri penuh emosi. Dia tak tahu kenapa dia rasa emosi seperti itu. Dia tak faham kenapa dia tak suka akan perubahan Hyunwoo.

Seolah-olah lelaki itu cuba melupakan dirinya. "Kau lupa? Minggu ni birthday halmeoni... Kau tak nak Halmeoni mati sebab terkejut bukan?"soal Hyunwoo dingin. Dia capai cawan tehnya lalu menyisip sedikit teh yang terdapat dalam cawan.

Gyuri terdiam. Sejujurnya dia lupa akan hari lahir Puan Lee. "Aku akan balik lewat malam ni jadi terus tidur... bayi dalam perut kau perlukan rehat yang cukup!"pesan Hyunwoo sebelum bangkit daripada duduk dan pergi meninggalkan Gyuri.

Gyuri sentuh dadanya yang terasa sakit. Tanpa dia sedar, air matanya mengalir dengan sangat lebat. "Wairae? Kenapa aku rasa sakit bila oppa tak pandang aku macam dulu..."gumam Gyuri.

Renjun dan Krystin berbalas pandangan apabila melihat wajah kusut milik Ahn. Gadis itu kelihatan seperti tertekan. "Ahn?"panggil Renjun dengan lembut. Ahn terkejut.

Dia terus memandang Krystin dan Renjun dengan pandangan keliru. "Kau okay, Ahn? Keadaan kau nampak tak begitu baik?"soal Krystin sedikit risau. Ahn pandang Krystin dengan pandangan sedih.

Akhirnya air mata yang ditahan oleh Ahn sejak tadi mengalir. Krystin dan Renjun terkejut. Krystin terus bertindak memeluk Ahn. Ramai pelanggan restoran yang mereka pergi memandang mereka dengan pandangan pelik.

Haechan mula menumbuk kaca pada dinding sehingga kaca itu pecah. Krystin sedikit terkejut akan tindakan Haechan itu. Mereka berempat sekarang berada di apartment Krystin memandangkan rumah gadis itu dekat dengan restoran yang mereka pergi sebentar tadi.

"Sabar, Haechan!"pujuk Renjun. Haechan pandang Renjun. Kolar baju Renjun dicengkam kuat oleh Haechan. "Sabar? Kau suruh aku sabar bila ada kesan pergelutan pada tubuh Ahn?!!"marah Haechan.

Renjun ketap bibirnya. Dia menyesal panggil Haechan untuk memeriksa Ahn apabila gadis itu demam secara tiba-tiba. "Jeno rogol dia, Renjun!"ujar Krystin penuh dingin. Renjun terdiam.

"Tapi mustahil... mereka suami isteri kan?"balas Renjun. Krystin jeling Renjun sebentar. "Suami isteri tak semestinya tak ada istilah rogol... Kau sendiri dengar yang Haechan kesan pergelutan daripada tubuh Ahn... Maksudnya Jeno sentuh Ahn tanpa kerelaan!"jelas Krystin.

"Lagipun, keadaan mental Ahn macam tak berapa bagus. Kau sendiri tengok macam mana Ahn yang kita kenal selama ini cantik boleh jadi tak terurus macam tu!"ujar  Krystin lagi.

Kini, Renjun terdiam. "Tambahan lagi... Ahn mengandung!"ujar Haechan seraya mengusutkan rambutnya tanda tertekan. Krystin dan Renjun tersentak. "Mengandung?!"soal Krystin dan Renjun serentak.

Haechan mengangguk mengiyakan. "Kandungan dia masih baru dan perlukan banyak perhatian... Tapi kalau Ahn terus dekat dengan Jeno... Aku risau yang dia dan anak dia dalam bahaya!"luah Haechan.

"Jadi apa yang kita patut buat?"soal Krystin penuh risau. Kebencian dia terhadap Ahn sebelum ini menghilang secara penuh. Hacehan pandang Krystin. "Aku perlukan bantuan kau, Cik Krystin!"balas Haechan.

To Be Continued.

Any word for Jeno?

Agak-agak apa yang jadi lepas ni?

LET'S GO, LOVE❤️Where stories live. Discover now