43: MAMT

2.9K 137 37
                                    

"Sedapnya bau. Masak apa tu?" tegur Mateen. Dia mengintai Ayda dan Puan Sri Hanim yang sedang menyiapkan sarapan pagi. Selepas seminggu, Anis sudah dibawa pulang ke rumah selepas duduk dua tiga hari di hospital. Selepas seminggu itu juga, dia duduk di rumah mama. Sekarang, sudah masuk minggu kedua dan dia datang duduk di rumah Puan Sri Hanim pula. Kena adilkan.

Rumah orang tua Mateen ni, nampak je macam moden tapi dalam dia. Ya Allah, macam duduk luar negara kau tahu. Puan Sri Hanim dia jenis suka warna putih. Kalau dia nampak benda comel je mesti dia beli. Lain pula dengan Tan Sri Tengku Muiz. Apa yang masih boleh guna, dia guna sampai lah benda tu rosak. Baru dia beli lain.

"Nasi goreng kampung, isteri kamu yang masak tau." puji mummy dekat Ayda. Ayda ketawa. "Mummy ni, dia yang masak kata kita pulak. Kita cuma gaul-gaul je," Puan Sri Hanim berpeluh tubuh.

"Tak payah nak malu Ayda. Betul apa kamu masak. Nanti suruh Mateen rasa, sama tak dengan mummy punya." Ayda sudah anggukkan aje. Puan Sri Hanim pula sudah keluar membawa air ke meja makan. Mateen senyap memerhati gerak-geri isterinya yang sedang ralit kacau nasi goreng dalam kuali.

Dia nampak Ayda banyak kali sangkut rambut depannya ke telinga. Tapi asyik jatuh aje. Dia tak ikat rambut tu yang banyak kali jatuh. Ayda pula dah turun bawah tolong mummy memang malas dah lah nak naik atas.

Mateen mendekati isterinya, dia berdiri betul-betul di belakang Ayda. Ayda terasa macam ada orang nak pegang rambut dia. Senduk di tangan laju saja dihayunkan. Nasib baik Mateen sempat elak muka dia daripada terkena senduk ditangan isterinya.

Berdebar jantung Mateen. Sampai tangan dia naik memegang bahagian jantungnya. Ayda bulatkan matanya dan tangan naik menutup mulut.

"Ya Allah, abang. Terkejut Ayda. Ingatkan tak ada orang tadi. Abang okay ke?" dia tutup api dapur. Diletak senduk di dalam kuali. Kerana ingin memeriksa suaminya yang hampir saja nak terkena senduk dia tadi. Dia nak tergelak tapi ditahan.

"Laa, sayang tak sedar ke tadi abang ada sini?" dia pandang isterinya tak percaya. Tadi bukan ke, dia dah dengar ke suara aku. Ternaik kening sebelahnya. Ayda bercekak pinggang.

"Memang masa bercakap dengan mummy tadi, Ayda tahu abang ada. Lepas mummy pergi keluarkan air tadi ingatkan abang keluar sekali. Nasib tak benjol dahi tu. Kalau tak, jadi pok dogo doh, pft!" Ayda ketawa. Tak boleh bayang muka Mateen yang ada benjol di dahinya.

"Huh, pok dogo? Apa tu?" soal dia. Lagi galak Ayda ketawakan dia. Ya Allah, muka blur suami aku ni tak boleh blah lah. Getus hati Ayda.

"Tak ada apalah, jom pergi makan. Nanti awak nak masuk office pulak kan. Sekarang ni pun dah pukul berapa." ujarnya. Sambil tu, dia ambil bekas dan masukkan nasi goreng kampung tadi. Siap masukkan semua. Baru sahaja Ayda ingin melangkah keluar daripada dapur. Mateen menahan lengan Ayda. Ayda pandang dia.

"Ada apa sayang?" Ayda bingung.

Tanpa berkata apa, Mateen berdiri belakang Ayda. Walaupun hati sudah berbunga tapi tetap ditahan. Tapi bibir sudah tersenyum ceria. Rambut Ayda yang terlepas itu dicekak menjadi ekor kuda sebelum getah rambut yang berada di pergelangan tangannya ditarik untuk mengikat rambut isterinya.

Ayda biarkan je. Memang dari tadi lagi dia serabut dengan rambut panjang dia ni. Harap-harap lah, tak masuk dalam makanan. Siap berdoa dalam hati lagi.

"Dah?" soal Ayda. Sempat lagi, Mateen mencium rambut wangi isterinya. "Dah, jom."

Mereka keluar bersama-sama dari ruangan dapur untuk ke meja makan. Ayda tersenyum manis kepada tokwan, nenek, mummy dan daddy. Keluarga baru dia. Mateen labuhkan duduk di hadapan nenek. Ayda pula tolong cedokkan nasi goreng ke dalam pinggang masing-masing.

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now