11 - Night Talk

15 6 6
                                    

Malam yang biru gelap menemani bintang yang berkilauan, Jungha dan Doyoung duduk di ruang tamu di mana mereka sedang menonton drama 13 reasons why.

Sambil menonton drama, mereka juga menyelimutkan diri dan membuka tin bir untuk melegakan tekak.

Jungha hanya menatap tin birnya yang tidak dibuka lagi kerana tak mampu lihat skrin televisyen.

Keluhan Jungha dilepaskan, dia berdecit kepala mengapa Doyoung memilih drama sebegini untuk ditonton bersama. Lebih baik dia duduk di bilik daripada menonton drama ini.

Tiba-tiba, dia merasakan ada tangan memegang pahanya dalam selimut. Impuls saraf berikan arahan supaya bergerak balas. Terus Jungha menepis tangan itu lalu menjauhkan diri dari Doyoung.

" Kenapa ni ? " Doyoung terkejut dengan tingkah laku Jungha secara tiba-tiba.

" TERKEJUT ORANG DIBUATNYA ! "

" Mian, saya cari remote tadi tapi tak jumpa. "

" REMOTE TU ADA ATAS MEJA. SITU DEPAN AWAK JE, "

Pucat lesi muka Jungha ditutup, nasib baiklah dia tak terkena anxiety lagi. Badannya masih menggigil dan dia cuba minum bir untuk menenangkan diri.

Bibirnya berdarah akibat terlebih menggigil. Tangan kirinya cuba menghentikan pendarahan itu dan Doyoung sedar akan situasinya.

Tangan kiri Doyoung melepaskan tangan Jungha yang berada di bibir tadi. Darah masih lagi tidak berhenti meluncur, tangannya memegang pipi kiri gadis itu.

Dia menatap bibir nipis itu dan bercantum dengan bibirnya. Selang beberapa saat, bibir mereka dipisahkan dan mereka berdua mula rasa jangkal antara satu sama lain.

" Awak nak bir lagi ke ? " Doyoung menutup televisyen dan menghabiskan birnya. Jungha menggeleng.

" Boleh tak kita luangkan masa bersama ? "

" Bukahkah kita memang dah luangkan masa bersama ? " Soalan dijawab soalan.

Mendekatkan jarak mereka, Doyoung memeluk Jungha dengan ketat sekali. Seperti mahu meluahkan masalahnya.

" Sebenarnya, saya teringin nak peluk awak begini. Teringat akan ada noona selamatkan saya dari insiden langgar lari dulu. "

" Awak pernah kemalangan dulu ? Bagaimana dengan keadaan awak ? Awak okay ke ? " Jungha memeriksa keadaan badan Doyoung.

" Saya okay je tapi hilang ingatan tentang kejadian tu. Yang saya ingat, noona tu lari ke arah saya lepas tu BUM ! "
" Saya cuba ingat keadaan tu tapi tak boleh. Nak melawat dia pun tak boleh sebab dia dipindah ke hospital lain. "
" Rasa menyesal saya bahayakan diri sendiri tanpa sedar, saya pun bahayakan diri dia juga. "

Jungha mengusap belakang Doyoung, ingin menenangkannya. " Tak perlu ingatkan kisah silam lama tu, awak dah ada kisah bersama saya. Bergembira dengan saya tau ! "

Doyoung mengucup ciuman ke dahi Jungha. Tak sangka isterinya memberi kata-kata semangat untuk hilangkan rasa bersalah.

" Saya bersyukur dapat isteri seperti awak. Selalu tersenyum dan bergembira. Tapi, saya memang layak ke dapat semua ni ? "

" Ahhh, kenapa kata begitu ? Saya pun bertuah kerana dapat awak yang memang gilakan kerja demi cari makan untu saya, "

Doyoung tergelak kecil, " Noona, janganlah kembangkan hidung saya. "

" Noona ?? Tetiba je awak panggil saya noona ?? " Jungha mencubit pipi Doyoung, pandai betul berjenaka.

" Awak 28 tahun, saya 24  tahun. Kan beza empat tahun, "

" Doyoung 24 tahun ???? Biar betul, saya ingatkan kita sebaya atau awak lebih tua dari saya. " Jungha menutup mulut tanda tidak percaya.

Doyoung mengetatkan pelukan mereka, " Duduk diam-diam, jangan lepaskan saya. "

" Mudanya awak dah pegang syarikat keluarga awak lepastu dah kahwin awal. Terasa tua pula saya, "
" Kita nak berkahwin hampir setahun tapi saya baru tahu yang awak lebih muda dari saya, "

" Dah lah kita bercakap tentang tu, saya rasa mengantuklah. " Doyoung menguap besar dan bersandar kepala atas dada Jungha.

" Lah awalnya nak tidur, baru pukul 10. Betul ke nak tidur dah ni ? " Jungha mengubah posisi dari baring kepada duduk. Sakit punggungnya duduk di sofa yang hanya memuatkan dua orang untuk berbaring.

" Kenapa bangun ? Awak nak pergi mana ? "

" Bukan tidur kat bilik ke ? "

" Tidur sini jelah. Malaslah nak naik atas, "
Doyoung menarik Jungha masuk ke dalam dakapannya kembali dan menyelimutkan mereka berdua.

" Good night, budak kecik ! Tidur lena tau, "
Jungha menyerabaikan rambut sang suami, comel sangat Doyoung bermanja.

Hatinya masih tertanya, sampai bilakah dia akan lihat Doyoung yang bersisi penyayang ini.

Kerana dia sahaja akan melihat sisi lain Doyoung yang berego tinggi.

_____________________________________________________

maafin patik lupa nak mengupdate
btw nak habis dah pun ff ni.

Kalau aku rajin, aku update sampai habis muah

makin pelik storylinesnya

Similarity : Passionate Ego.Where stories live. Discover now