[1] SALAM RINDU

25 2 2
                                    


Hai, hai, hai! Jemputlah baca karya tak seberapa ni. Penat saya menangis masa taip. Sesungguhnya, hati tisu saya ni! Dahlah dengar lagu sendu. Tapi nak taip juga sampai habis. Cerita ni memang sumpah cliché sebab korang boleh expect apa yang akan jadi. Hehe... thank you for supporting me!


Biarkan cahaya bintang menyentuh keningmu,

Menghantarkan doa-doa heningku,

Betapa pada angin pun aku berbisik tentangmu

(From titikdua.net)

.

.

.

"Ian, what are you doing?" Lekha menyoal anak terunanya yang sedang khusyuk mencoretkan sesuatu di atas kertas. Segelas susu di tangannya diletakkan di atas meja kopi itu.

"Ian tengah mewarna ni mama."

Lekha menopang dagu melihat kesungguhan si anak mewarna lukisannya yang terdiri daripada orang lidi. Tiga orang semuanya. Berpegangan tangan. Dia boleh agak itu sebuah keluarga. Seorang anak, ibu dan ayah.

Lekha mengusap-usap kepala anaknya. Dia tahu, Ian rindukan si bapa. Bapa yang tidak pernah menatap wajah si permata hati. Dia juga turut merasakan hal itu. Payah menjadi seorang ibu dan ayah kepada si kecil. Tidak tahu apa yang perlu dia terangkan kepada Ian tentang si ayah. Lekha cuma mampu menunjukkan gambar dan mengatakan ayah Ian jauh. Jauh sangat.

"Mama, tengok ni. Tada! Ini mama, ini papa dan ini Ian."

Penuh semangat dia menerangkan lukisannya itu. Lekha mula rasakan matanya mula bergenang mendengar suara riang si kecil. Nafas ditarik sebelum menghulurkan senyuman kepada si anak.

"Cantik. Pandai Ian lukis."

Dia memuji. Ian tersengih mendengar kata-kata si ibu. Susu yang disediakan oleh ibunya diambil dan dia meneguk minuman itu. Mamanya selalu berpesan untuk minum susu supaya dia jadi kuat macam Boboiboy. Selepas itu, Ian menguap besar.

"Come on, little bear. Time to sleep."

Lekha menggamit anaknya ke bilik tidur. Dia memimpin Ian ke biliknya yang dihiasi watak Boboiboy. Fanatik benar anaknya dengan kartun itu. Ian mula membaca doa tidur dan Lekha menepuk-nepuk anaknya untuk lelap.

"Mama, I love you." Ian berkata sebelum menutup mata.

"I love you too." Lekha mencium ubun-ubun anaknya sebelum menutup lampu dan pintu.

Lekha memasuki kamarnya. Bingkai gambar di tepi katilnya dicapai. Terpampang wajah seorang lelaki dan wanita muda yang tersenyum lebar. Sesiapa yang memandang pasti percaya bahawa mereka ialah pasangan bahagia. Tapi hanya dia yang tahu kepahitan di sebalik potret itu.

Abang, Lekha rindu. Mutiara jernih Lekha berguguran. Sungguh dia rindukan lelaki itu. Tetapi, masih adakah ruang untuknya di hati lelaki itu? Gambar itu dipeluk rapat ke dada. Malam itu, Lekha tidur bersama linangan air mata dan kerinduan yang tak bertepi buat Megat Aamir Yusuf.

.

.

.

"Mama, mama." Ian menarik-narik hujung baju ibunya yang sedang memilih beberapa buku cerita untuknya. Lekha bertinggung supaya wajahnya separas dengan si anak. Mudah dia mendengar apa yang diinginkan oleh Ian.

"Iya. Ian nak apa?" Lekha menyoal.

"Boleh tak Ian nak beli toys? Pleaseee, mama."

Ian berusaha menayang wajah comelnya yang seiras dengan si bapa. Lekha meletakkan jarinya di dagu bagaikan berfikir. Dia sengaja berpura-pura walhal hatinya sudah mencair mendengar suara anaknya yang comel itu.

HEMBUSAN SILIR CINTAWhere stories live. Discover now