Hai, hai, hai! Bersambung lagi ye gaisss. Jemput baca kalau nak tahu pengakhirannya.
.
.
.
Sebulan kemudian...
Najla berjalan ke pantai. Kelihatan beberapa orang pengunjung dan beberapa gerai yang dibuka walaupun pada waktu malam. Tidak penah-pernah dia ke pantai tersebut pada waktu-waktu sebegini. Okay, mungkin pernah ketika bersama Mikael. Tapi, kali ini dia datang memenuhi permintaan Harris yang sampai di Melaka petang tadi.
Mencari kelibat lelaki itu, akhirnya Najla nampak Harris berdiri di bawah sebatang pokok dengan sebuah gitar di tangannya. Gitar? Harris tak cakap pula dia pandai main gitar. Tapi, apa motif bawa gitar sekarang ni? Pelik-pelik jelah Harris ni. Harris pula menyambutnya dengan senyuman lebar.
"Okay, malam ni, saya nak nyanyi untuk awak."
Harris memberitahu perancangannya setelah Najla duduk di akar pokok tersebut. Harris mula memetik gitar dan beberapa orang pengunjung melihat gelagat Harris dengan senyuman tertampal di muka. Najla pula yang rasa malu.
Sedang kumenatapi
Mata ayumu menangis sedih
Jauh kumerasai
Keperihanmu yang tak lagi
Sanggup kau tempuhiKu janjikan keikhlasan
Tanpa ada keraguanAku sedar
Ku bukan yang kau cinta
Tapi jika
Ku ada peluangAkan ku coba
Pertaruhkan jiwa raga
Semampunya
Untuk dirimu selamanyaIzinkan ku ubati hatimu
Yang sakit tak dihargainya
Janjimu itu akan kugenggam
Tak kan pernah terpadam
Kerna cinta ini untukmuAku sedar
Ku bukan yang kau suka
Tapi jika
Kau beri ku ruangAkan ku lafaz
Apa sebenarnya cinta
Yang terpendam
Sekian lamaAku sedar
Ku bukan yang kau cinta
Tapi jika
Ku ada peluangAkan ku coba
Pertaruhkan jiwa raga
Semampunya
Untuk dirimu
SelamanyaRasa nak tercekik Najla mendengar bait-bait lirik yang dilagukan. Semuanya dituju kepadanya. Kena batang hidungnya. Adakah Harris benar-benar memaksudkan sesuatu di sebalik lirik lagu itu? Telahannya Najla itu terjawab kerana Harris menghulurkan sekotak baldu berwarna merah kepadanya selepas itu.
"Najla Kaisah Binti Arshad, sudi tak awak terima saya untuk rawat hati awak?" Harris menyoal dengan penuh harapan.
Najla pula msih belum pulih daripada rasa terkejut. Ramai orang sedang memandang aksi mereka. Dia benci dalam dilemma begini. Dia sayang Harris tapi Mikael masih belum mampu dilupakan. Bukankah itu tidak adil bagi Harris jika dia menerima? Tapi, mata-mata yang melihat pastinya akan memalukan Harris jika dia menolak lamaran tersebut.
"Saya sudi."
.
.
.
Hampir sebulan mereka sudah bertukar status. Najla kini menyandang status isteri kepada Harris. Harris sangat baik kepadanya. Serba-salah Najla dengan kebaikan lelaki itu. Tidak pernah lagi dia melafazkan kata-kata cinta kepada sang suami. Hanya Harris sahaja yang selalu mencurahkan kasih sayangnya secara terang-terangan.
Dia tak tahu bagaimana mahu meluahkan. Kenangan bersama Mikael masih lagi bermain-main di memorinya. Bukannya dia tak mahu melepaskan, tapi, dia sendiri tak mahu menguburkan cinta pertamanya. Najla mengeluh. Sebuah buku nota daripada laci diambil. Buku itu pemberian terakhir Mikael kepadanya. Ada beberapa kata-kata yang tercoret di buku itu kepadanya.
YOU ARE READING
HEMBUSAN SILIR CINTA
RomanceKoleksi cerita-cerita pendek yang boleh dibaca dalam satu hari sahaja. Satu cerita satu bahagian, insha'Allah. Jadi, rajinkan diri anda untuk baca, komen dan vote kalau anda suka.