Bab 39

195 20 2
                                    

Malam itu, Ashraf mengenakan kasut hitam kerjanya yang berkilat. Penerbangan yang pertama setelah dua minggu bercuti. Kelihatan wajahnya masih lagi sunburn teruk dan warna kulitnya keperangan.

Setelah memakai kasut, Ashraf menarik beg bagasi masuk ke dalam kereta. Di telinganya terselit gajet Bluetooth yang sedang digunakan. Dia dan Danny sedang bersembang di telefon dan hari ini Ashraf memandu sendirian ke Changi Airport.

"Aku memang setuju sangat dengan budak-budak surfers tu, bro. Kalau kau betul-betul cintakan Lara, kau fight aje!" Kedengaran suara Danny di hujung talian. Ashraf menghenyakkan punggung ke tempat duduk pemandu lantas menghidupkan enjin kereta.

"Itulah... Kalau turutkan hati, memang aku nak fight."

"Hah! Habis tu, tunggu apa lagi? Fight je lah!"

"Cuma... Aku tak biasalah nak berebut-rebut perempuan ni, bro. Lagipun aku tengok dia sayang gila dekat boyfriend dia tu! Kalau tak, mesti dia dah tinggalkan CEO tu masa aku proposed dia.”

Kedengaran Danny tertawa. “Itulah silap kau. Memanglah dia takkan tinggalkan boyfriend dia on the dot! Kau tu yang give up awal sangat. Sepatutnya kau terus jalankan jarum kau, tinggal sikit jer lagi minah tu nak jatuh ke tangan kau! Kau je tak sedar!” Sambung Danny.

“Hah...? Kenapa pulak kau cakap macam tu?” Kening lebat Ashraf mencerun sambil dia mengemudi stereng kereta.

“Bro, you see. Macam mana ayat yang dia cakap dekat kau masa petang tu? Dia kata, tipulah kalau dia takde perasaan pada kau, kan? Hah, kau tengok! Sebenarnya dia dah jatuh hati dekat kau! Kau tu je yang melatah cepat sangat! Ego lu tu bro, buat lu terburu-buru, tau tak?”

“Bukan egolah, aku rasa tertipu je time tu! Dekat setahun– ”

“Listen, listen! Aku rasa dia bukan nak tipu kau. Dia cuma keliru je.” Potong Danny.

Ashraf seolah-olah terpaku. Jauh dalam hati, dia bersetuju dengan perkataan 'keliru' tersebut. Masih terbayang lagi bagaimana Lara tertunduk pilu dan kesal. Ashraf nampak dengan jelas kekeliruan pada wajah Lara tetapi waktu itu dia tidak dapat menafsir dengan jelas dek kerana rasa kecewa di hati. Ashraf tarik nafas panjang.

“Bro, kalau dia nak tipu kau, dia boleh je terima kau. Engkau dekat sini, dia dekat sana. Kalau selama ni kau tak dapat kesan yang dia tu girlfriend orang, dia boleh pasang dua, bro. Dan kau pun takkan dapat find out punya!” Kata-kata Danny itu terasa seperti halilintar menyambar ke telinga Ashraf. Mind-blowing!

“Erm... Betul jugak. So, maknanya... Aku kena start text dia baliklah, kan?” Tanya Ashraf. 

“Tak kisahlah kau nak text dia ke, nak call ke... Kalau kau betul-betul sayang, go on je! Peduli apa dengan girlfriend orang. Baru girlfriend, bukannya bini orang! Tunang pun belum, bro! Lawanlah!” Danny melontarkan suaranya yang berapi-api membuatkan Ashraf tertawa dan menggelengkan kepala. 

“Aku tak tahulah macam mana nak compete dengan CEO 'mangkuk' tu...”

“Alahai, apa kurangnya lu?! Lu pilot-lah, cilanat!”

“Aku ni pilot je, Dan! I fly CEOs to their destination like I’m their driver! Macam sial, kan?! Kalau ikutkan hati, flight malam ni aku nak filter je semua pax! Siapa CEO, aku offload! Pergi naik flight lain, aku menyampah!”

“Kah kah kah!!” Gelak Danny bergema di corong Bluetooth menyebabkan Ashraf juga ikut tertawa sama...


Changi Airport
Airlines Office

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now