"Weh, kau bawa kereta eh, aku malas." Kata Nisya kepada Zaty.
"Kau ni kan, cakap je ketua. BM pun fail. Kau ingat aku larat ke nak bawa kereta berat camtu. Aku pandu kereta, bukan bawa." Kata Zaty membalas. Kadang² dia juga pelik, dia sudah membetulkan apa yang salah tetapi tetap dimarahi oleh kawan² nya.
"I don't care..." Kata Nisya terus masuk ke sit belakang.
"Woi Han, kau buat apa?" Tanya Qila apabila mendapati kawannya seorang itu sudah masuk di sit belakang.
"Dam, kau duk depan sana. Aku nak baring sini. Qil, cepatlah masuk." Arah Nisya yang macam orang hendak mati. Qila hanya mengeluh. Sudah tentu dia akan dijadikan bantal untuk ketua nya yang sorang itu.
(Disini saya ingin ingatkan bahawa disekolah mereka dipanggil dengan nama Nisya, Zaty, Mia dan Qila. Tetapi apabila mereka di rumah atau bersama yang penting bukan di sekolah, mereka akan dipanggil Han/Hani yang paling normal, Dami/Dam, Izzat/Izz dan Aqil/Qil. Seems like nama lelaki kan. Author pun tak tahu kenapa author letak camtu.)
Mereka sampai di apartment mewah yang diberikan oleh bapa mereka. Mereka duduk sebumbung. Tapi rumah mak bapak taja. Best nya hidup orang kaya kan. Hmm...
"Wuahh... My bed, I'm coming!” jerit Nisya, Mia dan Qila. Mereka masuk kebilik dan terus baring diatas katil itu. Dengan tudung nya senget benget tak cabut lagi. Stokin pun sama. Beg sekolah sudah dicampak sahaja di meja belajar. Haishh, sungguh bukan macam anak dara. Hidup tunggang langgang.
"Woi!!! Mandi dulu, pastu solat. Lepastu buat homework. Baru tidur!" Ha, tu. Singa jadian dah keluar. Tachod aiye. Tapi bagi DR itu adalah perkara biasa. Sudah dekat 5 tahun mereka mendengar ayat yang sama.
"Kita mana ada homework!!!” balas Mia yang berada di biliknya. Betul apa yang Mia cakap itu. Hari itu hari pertama sekolah. Dan biasanya mereka tidak mempunyai kerja rumah yang perlu disiapkan.
"Yelah, kalau tiada buat lah yang aku suruh tu!!" Balas Zaty yang ingin masuk ke biliknya.
Selepas satu jam masing² mengemaskan diri. Mereka keluar ke ruang tamu. Mia sedang menonton anime nya di kaca telefon. Qila pula tidur dibiliknya.
Nisya pergi kedapur. Dia melihat Zaty seperti sibuk membuat sesuatu.
"Kau nak buat ape Zat?" Tanya Nisya yang hairan melihat tindak tanduk sahabatnya yang sorang itu.
"Aku ingat nak masak. Tapi tak tahu nak masak apa." Balas Zaty.
"Tak payah masak lah. Kita pergi cafe jom." Ajak Nisya.
"Kita berdua ke semua. Sebab Aqila tu tidur." Zaty sudah duduk di meja makan lalu termenung.
"Kita dua je. Yang lagi dua ekor tu biar jaga rumah." Cadang Nisya.
"Boleh lah, aku pun macam malas jugak ni sebenarnya." Ucap Zaty. Dia pergi ke biliknya untuk mengambil tudung.
Nisya duduk diruang tamu. Dia sudah siap² daripada tadi. Tu yang relaks je.
"Dam, kitorang nak pergi cafe. Kau jaga rumah eh." Ujar Nisya sambil mengambil kunci kereta.
"Okay." Balas Mia sepatah.
Nisya dan Zaty bergegas pergi ke cafe. Mereka sudah lapar kerana sudah masuk pukul 3. Last diorang makan pun rehat kat sekolah tadi.
Sampai sahaja di cafe.
"Lyn, spaghetti carbonara dua, satu bungkus lagi satu hidang. And..." Kata Nisya kepada pekerja di cafe itu lalu menoleh ke arah zaty.
"Bagi nasi ayam hainan dengan spaghetti Bolognese. Spaghetti bungkus, yang nasi hidang." Sambung Zaty.

ANDA SEDANG MEMBACA
Diamond Rosie (Slow Update)
JugendliteraturDIAMOND ROSIE..... Siapa je yang tak kenal diorang ni... Yang tak kenal, meh sini author ceritakan ea... 4 orang gadis yang bersekolah di sekolah private iaitu velvet crystal highschool (hanya rekaan semata-mata). Nak dijadikan cerita, kat dunia ore...