Sejeong berlari dalam debu putih mencari jalan keluar. Dia tak pasti dia berada di mana, yang penting dia perlu lepaskan diri dari tempat ini.
Punyalah berlari sambil melihat belakang jika ada orang ekorinya, tiba-tiba dia melanggar sesuatu benda yang agak keras sehinggakan kepalanya benjol.
Dia mendongak melihat lembaga hitam berdiri tegak dihadapannya. Langkahnya terus diundur apabila lembaga itu berjalan ke arahnya.
" Jungwoo.. Jungwoo.. Bukan aku yang bunuh kau haritu... "
Imbas kembali kejadian 24 tahun lalu, Sejeong datang melawat Jungwoo yang hanya mempunyai 50/50 peratus untuk sedar semula. Gadis itu mencabut tiub pernafasan dipakai oleh Jungwoo dan mula berkelakuan gila selepas kejadian itu. Sebab tula dia dimasukkan ke hospital sakit jiwa sehinggalah sekarang, dia masih lagi duduk di sana.
" Aku tak kisah pasal tu, "
" Yang aku kisahkan, berani kau gunakan anak kau untuk balas dendam kat anak aku ! " Jungwoo menarik kolar baju Sejeong, matanya penuh dengan api membara.
" Betul ! Aku tak dapat hidup bersama kau, jadi aku nak anak kita berdua bersama demi menyambungkan keturunan aku dengan kau ! "
Jungwoo menahan sabar, dia bercekak pinggang menahan amarahnya. Kesabarannya mencapai had.
" Disebabkan Doyoung tunjuk sisi mak dia, Jungha menderita. Jungha tak bersalah pun tapi kenapa kau nak seksa dia ? "
" Aku tetap dengan pendirian aku. Walaupun aku tak dapat seksa kau, aku akan seksa keturunan kau. Ingat tu, " jawab Sejeong lalu ditampar oleh Jungwoo.
Dasar perempuan tak tahu malu.
" Kau ni.. dah gila pun masih nak terfikir dendam kau tu. Aku akan pastikan Doyoung menyesal apa yang dia buat lepas seksa Jungha begitu, "
,,,
Doyoung membuka matanya dan melihat Jungha baring berpelukan rapat dengannya. Peluh di dahi Jungha diusap lembut.
Kenapa Doyoung kena seksa dia sedangkan tugas Doyoung kena lindungi dia ?
Persoalan itu membuatkan dia tertanya sehingga sekarang. Apa yang membuatkan maknya begitu benci sekali dengan Jungha sehinggakan menyuruhnya berkahwin dengan gadis itu dan balas dendam ?
Dia masih lagi mencari jawapan melalui Jungha. Mungkin dia akan tahu apabila dia mengetahui serba sedikit tentang sang isteri.
Jungha menggerakkan badannya tanda sudah terjaga. Doyoung membelai rambut isterinya yang masih lagi dalam keadaan separuh sedar. Rasa bersalah pula mengejutnya yang lena tidur tadi.
" Good morning ! Selamat membesar, Kim Doyoung. "
" Ha, macam mana awak tahu harini hari jadi saya ? Hari ni tarikh berapa ? "
Melihat skrin telefon, tarikh menunjukkan tanggal 1 Februari. Doyoung menutup mulut Jungha menguap besar seperti bayi, masih lagi fikirkan apa yang dia ingin buat harini.
" Harini kita sambung tidurlah, jom tidur balik. "
" Tak nak ! Harini hari jadi awak, hari jadi saya juga ! " Jungha merengek. Ada pula harini hari paling spesial dia suruh tidur je, takde hari lain nak tidur agaknya.
" Ahh, mianhei. Harini pun hari jadi awak, saya terlupa. "
" Harini kita patut buat apa ? " Doyoung mengelus rambut Jungha ke tepi telinga.
" Buat kek ? Buat cupcake ? Ahh tak tahulah, "
" Kenapa tak tahu pula ? Harini kan hari awak. Cepat cakap awak nak buat apa, kita buat bersama-sama. "
" Hmm, saya masih fikirkan something. "
" Fikirkan apa ? "
Suasana terdiam seketika. Jungha menggigit bibir bawahnya dan Doyoung pula hanya memandangnya.
" Tiada apa lah. Saya dah lupa nak kata apa tadi, " jawab Jungha lalu memandang arah lain.
Rasa kekok pula bila Doyoung menatapnya dengan serius. Jungha menutup kepalanya dengan selimut, pipinya mula merah.
" Leher awak sakit lagi ke ? "
" Takdelah, dah okay sikit. "
" Tapi ade lebam, terjatuh dari katil ke ? " Doyoung tersengeh.
Jungha mengetuk kepala suaminya. Amboi, dah pandai gurau kasar. Be quiet, dont cry.
Kedengaran kunci pintu rumah terbuka dan mereka berdua terdiam lalu berlakon berpura-pura tidur. Mesti eomma datang ni, nanti mulalah dia membebel macam-macam.
" Doyoung-ah ! Jungha-ah ! Ade kek dan cupcake untuk korang ! " Puan Kim meletakkan makanan itu di atas meja dan matanya mengerling kepada Doyoung yang menggosok matanya.
Kakinya terpijak baju singlet Doyoung yang terdampar di lantai lalu berjalan ke arah sofa. Memukul mereka berdua yang berbaring di atas sofa, boleh pula baju tak masuk dalam bakul.
" Dua kali lima je kamu berdua ni, byuntae betul ! "
" Apa yang byuntae nya mak ku, kitorang dah kahwinlah. "
Jungha tergelak kecil apabila mak mentuanya memarahi mereka dan memukulnya. Teringat kembali kepada eommanya. Untung Doyoung dapat mak yang jenis kepoh macam mak ayam.
" Orang boleh nampak apa korang buat ni, "
Doyoung memuncungkan mulutnya. Merajuk dengan mak sendiri, mengada.
" Happy birthday, sayangku berdua. Jangan gaduh-gaduh tau, buatlah apa korang nak buat nanti. " Puan Kim mencium dahi anak lelakinya dan ingin memeluk Jungha tetapi Doyoung tidak mengizinkan.
" Siapa kata eomma boleh peluk Jungha ? Jungha saya punya ! "
" Dasar anak derhaka, tepi sikit. " Puan Kim menjentik dahi Doyoung, dia tahu akan kelemahan Doyoung sejak kecil lagi. Dia memeluk Jungha dengan erat.
" Bila eomma boleh main dengan cucu nanti ? "
" Ha ? "

YOU ARE READING
Similarity : Passionate Ego.
Fanfictioncompleted, kim doyoung nct fanfiction [ book 2 of similarity ] SHORT STORY VER. | EBOOK SOON continuation of the story of the moon with egoistic aquarius marriage with conflict, angst au. [ cloudnight98 artworks || 2021 ]