47: MAMT

2.4K 147 71
                                    

Zayyan menyuruh gadis itu memulakan cerita bagaimana mulanya dia dan Mateen berkenalan sehingga mempunyai anak. Tanpa menunggu yang lain membuka mulut. Dia terus buka cerita.

Neeta menghiraukan muka Ayda yang sudah basah lencun dengan air mata. Mateen sudah naik turun dadanya.

Setiap kali Mateen ingin mencelah ada saja Zayyan ingin memutar belitkan soalannya.
Sungguh mencabar tahap emosinya.

Puan Sri Hanim sudah berada dalam pelukan Engku Aisyah. Dia tidak percaya akan omongan gadis itu. Gadis yang tiba-tiba mengaku menjadi isteri anaknya. Ini semua dugaan bagi pasangan itu. Dia tak kuat memandang menantunya yang sudah lemah itu.

Makin lama makin terasa lututnya lemah. Longlai. Kerana terlalu lama berdiri. Tidak sempat Hawa dan Zahra memegang kemas lengannya, Ayda sudah terjelopok jatuh ke tanah.

Menjerit semua orang di belakang. Terhenti Neeta sekejap ceritanya. Mateen toleh ke belakang apabila bunyi jeritan mummy dan mama. Bulat matanya. Terus dia meluru ke arah Ayda. Dia memeluk bahu isterinya.

"Sayang... Sayang kita masuk dalam ya?" Mateen memujuk Ayda. Sakit hatinya memandang keadaan Ayda sekarang. Dia tak sanggup tengok Ayda sedih. Ini dugaan pertama kali yang dia kena. Ya Allah...

Satu tangan Ayda naik menyentuh pipi Mateen. Sejuk tangannya. Dia tatap dalam wajah Ayda Mikayla. Lama wajah itu direnung. Neeta berdecit dengan adegan pasangan itu. Air mata Ayda mula bergenang ditubir matanya. Dia menundukkan wajahnya. Setitis air matanya jatuh tapi ada tangan yang menadahnya.

Tidak berapa lama, Mateen mengangkat wajah Ayda dengan jarinya. Diusap lembut air mata Ayda yang mengalir itu. Mateen gelengkan kepalanya perlahan.

"Abang..."

"Ya sayang?" soal Mateen perlahan. Ditatap mata isterinya dalam-dalam.

"Ayda... Percayakan abang. Ayda tahu abang bukan macam tu... Ayda sayangkan abang." kata-kata Ayda menguatkan lagi rasa di dalam dirinya. Nyata kali ini, Mateen tewas dengan cinta yang tulus dari hati isterinya. Terus dia mendakap tubuh isterinya. Air mata lelakinya tumpah pada pangkuan isterinya.

Mummy dan mama turut mengalirkan air mata. Ya Allah, kuat sungguh cinta antara mereka. Semoga Kau sentiasa memberkati pasangan ini.

Ayda menepuk perlahan bahu Mateen. Menenangkan dirinya. Mateen perlukan kepercayaan dia sekarang ini. Jika dia tidak percayakan suaminya sendiri. Buat apa dia belajar tinggi-tinggi kalau ujian kecil ini pun dia tidak dapat menerimanya. Kerana hal paling penting untuk membangun sebuah hubungan adalah rasa saling percaya satu sama lain. Itu yang dia pegang.

Sakit mata Zayyan memandang dua pasangan itu. Membara hatinya. Dia bagi isyarat dekat Neeta supaya mencelah. Kerana semua sudah fokus pada Mateen dan Ayda.

Neeta tarik nafas, "Tapi tak tahu pula saya, awak balik sini sebab kahwin dengan perempuan lain. Sampai hati awak kan." ujar Neeta berani. Terus yang lain pandang ke arahnya. Tajam. Mateen lepaskan pelukan. Dia memeluk bahu isterinya. Ayda kemam bibirnya yang kering. Mateen duduk dengan satu lutut terkena tanah.

"Kau belum puas lagi ke nak hancurkan hubungan aku dengan isteri Aku? Hey! Aku langsung tak kenal kau. Dalam seumur hidup aku, perempuan pertama yang ada dalam hidup aku adalah mummy aku. Perempuan kedua yang masuk ke dalam hidup aku adalah isteri aku, Tengku Ayda Mikayla. Aku langsung tak pernah jumpa gadis yang bernama, apa? Sorry, aku lupa nama kau." dia tak nak tinggikan suara. Kerana Ayda berada di sebelahnya. Tajam matanya memandang gadis yang tak tahu malu itu.

"Awak tak payah tipu! Sampai hati awak kan... Awak kahwin dengan dia tanpa memberitahu saya langsung! Awak biarkan saya terkapai-kapai seorang diri jaga anak awak. Lepas tu, awak lupa pula saya. Awa-"

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now