❧ Review by nroseaisyh
❧ Penulis arniey11
Kelebihan :
Idea yang saya tak boleh nak nafikan bahawa ianya memang sangat hebat dan luar kotak. Buku cerita keempat yang buat saya ternganga dengan jalan cerita yang sangat-sangat menarik perhatian selama 6 tahun saya berkecimpung dalam dunia oren ini. Sangat sukar untuk menemui cerita yang sebegini hebat, cantik, luar biasa dan menarik perhatian, sebab ianya tenggelam di sebalik buku-buku lain yang saya boleh katakan yang lebih 80% ialah buku klise dan mengitar semula akar cerita. Tapi, buku ini tidak. Sememangnya berbeza dan perbezaannya itu sangat menarik perhatian serta masih boleh diterima akal.
Pengolahan yang ringkas namun padat. Plot aksi dalam cerita ini juga tidak meleret dan sangat mudah untuk difahami. Ianya dapat dibayangkan dengan begitu baik dan untuk kali yang kedua, saya tak dapat sangkal yang saya tenggelam dalam cerita ini. Pengolahannya yang sangat hebat memang mendorong saya untuk dapat feel yang betul bagi buku ini.
Penghayatannya dapat saya rasakan dengan begitu baik sekali dan juga terasa seperti saya berada di dunia tersebut. Sangat-sangat sukar untuk menemui buku yang terselit plot aksi, namun plot tersebut dapat diolah dengan baik sehingga terbayang dengan jelas aksi tersebut, seperti buku ini.
Watak-watak dihidupkan dan dikembangkan dengan cantik sekali. Bagaimana hubungan antara watak utama dan watak sampingan itu terasa benar-benar asli dan tidak dibuat-buat. Contohnya seperti hubungan antara Irene dengan keluarga bapanya, Duke Kylo. Kebencian dan ketegangan hubungan antara mereka dapat dirasai dengan begitu baik sekali. Memang dapat lihat dengan jelas yang mereka saling membenci, wujud rasa marah dalam hati masing-masing dan sikap Irene yang seakan-akan sudah muak dan lali dengan semua itu semakin membuatkan cerita ini kelihatan asli.
Kelemahan :
Saya sedikit keliru dengan jalan penceritaan yang terkadang menggunakan POV 1, iaitu dari sudut pandangan Irene dan terkadang berpindah ke POV 3, sudut pandangan 'mereka'. Walaupun ianya mungkin untuk menjelaskan lagi plot cerita dan menambahkan lagi aura saspen kepada pembaca, namun bagi saya ianya boleh mengelirukan arah tujuan cerita ini. "Eh, kejap 'aku'. Sekarang 'mereka' pula. Mana satu ni?" Ini monolog saya semasa membaca buku tersebut.
Tetapkan pada satu saja POV dari permulaan cerita sehingga akhir, supaya pembaca tidak pening dengan jalan cerita. Jika sudah dimulakan dengan POV 1, maka teruskan sehingga walaupun scene POV 3 itu penting. Tak dinafikan ada beberapa buku yang buat perkara yang sama, iaitu campur adukkan sudut pandangan cerita. Namun, saya rasa ianya mungkin mengurangkan rasa teruja pembaca. Biarkan pembaca tertanya-tanya dengan lebih mendalam lagi dan dengan cara ini, jika ada apa-apa kejutan, pembaca juga akan turut terkesan seakan-akan merekalah watak utama itu.
Kesimpulan :
Cerita yang memang layak mendapatkan perhatian and also a very big applause kerana berjaya menghasilkan sebuah karya yang luar biasa begini, namun kelicinan plot terganggu halus dengan kekeliruan sudut pandangan cerita.
Dan ini daripada pendapat hati saya sendiri. Saya tak tahu berapa banyak kali saya ulang 'dengan begitu baik' dan 'dengan hebat' untuk review ini, tapi cerita ini sememangnya layak untuk dipuji dan dikenali ramai. Tahniah sebab berjaya buat saya yang tak suka membaca buku fiksyen ini tergamam dengan buku author dan ternanti-nanti bab seterusnya.
You did a very great job, author.