❧ Review by nroseaisyh
❧ Penulis ftnfzyyy
Kelebihan :
Prolog yang sangat menarik. Permulaan cerita dimulakan dengan satu persoalan yang betul-betul membuatkan saya rasa tertanya-tanya apa yang akan terjadi selepas itu. I can't help myself from sliding the next chapter. For real. Meletakkan persoalan dalam kepala pembaca pada bahagian prolog memang tindakan yang sangat-sangat bijak untuk menarik perhatian mereka supaya teruskan membaca.
Pengolahan cerita juga baik. Ianya memang betul-betul membantu pembaca untuk lebih mendalami cerita dengan pengolahan keadaan sekeliling dengan baik dan agak sempurna. Dari segi pengolahan pemakaian Adi Ashraf pada bab 1, jujur saya katakan yang fikiran saya memang dapat membayangkan segala-galanya dengan begitu baik. Jelas dan sudah semestinya memikat hati pembaca kerana secara tidak langsung, aura seorang Adi Ashraf terserlah dengan sangat kuat. Kalau nak diberikan rating, saya akan berikan 4.8/5 untuk pengolahan cerita ini.
Terselit unsur saspen dan terkejut yang begitu memikat hati saya. Jujur saya katakan, saya ini jenis yang susah nak terkejut atau impress dengan karya fiksyen, tapi nukilan ini berjaya buat saya "Ha? Kau biar betul?". Ya, saya terkejut. Pada bab 1 lagi saya dah terkejut apabila Adriana Atilia begitu berani suarakan apa yang bermain dalam fikirannya kepada Adi Ashraf. Very unpredictable, dan ianya memang betul-betul tarik perhatian saya untuk teruskan membaca walaupun saya bukanlah seorang yang gemar dengan cerita romance begini.
Ada lagi satu yang saya nak sampaikan dan ini memang betul-betul buat saya rasa tak menyesal sebab review buku ini. The bond between hero and heroin. Sangat sangat sangat sangat menghidupkan cerita. Dengan sikap Ariana Atilia yang kasar tapi tak adalah kasar sangat tapi erm boleh tahan jugalah sebenarnya tu memang sangat-sangat sesuai bergandingan dengan sikap Adi Ashraf yang dingin tapi kadang-kadang menyakitkan hati. Seriously, the bond between both of them are no joke. Saya memang sangat-sangat suka cara penulis bawa watak mereka sepanjang penceritaan.
Dan sesungguhnya, saya tak dapat nafikan yang karya ini buat saya menyerah kalah dengan tekad sendiri. Saya pernah berazam dengan diri saya untuk jauhkan diri daripada romance genre sebab kebanyakan genre romance buat saya tergelak dengan akar ceritanya serupa dan hanya berbeza pada daun serta buahnya saja, tapi saya langgar tekad saya kerana cerita ini. Cara yang digunakan memang sangat menarik perhatian, walaupun jalan ceritanya klise.
Kepada penulis, bergembiralah kerana berjaya buat saya yang tak suka dengan genre romance cliche ini berasa sangat-sangat teruja, impressed dengan karya awak. This is real. Saya tak bergurau.
Kelemahan :
Sebagai pembaca, saya berasa sedikit keliru dengan bahagian flashback Adi Ashraf dan Mawar Adriana pada bab 3. Bagi saya, bahagian tersebut seharusnya di'italic'kan supaya menjadi tanda yang sebenarnya itu ialah momen yang sudah lepas. Jika dibiarkan begitu sahaja, ianya agak mengganggu mood pembaca dan keliru sama ada ianya sedang berlaku atau tidak.
Pada Bab 4, saya rasa pada bahagian '2 minggu berlalu' itu perlu diselitkan dalam cerita. Apa yang berlaku selama dua minggu tu? Macam mana dia uruskan dirinya selepas dihantui memori lama itu? Sedikit-sebanyak, jalan cerita yang agak cepat sebegini akan menjejaskan perkembangan cerita. Ada banyak perkara yang boleh diselitkan untuk mengembangkan watak dan jalan cerita, namun penulis memilih untuk mempercepatkan masa dan terus masuk ke pangkal cerita. Ianya juga menjadikan buku tersebut kurang menarik kerana kekurangan minor event yang boleh digunakan untuk mengembangkan watak dan jalan cerita.
Pada Bab 4 juga, pada perenggan 'Sempat lagi Adi Ashraf...' itu bagi saya mengganggu emosi pembaca untuk terus fokus dengan jalan cerita. Ya, ianya meningkatkan aura ceria dan humor cerita itu, tapi fokus pembaca mungkin akan lari daripada cerita kerana pada bahagian itu penulis bukan bercerita kepada pembaca, sebaliknya penulis berbual dan bergurau dengan pembaca. Bagi saya, ianya mengganggu kelicinan jalan cerita.
Dialog juga ada sebahagian kecilnya yang kedengaran baku, dan sekali lagi ianya boleh mengurangkan emosi dan penghayatan pembaca terhadap penulisan. Dialog yang lebih santai seperti mana kita berbicara dengan orang lain dalam hidup kita itu lebih baik untuk berikan pembaca suatu feel seakan-akan mereka berada di dalam dunia sebenar.
Selain itu, ada juga bahagian yang terlalu ringkas penceritaannya walaupun menggunakan gaya bahasa yang cantik. Contohnya pada Bab 6, sewaktu Puan Ratna menasihati Adi Ashraf. Bahagian tersebut sepatutnya boleh dikembangkan lagi bagi menaikkan aura cerita dan juga penghayatannya. Pengembangan cerita sangat penting bagi menarik pembaca agar tenggelam dalam dunia penulisan kita.
Kesimpulan :
Cerita yang mempunyai jalan cerita yang tidak berbelit dan pengolahan yang baik serta menarik, cuma masih terselit beberapa kesilapan kecil yang boleh diperbaiki bagi melicinkan lagi jalan cerita.