WAYS TO HUNT

53 7 9
                                    

❧ Review by nroseaisyh

❧ Penulis charhazi_

Kelebihan :

Prolog yang memang menarik perhatian. Terus masuk ke bahagian yang sangat-sangat luar kotak dan tak terfikir dek akal, membuatkan saya rasa tertanya-tanya cerita ini menceritakan tentang apa? Sebab latar tempatnya wujud, iaitu di Terengganu tapi masuk prologue tiba-tiba seperti di dunia fantasi. Permulaan cerita begini memang berpotensi membuatkan pembaca kekal dengan cerita ini untuk tahu apa yang akan berlaku seterusnya.

Ideanya juga fresh. Tak ciplak mana-mana idea lain dan terserlah kreativiti penulisnya yang bijak memikirkan jalan cerita yang luar dari kebiasaan novel melayu. Dalam erti kata lain, novel ni tak klise dan saya memang cepat tertarik dengan buku yang ada jalan cerita lain daripada yang lain. Sukar untuk memerah otak bagi mendapatkan jalan cerita yang mantap sebegini, namun penulis dapat merealisasikan keistimewaan ceritanya dengan begitu cantik sekali.

Kelemahan :

Pada permulaan dan pengakhiran setiap bab, penulis akan menyelitkan satu gambar ucapan dan juga satu sesi perbualan antara watak-watak cerita. Saya hormati pilihan penulis yang mungkin ingin menaikkan suasana yang bright in that story, tapi bagi saya, ianya agak mengganggu konsentrasi pembaca dan menghilangkan rasa teruja pembaca dengan jalan cerita sebenar. Saya tak arahkan dua perkara ini dibuang, tapi saya cuma rasa ianya lebih baik dialihkan bagi membantu pembaca fokus dengan jalan cerita. Kalau ingin selitkan juga, tak perlu sehingga pada semua bab.

Kemudian, dialog yang sangat-sangat baku. Dialog yang baku sememangnya mematikan watak dan membuatkan pembaca sukar untuk menghayati cerita. Seakan-akan yang kami baca ini bukanlah buku cerita fiksyen. Maaf jika bahasa saya kasar, namun saya rasa seakan-akan batu ketika membaca buku ini kerana wataknya mati disebabkan dialog baku. Cuba untuk buat dialog yang lebih santai, seperti mana cara kita semua bercakap dan berinteraksi dengan orang lain.

'Benarkah begitu?' boleh ditukar menjadi 'Betul ke?' bagi menyamai cara percakapan kita di dunia sebenar. Cara dialog begini memang boleh menghidupkan cerita dengan baik. Kerana yang pembaca inginkan dalam sebuah buku ialah suatu cerita, bukan buku teks. Maaf sekali lagi jika bahasa saya kasar pada awak.

Pengolahan yang kurang memuaskan. Saya sukar untuk menghayati jalan cerita dengan baik walaupun idea buku ini sangat-sangat luar biasa. Idea dan jalan cerita boleh dikembangkan lagi bagi menambahkan lagi hidupnya sesebuah cerita itu. Aplikasikan teknik Show vs Tell dalam buku. Daripada menulis 'Dia marah', kita boleh tulis ia menjadi 'Matanya memerah, menzahirkan betapa maraknya api amarah yang menggelegak panas dalam jiwa'. Cara ini juga membantu untuk membuatkan pembaca terpesona dan terbuai dalam cerita.

Dan saya tak tahu ini satu kekurangan ataupun tidak, tapi ada sesetengah watak yang menimbulkan persoalan yang aneh bagi saya. Contohnya seperti watak Encik Rashid pada Bab 2. Perwatakannya yang tiba-tiba melenting selepas Sharim Ishraq menyoal tentang Hibion Izan ini membuatkan saya rasa... aneh. "Kenapa dia nak marah tiba-tiba ni?", saya jadi begitu. Saya tak tahulah sama ada penulis ingin mengetengahkan yang sebenarnya Encik Rashid ini seorang yang baran atau tidak, jadi... saya minta maaf jika teguran ini sebenarnya salah pada pandangan penulis.

Kesimpulan :

Cerita yang luar biasa ideanya dan sukar untuk menemui buku dengan plot menarik sebegini, namun masih ada beberapa kesilapan yang membantutkan perkembangan cerita. 

𝙍𝙀𝙑𝙄𝙀𝙒 𝙎𝙃𝙊𝙋Where stories live. Discover now