"Tuan Puteri! Tuan Puteri cantik sangat!"
Kali ke-31. Aku mendengar pujian yang sama. Semuanya dari dayang-dayang istana yang menyiapkan aku.
Sebagai seorang Keena yang bongkak, reaction apa patut aku bagi?
"Saya tahu. Cukup, tak perlu puji lagi."
"Huh??" Dayang-dayang istana serentak tergamam. Melihat aku dengan pandangan yang sukar ditafsir.
"Apa?"
"T-Tuan Puteri.."
Come on, maki saja aku biadab. Aku sendiri tak akan nafikan.
"Tuan Puteri dah jadi makin baik!" Semua dayang membuat muka terharu. Sehingga ada yang acah mengelap air mata. Drama.
Ergh?! Baik tang mananya?
"Apa maksud awak saya makin baik?"
"Hmm kalau dulu Tuan Puteri akan sentiasa suruh kami puji tanpa henti." Dayang yang bernama Darlin kembali menyikat rambut aku. Turut sama yang lain, mengilat kuku aku, memasang perhiasan yang berkilat-kilat ibarat aku ini patung hiasan kedai di tepi-tepi jalan.
"Tak pun Tuan Puteri akan mengherdik kami. Merungut banyak yang kurang."
Sebegitu teruknya sifat Puteri Keena? Astaga, aku sendiri tak dapat bayangkan watak sebenar Keena ni. Bodoh, sombong, bongkak, biadab, keras kepala. Lah apa lagi?
"Oh..."
"Saya perasan Tuan Puteri agak lain sejak semalam, dan kenapa Tuan Puteri tanya soalan macam tu?"
Ya.. aku tanya macam aku ni hilang ingatan. Tanya pasal diri sendiri.
Nak buat macam mana, aku tak tahu sangat pasal Keena sebab dia hanya watak sampingan saja.
"Cuma tertanya-tanya." Jawab aku pendek.
"Hihi saya makin suka dengan perubahan Tuan Puteri."
"Kami pun." Sambung dayang yang lain.
Aku hanya diam tak menjawab. Mata aku tekun memandang refleksi cermin yang berada di hadapan aku.
Siapa sangka, setelah 23 tahun hidup di bumi nyata, aku dapat merasai nikmat mempunyai wajah yang cantik di alam fantasi. Wajah seorang puteri raja. Tak dinafikan wajah Puteri Keena memang menawan.
Tapi perangai dia, tolong jangan diungkit. Memang tak habis dikutuk tujuh keturunan.
Aku semakin tertanya-tanya. Apa yang membuatkan perangai Keena menjadi teruk sebegini rupa? Membesar di dalam istana yang mewah, ibu bapa yang penyayang, harta yang melimpah ruah.
Apa yang Keena tiada? Sepatutnya sifat yang dia ada adalah semurni puteri raja yang lain.
"Huh.." Aku lepaskan keluhan panjang. Mungkin aku tak patut fikir semua ni sekarang. Tak ada kepentingan pun berbanding nyawa aku yang kemungkinan akan melayang tak lama lagi.
"Sudah siap Tuan Puteri! Lihatlah!"
Semua dayang berundur ke belakang. Memberi ruang aku berdiri seorang di hadapan cermin. Mata aku tidak percaya dengan apa yang aku nampak.
Ini kah.. diri aku?
Oh tak. Ini Keena. Pft. Lupa pula.
Apa-apa pun. Aku patut menghargai rupa ni selagi ia masih ada.
Dengan rambut merah aku yang didandan rapi tambah lagi dengan gaun merah. Author kepada cerita ni memang nak menyerlahkan imej jahat aku bukan. Heh.
YOU ARE READING
The King | Jeon Jungkook
ФэнтезиHidup berubah sekelip mata, masuk ke dalam alam fantasi. Menjadi seorang Puteri. Tapi bukan semudah yang dijangka. [The King] ©sthyne2021 Start : 270821 End : penantian itu menyakitkan.