"Hmm.. aku tak sangka majlis ni lebih meriah secara realiti berbanding yang diceritakan dalam buku." Gelas air yang berada dalam tangan aku, aku pusing-pusingkan. Bosan.
Mata aku melihat sekeliling. Manusia-manusia yang tampan dan cantik berpakaian mewah. Bersosial. Malangnya.. aku tak ada kemahiran nak bersosial dengan kerabat diraja.
Semua ini terlalu tiba-tiba.
Jadi aku hanya berdiri menyepikan diri dari gaulan orang ramai.
"Oh? Siapa sangka saya akan bertemu dengan Puteri dari Roseland di sini. Puteri Keena."
Aku menoleh. Seorang gadis berambut coklat beralun menegur aku.
Hm aku kenal dia ni.
Puteri Sunhee dari Diere. Selain Keena, dia juga watak antagonis dalam cerita ni. Mulut dia bising tak boleh bawa bincang. Puteri Sunhee ini lah yang akan membuat cerita buruk tentang Putera Eunha.
"Salam hormat dari Roseland, suatu penghormatan untuk bertemu dengan awak Puteri Sunhee."
Sunhee tersenyum sinis.
"Khabar angin tentang puteri Roseland yang bongkak itu, adakah awak tahu tentangnya Puteri Keena?"
"Sudah semestinya saya tahu. Saya sendiri dari Roseland, kalau awak lupa Puteri Sunhee." Aku menyisip sedikit air dari gelas dengan tenang.
"Dan awak masih tidak kisah tentang khabar angin itu?"
Aku memandangnya malas. "Untuk apa? Khabar angin hanya sekadar khabar angin. Buruk ataupun baik, saya masih boleh hidup dengan aman tanpa ambil peduli."
"Oh.. macam tu. Jadi memang betul seperti apa yang diceritakan khabar angin itu."
Aku hanya diam. Aku tahu Sunhee sengaja nak mengapi-apikan aku. Kalau diri Keena yang sebenar, sudah lama rambut Sunhee ni dibotakkannya.
Tapi aku tidak.
Kita tengok sejauh mana Sunhee ini mahu bermain.
"Awak tahu bukan, malam ini Putera Noah akan mencari puteri yang bertuah untuk dijadikan isteri?"
Kata-kata Sunhee membuat aku tersentak. Kenapa Noah pula tiba-tiba?
"Seperti yang saya jangka, awak masih simpan harapan yang tinggi pada Putera Noah.." Sunhee berkata sinis selepas melihat reaksi aku.
Semestinya dia salah faham.
Aku bukan tersentak sebab Noah nak cari isteri. Tapi aku pelik kenapa topik dia tiba-tiba berubah daripada khabar angin tentang Keena, terus kepada Noah yang mencari bakal isteri.
Apa yang bermain dalam fikiran dia sekarang?
"Itu dulu. Sekarang tidak lagi." Aku menjawab yakin. Masakan tidak, aku sendiri perlu elakkan kematian. Siapa je nak mati?
"Nah nah nah.. semua orang berkata benda yang sama. Tapi awak tak boleh tipu saya Puteri Keena. Awak langsung tidak setanding dengan puteri yang sempurna di luar sana--"
"Macam Puteri Eunha?" Aku memotong. Dia nampak terkejut dengan kata-kata aku.
"Siapa kata Puteri Eunha itu sempurna? Jauh sekali. Saya maksudkan diri saya sendiri."
Aku menahan diri daripada ketawa. Haih, berangan lebih je lah kau ni Sunhee. Kalau Noah tak nak dekat aku, apatah lagi puteri kolot macam kau?
"Kenapa beri saya pandangan begitu Puteri Keena?"
Aku menggeleng. "Percaya apa yang awak nak."
After all, Eunha adalah watak utama cerita ini. Walau apa pun yang jadi, Noah dan Eunha tetap akan bersama seperti dalam penamat The King.
YOU ARE READING
The King | Jeon Jungkook
FantasyHidup berubah sekelip mata, masuk ke dalam alam fantasi. Menjadi seorang Puteri. Tapi bukan semudah yang dijangka. [The King] ©sthyne2021 Start : 270821 End : penantian itu menyakitkan.