Sneak peak
*****
"Apa yang mustahak sangat sampai kau sanggup ganggu aku waktu-waktu ni?" Reyhan bangun dari katil dan menarik pintu laci dan rokok dinyalakan. "Hm?" Renungan maut Reyhan tepat mengena mata Irfan. Irfan menelan air liurnya - terasa kelat.
"Encik Zul memberitahu saya bahawa dia setuju dengan cadangan yang tuan berikan." Irfan berusaha mengatur ayat se'formal' mungkin.
Senyuman sinis segaris terukir di bibirnya, "Okay. Anything else?"
"No sir." Irfan menggeleng dan dia segera menghilang dari pandangan tuannya itu. Pintu tertutup. Sepi kembali bilik besar itu. Dia merenung ke syiling. Membuat perkiraan - mungkin majlis itu bakal berlangsung paling lambat 3 minggu dari sekarang.
Orang tua itu pasti tak sanggup kehilangan syarikatnya. 'Siapa lagi yang bakal menggaji pekerjanya kalau bukan aku?' getus hatinya dengan bangga. Sekali lagi, matanya melirik ke arah jam antik yang tergantung di dinding biliknya. Jam menunjukkan tepat pukul 1 pagi. Nafasnya dihela. Suhu pendingin hawa terasa semakin sejuk. Barangkali esok hujan.
YOU ARE READING
Antologi Cerpen Hazzie
Short StoryAlternatives site: https://www.asianfanfics.com/story/view/1491125/antologi-cerpen-hazzie From this day onward, my short story's collection cover akan diganti mengikut tajuk cerpen terkini. Bingkisan pena yang tertulis se'laju' air di sungai yang me...